Perjalanan Seorang Dhuyuf Ar-Rahman~4 | Pengalaman Menunaikan Haji

7:44 AM

Perjalanan Seorang Dhuyuf Ar-Rahman~4 | Pengalaman Menunaikan Haji



Assalamualaikum.
Bersambung lagi entri atau diari hidup di Mekah.

Day 15 ~ 20

Wuquf di Arafah...Mabit di Mudzalifah...Bermalam di Mina


4 & 5 Nov~disebabkan hari ni hari Jumaat so kami dijangka bertolak ke Arafah selepas Isyak.Pihak Tabung Haji Travel tidak mahu jemaah lelakinya tidak bersembahyang Jumaat semata-mata nak berwuquf.Tunggu punya tunggu turn saya dan rakan-rakan jemaah tingkat 4 Hotel Al-Shubro pada jam 10.30 malam.Sempat la tidoq sedas lepas Isyak.
Berniat ihram sewaktu berada di dalam bas.
Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam untuk sampai di Arafah kerana keadaan sesak.Semua jemaah dari serata dunia bertolak ke Arafah pada waktu ni.

Arafah atau dalam sebutan pluralnya Arafat bermaksud mengenal atau mengetahui.Dinamakan Arafah kerana di tempat itu manusia saling kenal mengenali di antara satu sama lain.Dalam satu riwayat ada mengatakan bahawa Nabi Adam a.s dan Siti Hawa dikenalkan atau dipertemukan kembali di Arafah setelah penurunan mereka dari syurga dan berpisah selama 200 tahun dan tempat itu dikenali sebagai Jabal Rahmah.

Ni la khemah penginapan untuk jemaah THTS.




Wuquf  bermaksud berdiam diri.Wuquf merupakan salah satu rukun haji, tanpa melaksanakan wuquf di Arafah haji tidak sah.Waktu wuquf pada tanggal 9 Dzulhijjah dari tergelincir matahari sampai terbenamnya matahari.

Sewaktu berwuquf jemaah disarankan memperbanyakkan doa sambil mengadap kiblat dan mengangkat kedua belah tangan juga disarankan untuk memperbanyakkan bertaubat memohon ampun terhadap Allah.

 
Di Arafah juga mengingatkan kita kepada Padang Mahsyar di saat manusia dibangkitkan kembali dari kematian oleh Allah dan wuquf dihadapan-Nya.

Lepas ja Isyak kami bertolak ke Mudzalifah untuk bermabit di sana.Kali ni bermula dengan Hotel Al-Shubro pulak makanya sampai di Mudzalifah agak awal sekitar 9 malam.




So masa yang ada digunakan untuk mengutip anak batu sebesar jari kelingking.Batu-batu ini digunakan untuk melontar jamrah di Mina.Waktu yang sah dikira mabit di Mudzalifah sekitar 11.28 malam 9 Dzulhijjah.

 
Lepas mabit di Mudzalifah sekali lagi Hotel Al-Shubro memulakan dahulu perjalanan ke Mina.


6 Nov~Alhamdulillah selamat tiba di Mina sekitar jam 1 pagi  6 Nov selepas menempuh jemmed yang amat teruk.Kesian jugak pada jemaah dari hotel yang lain sebab ada yang tiba di Mina jam 12 tengahari 6 Nov tu.Terpaksa berpanas di padang Mudzalifah yang tidak berpokok tu.

Khemah untuk jemaah THTS di Mina.Kami ditempatkan di Maktab 99.

 
Sewaktu di Arafah, Mudzalifah dan Mina ni jemaah di uji supaya banyak bersabar, bertolak ansur dan berhemah.Jangan terlampau pentingkan diri sendiri.Mana taknya toilet hanya ada 20 buah untuk dikongsi oleh 4000+++ jemaah travel di campur dengan jemaah muassasah Tabung Haji.Boleh bayangkan tak keadaannya macam mana?

Nak buang air kecil jenuh tunggu sampai setengah jam.Sabar adalah salah satu kunci yang perlu di pegang waktu ni dan di sini juga kena bertolak ansur dengan mokcik-mokcik dan nenek-nenek yang dah tak larat nak berdiri.Takkan nak biar depa berdiri lama-lama kan?


Kat Arafah dan Mina ni jemaah tak digalakkan mandi dan membasuh pakaian kerana tandas yang terhad.So leh bayangkan tak 4 5 hari kami tak mandi kat sana tapi tak busuk.Ha...camne tu?Kuasa Allah kan tak siapa yang tahu.
Yela kan...dok kat sana hanya menyembah diri pada Allah.Pastu pi melontar.Balik makan tido makan tido.Tapi saya mandi juga. Just lalukan air kat badan seminit dua lepas tu pakai balik baju.


