Selera Kampung Buffet Ramadan di The Northam All Suites Penang

12:03 PM

Assalamualaikum. Ramadan bakal menjelma tak lama lagi. Kita dah terfikir-fikir kat mana nak berbuka puasa bersama keluarga serta sahabat handal. Iyelah, waktu berbuka puasa ni la nak makan bersama-sama sambil mengeratkan ukhuwah. Bagi yang tercari-cari tempat berbuka puasa Ramadan ini di kawasan Pulau Pinang bolehlah ke The Northam All Suites Penang kerana The Northam ada menyediakan buffet Ramadan bertemakan hidangan ‘Selera Kampung’ buat para pengunjungnya.
 
Dengar temanya pon sedap. Dah boleh terbayang dah lauk-pauknya macam manakan? Jom tengok apa yang ada di buffet Ramadan ini dengan saya.



 
Hidangan ‘Selera Kampung’ ini bermula setiap hari di bulan puasa mulai 2 Mei hingga 23 Jun 2017 dan disediakan oleh eksekutif Chef Din. Jom kita tengok serba sedikit menu-menu yang disediakan oleh pihak The Northam All Suites Penang.



 
Kurma pelbagai jenis disediakan untuk pengunjung. Korang kena makan kurma dulu tau sewaktu berbuka puasa. Sunat ni.



siap dengan pokok kurma okey ^^,

 
Kambing golek adalah menu wajib ada untuk berbuka. Memang menggoda jiwa dan raga. Belum berbuka pon dah tak tahan tengok kambing goleknya.
 

Antara menu utama untuk buffet Ramadan di The Northam seperti nasi beriyani, sotong goreng kunyit, rendang daging, ikan masak lemak dan banyak lagi. Di tambah pula dengan ulam-ulaman dan sambal belacan serta kerabunya yang menggoda jiwa. Memang terangkat habis.





 
Selain nasi terdapat juga menu lain seperti roti canai, roti jala, kebab, asam laksa, pasembur, rojak, satay dan nasi himpit.


asam laksa penang style

pasembur dan rojak

 
Pelbagai kuih-muih dan pencuci mulut turut disediakan.




 
Mengenakan konsep ‘open air’ di bahagian teres berbumbung tingkat 9(roof top), korang boleh berbuka puasa di sini dengan tenang sambil menghirup udara luar dan menikmati permandangan matahari terbenam di Pulau Pinang.



 
HARGA BUFFET
 
Tempahan kini dibuka, dengan promosi istimewaEarly Bird yang ditawarkan untuk pembelian baucar hingga 26 Mei. 
 
Early Bird promotion
RM75Nett / dewasa
Rm45Nett /kanak-kanak (umur 4-11 tahun) 
 
Harga biasa
RM88 Nett /dewasa
RM58Nett /kanak-kanak (umur 4 - 11 tahun) 
 
PROMO "Beli 9 dapatkan 1 percuma"
 
Untuk kemudahan tambahan, surau disediakan untuk tetamu yang beragama Islam.
 
 Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi.
 Tel: 04-370-1111

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. mengoda betul tengok menu2 yang disediakann..tak sabar nak puasa..ada rezeki boleh berbuka dengan family kat sini..;p

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers