Perjalanan Seorang Dhuyuf Ar-Rahman~6 | Pengalaman Menunaikan Haji

7:51 AM

Perjalanan Seorang Dhuyuf Ar-Rahman~6 | Pengalaman Menunaikan Haji


Assalamualaikum

Day 31~36

Hari-hari terakhir di Mekah.

Day 31~rutin harian...sembahyang...baca Quran...makan...tidoq.
Malamnya berniat umrah di miqat dan menunaikan ibadah umrah.
Masa tengah tawaf ni mak pula hilang.Memang susah hati la takut jadi benda bukan-bukan tapi sepanjang tawaf dok berdoa moga jumpa mak balik.Masa ni dok mohan maaf pada Allah.Menyesal dok cakap bukan-bukan.

Sebelum pi niat dok kata kat mak kalau time tawaf terpisah mak jalan ja terus.Tawaf sampai habis.Jangan dok kalih belakang cari.Lepas tawaf sembahyang sunat siap-siap baru cari.Tunggu kat area kaki Bukit Safa.

Tup tup mak hilang masa tawaf.Nyesal cakap yang bukan-bukan.Apa saja benda yang tak elok cepat ja dimakbulkan oleh Allah.Jadi jangan cakap benda yang bukan-bukan kat sana.

Sepanjang tawaf dan masa nak sembahyang sunat tu saya try gak cari mak tapi tak nampak.Mungkin Allah nak duga dan kaburkan penglihatan agar tak dapat lihat mak.Bila mak call time tu saya baru ja jalan nak pi Bukit Safa dan bila dah jumpa...tanya mak...mak kata dia pon baru selesai sembahyang.Subhanallah...kuasa Allah nak menduga kami berdua.Alhamdulillah mak tak apa-apa.

Balik tu pekena kebab arab tengok rasa camna.Emmm...boleh la.Sedap lagi kebab Malaysia tapi kat sana tak cakap apa-apa la.Diam-diam sudah.


Day 32~hari ni tak buat tawaf.Kami hadiri majlis tahlil, khatam Al-Quran dan doa selamat serta kenduri aqiqah anak cucu jemaah pakej Baiduri kali yang ke berapa tah.Lagi sekali makan nasi mandey kambing.


Day 33~last soping hari ni....hehehe...berapa kali last da.Asal balik dari masjid ja nampak yang berkenan beli dan beli.Penuh beg dah.Hari ni beli pashmina sampai 15 helai.Eh...bukan nak pakai sorang tapi nak bagi kat sepupu sepapat yang mai ziarah nanti.Akhir-akhir musim haji cuaca di Mekah makin sejuk.Dulunya boleh cecah 40'C lani dan turun 23'C pada waktu malam.Awan gula-gula kapas pon dah nampak.Best la plak.

Day 34~ Cuaca 20'C dan angin kuat sekitar jam 7 pagi di Mekah.Sejuk sangat-sangat.Nyaman je rasa.Kat hotel plak dah tinggal berapa kerat ja.Kebanyakkan dan berangkat ke Madinah.Tinggal KT67, KT73 dan KT83 dan ada jugak yang dah selamat sampai ke Malaysia.

Malamnya ada taklimat untuk KT67 tentang Tawaf Wada (tawaf selamat tinggal).Kena dengar ni.Banyak pantang larang yang harus di ambil berat masa nak buat tawaf wada ni.



Day 35~taklimat keberangkatan ke Madinah jam 8.30 pagi untuk KT67.Dimulakan dengan tayangan gambar pakej Baiduri dari sebelum berangkat ke Mekah hingga pulang ke Malaysia(bagi jemaah haji penerbangan awal) selama 45 minit.Banyak gambar sewaktu di Arafah, Mudzalifah dan Mina.Pakej Baiduri jugak mendapat penghargaan dari pihak THTS kerana sikap bertolak ansur dikalangan jemaahnya terhadap orang kurang upaya sewaktu di Arafah, Mudzalifah dan Mina walaupon jemaah berlainan pangkat tapi di Mekah semua orang adalah sama.

 ~hehehe...guna enpon cap ayam so camni la visualnya...harap maklong~

Dan sewaktu taklimat tu kami di beri sijil penghargaan kerana menunaikan haji.Siap ada gambar tu kat sijil.

 ~Ustaz Zaki ketua penyelaras untuk pakej Baiduri THTS sedang menyampaikan sijil pada para jemaah.~

Pas taklimat kami dok sibuk-sibuk kemas beg nak anta pi Madinah.Beg akan di hantar ke Madinah sehari lebih awal.



Day 36~hari terakhir di Mekah.Manfaatkan sesungguhnya masa yang ada.
Sarapan terakhir di Mekah sangat syedaaaaaaaap.Nasik goreng...bubur nasi+macam-macam rencah...nugget...sambal udang.




Tengahari ada ceramah agama untuk jemaah wanita untuk mengelakkan kami ke masjid sembahyang Jumaat.Hari ni kami mentafsir surah Al-Fatihah.Selesai ceramah sesi bersalam-salaman antara jemaah dan tenaga pengajar.

Lepas Zohor terus ke masjid buat tawaf wada.Masa tawaf wada tak digalakkan bawa kamera atau enpon kamera dan duit takut-takut melanggar pantang larang.Kalau nak bawak pon boleh cuma jangan melanggar pantang larang sudah....Semuanya berserah pada Allah.

Bertolak ke Madinah sekitar jam 4.30 petang dan berakhirnya kami di Mekah berakhir juga bulan Zulhijjah.Madinah menanti kami pada Awal Muharam.Sepanjang dalam bas kami mewah dengan makanan.Bekalan untuk ke Madinah.Berenti rehat 200 km sebelum sampai ke Madinah kami makan bekalan pihak THTS nasi mandey ayam.Cuaca kat situ 10'C.

Sekitar jam 11 malam kami tiba di Hotel Al Madinah Movenpick dengan beg-beg besar dah menunggu kami depan pintu bilik masing-masing.Lepas tengok-tengok bilik kami turun minum-minum dulu.Rupa-rupanya kami bas yang pertama sampai dari 10 buah bas untuk KT67.Cuaca di sini 14'C.Mula la nak berbungkus sampaikan bilik takyah nak pasang ekon.Sejuk sangat-sangat.



Bersambung....sejuknya Madinah...

You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^