Perjalanan Seorang Dhuyuf Al-Rahman~2 | Pengalaman Menunaikan Haji

1:36 PM

Perjalanan Seorang Dhuyuf Al-Rahman~2 | Pengalaman Menunaikan Haji


Day 4 ~ 10

Acara bebas dari 24 Okt hingga 3 Nov


24 Okt-bangun lewat untuk Subuh yang pertama di Masjidil Haram akibat kepenatan semalam tawaf dan saie'.Makanya sembahyang di kaki lima kedai je la pagi tu sebab tak dapat nak mencelah masuk.Lepas breakfast ada taklimat dan ceramah agama untuk pemberitahuan serta peringatan.Sembahyang fardhu di masjid.Sekurang-kurangnya sejam sebelum masuk waktu perlu berada di masjid.Klau tak alamatnya sembahyang di hujung-hujang dunia je la.Masa ni boleh tengok semua mazhab bersatu di bawah satu pegangan agama iaitu ISLAM.Boleh tengok sembahyang yang bermacam-macam cara dan pakaian.Kadang-kadang yang tak terpikir dek akal sebab kat Malaysia tak jumpa.

25 Okt-hari ni ada ziarah luar.Lepas je breakfast berkumpul beramai-ramai naik bas untuk ziarah.
Destinasi pertama ke Jabal Tsur.Keadaan kelam-kabut di sini sebab ramai yang meminta sedekah serta berjualan so takdela gambarnya.Perjalanan diteruskan ke Padang Arafah dan melalui Metro LRT.


Harap maklum...LRT ni masih dalam pembinaan hanya untuk kegunaan orang tempatan sahaja untuk melontar di Mina.

Kami melalui juga penempatan di Mina.Sayup-sayup mata memandang tengok khemah-khemah di Mina.



Sempat singgah di Jabal Rahmah di mana tempat pertemuan kembali Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah sekian lama.Baru ja nak berdoa keadaan sedikit terganggu oleh penjual barang-barangan serta orang yang nak tangkap gambar.Doa pon jadi singkat.Harap-harap dimakbulkan Tuhan.




Perjalanan diteruskan luar dari Tanah Haram ke Masjid Ji'ronah.Masjid ni adalah salah satu tempat miqad(berniat haji/umrah) bagi orang-orang Tanah Haram kerana terletak di Tanah Halal. Nabi Muhammad s.w.t juga penah bermiqad di sini.Pada sesiapa yang ingin buat umrah boleh la berniat.Kami pun sempat sembahyang sunat di sini.




Bas melalui Jabal Nur di mana Gua Hira' berada.Bas tak benti kat sini just lalu je sebab kesuntukan masa takut terlepas waktu solat.




26 Okt-Demam.Naseb baik klinik Tabung Haji ada bawah hotel so takyah susah-susah menapak jauh-jauh cari klinik.Kami sangat-sangat beruntung sebab Kaunter Pengeluaran Wang dan Nationwide untuk pos barang ada kat bawah hotel ja.Jadi takyah susah-susah berjalan jauh.

 Sebeg ubat untuk di makan.Besaq-besaq plak.

27 Okt-still demam.Subuh di bilik.Semua dalam bilik pakat-pakat demam, batuk dan selsema.Bilik aircond la katakan.Sorang sakit jangkit la kat semua.

Redha dengan keadaan ni.Sakitkan penghapus dosa.

28 Okt-hari ni hari Jumaat so wanita Malaysia tak digalakkan ke masjid untuk solat Jumaat jadi masa di isi dengan ceramah agama.Jalan dah semakin sesak sebab lagi seminggu nak wuquf.

29 Okt-hari ni ada forum perdana mengenai haji yang dibarisi oleh ahli panel Datuk Sri Hassan Ahmad mufti Penang dan Prof. Dr Maznah.Lepas je forum perdana lunch mewah cikit.Nasik mandey kambing hasil dari aqiqah anak serta cucu-cucu para jemaah haji pakej Baiduri Hotel Khalil Al-Shubra.




30 Okt-seminggu sudah di Kota Mekah.Kesihatan semakin pulih.Seminggu jugak dok pekena kambing.Kambing masak merah, kambing goreng kunyit, kambing kurma, kari kambing, nasi mandey kambing serta kambing dan kambing lagik.Tiap kali waktu makan paling koman sehari sekali ada kambing.

Helikopter dah berlegar-legar di sekitar Kota Mekah menandakan umat Nabi Muhammad dah semakin ramai membanjiri Mekah.Polis telah serahkan kuasa pada askar untuk berkawal.Jemaah Malaysia plak dinasihatkan perbanyakkan berehat menyimpan tenaga untuk berwuquf.



bersambung....

You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. wah sedapnya makan pelbagai jenis menu berasaskan kambing..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^