Followers

March 20, 2012

Bila panas kami sejukkan diri dengan....

Assalamualaikum

Dah 2 hari ekon opis atas ni wat hal.
Bila turun bawah ok jek.
Nak buat keja pon susah...panas...tengok nombor-nombor kat skrin pon nampak blurr blurr ja.

Memasing pakat-pakat bising.
Pakat dok sembang takmo wat keja.
Alih-alih 2nd big bos hulur not RM50 suruh beli eskrim.
Apalagi...dah orang tengah murah ati nak belanjakan kita sebat je la...hehehehe....

Sebahagian eskrem

Tukang pi beli eskrem kat Sunshine bawah opis ja bukan tukaq belanja pon...ngeeeeeee >.<

March 18, 2012

Makan lagik...

Assalamualaikum

Edisi minggu ni punya hal.
Keja just 3 hari.Selasa sampai Kamis.
Selasa agak bizi.

Rabu semua pakat takdak kat opis.
Ada yang kuar pi interview budak-budak Graduate Trainee untuk tahun ni.
Ada yang kena pi Subcon setel problem kat sana.
Ada yang clear cuti sempena cuti sekolah ni.
Tinggai kami berdua dan 'anak sedara' Lee Chong Wei.
So apalagi ajak je la dia makan-makan kat Nando's.
Nak-nak plak ada voucher yang tak guna lagik.
 Kami yang nak belanja dia last-last dia belanja kami...hehehe...
Makaseh naaaaaaa....

Kamis tetiba geng Level 3 Failure Analysis ajak kuar makan so terus jadik je la padahal ada keje.
Plan asal nak makan pizza hut tapi ubah plan makan kat Mydin BJ.
Set saya hari tu ayam penyet.
Puas ati la...kenyang.Set dengan sup dan buah tembikai.
Hehehe...makan selagi boleh...

March 9, 2012

FDR day out

Assalamualaikum

FDR day out lagik.Kali ni 3 members jek.
Mula-mula jumpa cik Aini kita kat Sunway Mall bajet nak tengok Cik Nan Kesempitan alih-alih tak jadi bila tengok time Cik Nan sama dengan time nak jumpa sorang tu.

Kami pon turun pi pekena kat Noodle Station sementara nak time tu.
Hat ni Cik Aini punya.

Hat ni cheq yang punya....hahahaha....

Pas kekenyangan kami bertolak ke RnR Bagan kunun nak wat photoshoot (kunun-kunun) alih-alih hujan.
Tukang shoot shoot tak dapat datang la sebab beliau mai dengan family kang demam plak anak-anak beliau.
So kami jumpa la sorang budak laki satu sekolah kat situ (budak ke?dah jadi pak budak dah pon...hehehehe).
Lepak-lepak...borak-borak...gelak-gelak...minum-minum tengok-tengok tukang shoot sampai dengan family.
La...ingat tak jadi rupa-rupanya depa mai gak.

Bila dah mai apalagi terus ke pantai la...time dah nak malam dah.
with cik aini & baby fard...
Ayish...aini...fard..mamaneh & me...
memikirkan masa depan...ngeh...ngeh...ngeh...

Makaseh pada Faizal & mamaneh coz mai gak dan snap-snap foto...
Nanti-nanti nak join lagik...hehehe...

March 7, 2012

Ubi kayu rebus...ujan-ujan sedap makan neh

Sedapkan kalau dapat makan ubi kayu rebus panas cicah kelapa parut time-time hujan neh?
Lazattttttttttt.....

March 5, 2012

Perjalanan Seorang Dhuyuf Ar-Rahman~finale

Assalamualaikum.

Baru teringat ending kisah Perjalanan Seorang Dhuyuf Ar-Rahman belum buat.
Sejak dua menjak ni sibuk bukan main.
Kekadang siap keja direct 10 hari tanpa henti.
Kekadang kena masuk keja malam pon ada.
Dengan tengah sambung belajar lagik...wat assignment lagik so lupa abes.
Meh nak cerita masa kat Madinah.

___________________________________________

Day 37~45

Seminggu di Madinah

Day 37~Meh nak tunjuk bilik kami anak-beranak dari Penang berserta 2 beradik dari Kedah.
Hotel Madinah Movenpick...bawah ada outlet-outlet perniagaan...atas hotel
 Cun tak?
Cun la kan...tapi macam biasa cheq ambik katil hat hujung tepi tingkap.
Kunun nak larik dari ekon tapi memang takyah pasang ekon pon sebab sejuk sangat-sangat.
Bilik siap dengan dapur tapi macam la nak masak...hehehehe...