Tandas yang sikit bukan salah pihak pengurusan THTS tapi tu semua yang telah disediakan oleh pihak muassasah Arab.Apa yang Arab bagi yang tu la yang ada.Bersyukur ada gak tandas walaupon tak banyak dari takdak lansung.
Masa ni kena pandai bajet masa.Time mana nak pi tandas kalau takmo beratur panjang.Kena bangun awai dan sebagainya.Pengorbanan untuk bangun awal sedangkan orang lain masih tido dan sabar menunggu giliran.

Pagi 6 Nov tu kalau di Malaysia orang dok sibuk-sibuk sambut Hari Raya Haji tapi kami kat Mina dok sibuk bertalbiah.Selagi belum selesai melontar di Jamrah Kubro kami belum boleh meraikannya.

THTS menyarankan jemaah supaya melontar pada waktu malam sebab waktu siang di Mina sangat-sangat panas.Paling tinggi suhu 53'C.

Malam 6 Nov melontar di Jamrah Kubro dan bergunting.Maka terhapuslah 10 larangan dari 13 larangan dalam ihram.Untuk melontar kami terpaksa berjalan kaki sejauh 3.5 km pergi dan 3.5 km balik menjadikan sehari kami berjalan sejauh 7 km.

 ~saya selepas selesai melontar~

Syukur Alhamdulillah Maktab 99 berdekatan dengan terowong menuju ke jamrah.Masa ni terbayangkan nenek dan datuk yang dah tua berjalan kaki.Maktab untuk muassasah jauh lebih kurang 10 km atau lebih.
Bila tengok depa boleh berjalan dengan bersemangat saya dan mak pon bersemangat.Takkan orang muda nak kalah dengan orang tua-tua kan?

7 Nov~pagi raya bagi jemaah haji.Lepas sembahyang Subuh kami bertakbir dan bersalam-salaman.Ada yang menangis-nangis rindukan saudara-mara di Malaysia.Kami (saya & mak)?Bermaafan bersama sambil tersenyum.Yela sebab berdua.Cuba pi Mekah sorang-sorang mau nangis gak la.
Mendapat perkhabaran seorang jemaah lelaki THTS meninggal dunia di Mina pepagi raya haji jemaah.

Kesihatan saya kurang memuaskan mungkin disebabkan keadaan yang panas di siang hari(matahari) dan sejuk gedi di malam hari(ekon).
Hari ni saya dan mak menjalankan ibadah korban.
Malamnya berjalan kaki umtuk melontar 3 jamrah.
Walaupon saya demam, batuk dan bibir pecah tapi tetap berselera untuk makan sampaikan orang len pelik.Orang lain makan pon tak lalu dok teringat kampung.Kuasa Allah tak siapa yang tahu.

8 Nov~pagi hari tashrik ke-2 dikejutkan dengan kematian seorang jemaah wanita THTS.Innalillah...
Malamnya melontar 3 jamrah iaitu Jamrah Aqabah, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubro.

9 Nov~melontar 3 jamrah untuk hari tashrik ke-3 selepas Subuh.Selepas selesai melontar berkemas-kemas untuk pulang ke hotel tapi kami jemaah Hotel Al-Shubro tak kalut sangat sebab kami adalah jemaah yang terakhir akan keluar dari maktab 99.Tunggu punya tunggu pukul 4 petang baru kami bertolak pulang ke Mekah.Sampai di Mekah sekitar jam 8.30 malam.Itu pon sebab berjalan kaki setengah jam sambil mengheret beg galas 5 kg yang beroda sebab jalan menuju ke hotel di tutup waktu sembahyang.
Masa ni boleh lihat orang Arab sembahyang di kaki lima kedai atau jalan.Permandangan sebegitu adalah biasa di sini.Di mana-mana boleh bersembahyang selagi anda yakin bersih dan suci.

Permandangan khemah-khemah di Mina yang sayup mata memandang.
~pic kredit to Hj Tazzi Bam~


Antara kisah yang berlaku di Mina adalah kisah Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan untuk mengerjakan manasik dan dalam perjalanan telah dihalangi oleh syaitan lalu Nabi Ibrahim telah melontar 7 batu kerikil kecil sehingga syaitan itu pergi dan seterusnya di halangi lagi oleh syaitan.
Di Mina juga Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.


Bersambung untuk acara bebas dan melengkapkan ibadah haji.

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. kami sayu sgt bila dgar kisah Nabi Ibrahim diperintahkan menyembelih Nabi Ismail masa imam tue bce khutbah raya ritu

    ReplyDelete
  2. kan...nama MINA tu di ambil dr kisah Nabi Ibrahim tu la...

    ReplyDelete
  3. kami takdak tilam pun dlm khemah.syukur sgt cik zai ada tilam. mmg pakej spesel skit. sronok baca crita cik zai. rindu yg amat mekah dan madinah..huhu

    ReplyDelete
  4. riena...kami klau abg sulung x seponser rasanya tak merasa la tilam-tilam ni...tdoq atas kapet gakla rasanya...dia seponser suruh wat teman mak sebab mak cik zai x reti...jenis x kuaq umah pnya...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah rezeki Zai untuk buat haji awal..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^