Pas Subuh hari pertama
Pas Subuh dan sarapan kami yang baru tiba semalam di bawa untuk ziarah dalam Masjid Nabawi.
Dibawa melalui kubah hijau memberi salam kepada Nabi Muhammad serta sabahat-sahabat baginda.
Kubah Hijau Masjid Nabawi
 Pastu jemaah lelaki dan perempuan berpecah untuk memasuki Raudah.
Pemeriksaan kat Masjid Nabawi lebih ketat berbanding Masjidil Haram di Mekah.
Siap wat pemeriksaan badan takut-takut bawa masuk kamera atau henpon kamera dan pen.
Time ni pandai-pandai la sorok moga-moga tak dirampas.

Masa ni memang kena banyak bersabar.Sabar kunci dalam segala-gala.
Kalau tak sabar mulut mula la nak ucap perkataan yang bukan-bukan.
Hampir 2 jam baru la giliran cheq dan mak dapat masuk ke Raudah.
Alhamdulillah walaupon tak dapat bersembahyang sunat sebab dah banyak kali sangat terbatal akibat tunggu lama kami dapat juga jejak kaki dalam kawasan Raudah dan mengucap salam ke atas junjungan baginda serta sahabat dan juga berdoa.
Pagi pertama di Masjid Nabawi selepas menziarah Raudah
Day 38~bangun lambat.Tido lena bukan main pas malam tu minum ubat batuk.Mana taknya asik batuk sampai ganggu orang len nak tido so nak tak nak cheq minum gak la ubat batuk.
Pagi ni tak dapat la sembahyang subuh dalam masjid.
Sembahyang luar masjid atas kapet tebal.Walau tebal mana kapet kat luar masjid cuaca teramat-amat sejuk.
Sembahyang pkai baju sejuk pon masih sejuk lagi so harap maklum kalau nampak pic semua gemuk-gemuk...hahaha....baju berlapis-lapis.Subuh 8'C mana tahan.....

Day 39~Hari ni ada ziarah luar seawal jam 7 pagi selepas sarapan.
Masa yang diperuntukkan 5 jam.Jemaah perlu sampai di hotel sebelum waktu Zohor agar tak tertinggal satu waktu pon untuk bersembahnyang di Masjid Nabawi.
Mula-mula kami di bawa ke Masjid Quba'.
Sempat bersembahyang sunat di sini.Ada juga manfaatkan dengan sembahyang sunat dhuha.
Masjid Quba' dikatakan masjid pertama di bina oleh baginda di Madinah
 'Barang siapa yang mengambil wudhu' dari rumah dan pergi bersembahyang di Masjid Quba' sembahyang sunat 2 rakaat mendapat ganjaran menyamai 1 umrah.'

Lepas selesai di sini kami di bawa ke ladang kurma tapi cheq dan mak tak beli apa-apa pun sebab dah beli banyak kurma dan kacang selepas menunaikan haji tempohari.
Tak dapat la nak tengok pohon kurma yang lebat berbuah sebab kurma hanya berbuah pada musim panas.

Dari ladang kurma kami di bawa ke Jabal Uhud menziarah makan Saidina Hamzah(bapa saudara Rasulullah), Saidina Abdullah bin Jahsyi dan Saidina Mus'ab bin 'Umar yang syahid masa peperangan Uhud.
Kalau dilihat Jabal Uhud ni berwarna agak kemerah-merahan.
Jabal Uhud yang agak kemerah-merahan

Selepas itu kami di bawa ke Masjid Qiblatain atau masjid 2 kiblat.Dinamakan masjid Qiblatain sebab Allah memerintahkan Rasulullah agar menukar arah kiblat dari arah Masjid Aqsar ke arah Kaabah.
Kat sini kami tak turun sebab waktu yang terhad.Iyela...bila pihak pengurusan tak bagi soping ada jugak yang soping tiap kali sampai di satu-satu tempat.Maka orang lain asik dok tunggu depa jela sebab lambat.
Pastu kami melalui Masjid Tujuh dan singgah di Pasar Kurma.

Day 40~Pagi ni ada ceramah agama supaya masing-masing ingat mengingati apa yang boleh di buat apa yang tak boleh di buat.Di Tanah Haram Mekah dan Madinah perlu menjaga akhlak dan percakapan.Kalau cakap meninggi diri atau ada yang tidak puas ati besar kemungkinan di bayar cash oleh Allah.Kata-kata yang kuar dari mulut umpama doa di sana.

Day 41~Hari ni acara bebas so pas sarapan leh la kuar jalan or sopim apa-apa yang patut.Time-time camni jubah mula turun harga sebab ramai jemaah haji beransur pulang ke tanah air.
Kawasan sekitar Madinah
 Sempat la rembat 2 helai jubah dan sehelai abaya.Jubah kaler light pepel dan light pink.Susah nak cari jubah kaler-kaler selain kaler hitam dan putih kat sini.
Malamnya sempat ke Raudah.2 jam setengah menunggu akhirnya dapat gak masuk Raudah untuk sembahyang sunat dan berdoa.Sempat jugak la di tolak sampai terduduk masa tengah baca Al-Fatihah waktu sembahyang.Sabar je la.

Day 42~ada ceramah agama pagi ni pastu pandai-pandai wat keje berfaedah.

Day 43~Hari ni acara bebas so kuar sopim ke Pasar Kurma.Tolong temankan Hajah Tipah dari Sabah yang nak sopim kurma dan buah tin.Dari pasar-pasar biasa berjalan kaki sampai la Pasar Kurma.Baju di pasar-pasar biasa ni lagi murah-murah dari kedai sekitar Madinah.Kalau ikut nak sopim semua nak beli.
Masjid Abu Bakar
 Day 44~Last bersembahyang di Masjid Nabawi.Moga ada rezeki untuk datang ke sana lagi.
 Selesai buat Ziarah Wada' semua pakat dok kemas-kemas beg.Rasa macam lebih dari 30 kg sorang dah gayanya.Maunya kena bayaq nanti masa kat epot.

Day 45~jam 1.30 pagi hari Sabtu malam Ahad kami bertolak ke Airport Madinah untuk urusan imigresen.
Sampai di epot Madinah jam 3.30 pagi selepas selesai urusan angkat-angkat beg oleh pihak yang berkenaan.
Rasa nak hancur je beg bila tengok cara depa wat keja.Semua main lambung-lambung je.

Proses di epot agak lambat sebab epot Madinah ni kecik je.Pagi tu cuma 2 kaunter ja buka untuk kami jemaah seramai 450 orang menaiki penerbangan Saudi Arabia Airline.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan tidak seorang pon jemaah haji pagi tu yang kena bayar walaupon beg lebih muatan.

Sembahyang Subuh bersepah-sepah di kaki lima dan ada gak di surau yang disediakan.Semuanya kena cepat.Check in jam 6.20 pagi dan di jangka akan bertolak pulang ke Malaysia jam 7.30 pagi tapi flight pagi tu bertolak agak awal jam 6.40 pagi selepas semuanya berjalan dengan lancar.Alhamdulillah segala-gala dipermudahkan oleh Allah.
Ambik tepi tingkap sebab nak tengok awan gula-gula kapas
Masa dalam flight ni ada pengalaman lucu.
Ada seorang jemaah yang sakit dan memerlukan khidmat doktor.Time tu cheq tengah dok tulis dalam buku.Bila pilot umumkan memerlukan khidmat doktor cheq terus angkat kepala nak kepoh-kepoh pasaipa.Tetiba sorang peramugara tanya cheq samada cheq doktot ke tak....hish...cheq doktot?Jenuh la jemaah tu kalau cheq doktot tu...hahahaha...Naseb ada doktor dalam flight tu.Sakit apa?Cheq tak tau sampai ke sudah....hehehehe....

Kami dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 9.30 malam dan selesai urusan di epot jam 10.30 malam tapi hari tu kami tiba 2 jam lebih awal sekitar 7.30 malam.Kalut bukan main abang sulung cheq yang memang dok bajet time nak mai jam 9.30 malam bila cheq call dia selepas kapal selamat mendarat di KLIA.Sempat la dia datang sebab banyak urusan kena buat.Nak ambik beg pon dah lama.450 orang jemaah punya beg.Sorang bukan satu beg...kadang ada sampai dua tiga beg.Bila tengok beg rasa cam kesian.Ada yang dah terburai sebab semuanya di angkat lambung ja.Pastu nak ambik air zamzam lagik.Masa abang sampai jam 9.30 malam tu cheq baru ja selesai angkat 2 beg 30 kg.Berat gila babas.Bawak balik baju tapi rasa macam bawak balik konkrit....hehehehe....

Alhamdulillah selamat tiba di bumi Malaysia dengan selamat.Kami pon pulang ke Penang pas bersalam-salaman dengan kenalan jemaah di sana.Sedih gembira bercampur baur.

Ondaway balik sempat singgah di RnR Sungai Perak.Sempat makan sup tulang lepas hampir 2 bulan tinggalkan Malaysia.Rindunya masakan Malaysia tapi rindu lagi Mekah dan Madinah.
Kami sekeluarga selamat tiba di Penang sekitar 4 pagi.Alhamdulillah.....

Pada abang sulung...thanks sebab seponser perjalanan cheq ke Tanah Suci Mekah.Tanpa seponsership abang rasanya tahun 2038 baru cheq leh pi kot tu pon kalau panjang umuq dan duit potongan dalam Tabung Haji cukup.Memang orang cakap cheq di jemput awal oleh Allah ke sana menjadi tetamu-Nya tapi tanpa jalan dari abang rasanya cheq tak sampai sana.Makaseh na....moga rezeki abang lebih melimpah ruah.


notakukukakiku:~berusaha kumpul duit nak wat umrah plak...nak pi Cairo sekali....rindunya....

February 29, 2012

Apa aku buat pada 29 Feb 2012?

Ha...camni la gayanya aku pada 29 Feb 2012.
Dok umah asik ngadap menatang ni la.

Pastu petangnya time orang balik keja...terpacak depan lobi tempat keja.
Masuk keja malam tu...hehehe...
Sampai orang asik tanya.
Selamber ja jawab...'biasa la...kilang sendiri...suka-suka hati nak masuk pukul brapa pon'...ngeh...ngeh...ngeh...

Jangan marah ye kawan-kawan :)

February 28, 2012

FDR mengimbau kenangan lampau

Assalamualaikum
Oh...lama gila tak update.
Sibuk sangat sampai lupa akan blog....hishhhhh....
__________________________________________________

Seperti yang di pot pet pot pet dalam fesebuk akhirnya FDR(kami berempat saja hari tu...lagi 6 memasing sibuk kija)
akhirnya telah berada di Simpang Keling Pokok Sena untuk sesi mengimbau kenangan dolu-dolu pada 16 Feb 2012.

Tempat yang kami set....Kedai Abang Lan nak pekena nasik goreng ayam.
Dolu-dolu masa form 5 Kedai Abang Lan ni la tempat kami mencari sesuap nasik or sesudu kuah sup sebelum kelas tambahan petang hihihi.

Rupa-rupanya dah berbelas tahun dah tak makan kat situ.Baru sedar tapi rasa macam baru sangat tinggalkan sekolah menengah(masih takmo ngaku tua...ngeh ngeh ngeh).

Ni la rupa dan gaya nasik goreng ayam Abang Lan.
Memang la banyak lagi kedai lain yang sedap-sedap tapi ni nostalgia.
Sambil makan sambil mengimbau kenangan lama.
Punya la riuh rendah walaupon 4 orang dan duduk lama macam takmo balik....hehehehe....

Part yang paling beshhhhh....kami makan free hari tu coz ada orang seponser.
Belum order dah ada orang bayarkan....dasattttttt....
Makaseh la pada orang tu sebab bayarkan untuk kami.

February 13, 2012

Aku + Dia =Keja Gila

Assalamualaikum

Dia col pukul 9.45 mlm ajak pi Loq Staq.
Dalam gagap jawab dia terus kata pi siap kaih.
Pas siap bagai terpacak tepi jalan tengok-tengok dia siap mai dengan keta macam kat bawah neh.

Huh...keta sapa plak la dia sebat ni?
Pi Loq Staq bukan watpa pon....just hantaq barang tak sampai 5 minit pastu patah balik Seberang Perai.
Ceh...ceh...ceh...penat ja aku siap-siap bagai.

Tapi masa balik tu dia sempat semawa drive keta ni.
Dengan konpiden ja jawab mau...hahahaha...
Walaweyyyy...sedap tu bawak keta tinggi dan berat ni.
Terasa nak beli satu kalau mampu....hahahaha....macam mampu.

Last-last balik umah dalam pukul 2.30 pagi pas singgah makan bagai.
Adeyyyy la...tak ke namanya kerja gila pi semata-mata nak hantaq barang ja.
Esok tu maunya bangun lambat nak pi keja.
Tak sedaq pon bunyi jam.
Tidoq mati...hehehehe...

February 2, 2012

Hlovate~saya suka penulisan beliau

Last week pi Popular beli novel.
Orang len sibuk-sibuk cari novel jiwang Gemersik Kalbu la...Ombak Rindu la tapi saya plak cari hasil penulisan Hlovate.
Sempat la rembat novel tunas tu.
Hat sebelah tu pinjam dari K.Hasnah sebab abes stok.

Walaupon penulisannya agak rock dan gila-gila tapi saya suka.
Bila baca novel tunas ni rasa macam zaman dok asrama sekolah dulu tapi takdak la seganas Addin dalam cite tunas ni.

aA + bB plak kesinambungan dari cite tunas tu.
Sempoi je penggunaan bahasanya.Tak jemu la baca.

Kalau novel cinta lain rasanya dah banyak ayat yang meleret-leret saya skip baca.

Err...mana novel 5 tahun 5 bulan-Hlovate tu ek?
Sapa pinjam?



notakukukakiku :~misi menyelongkar cari 5 tahun 5 bulan...

January 31, 2012

Sebelum expired

Sebelum voucher ni yang dapat tahun lepas expired macam tahun sudah bek cheq gunakan cepat-cepat.

Asik tertangguh-tangguh ja.
Dari sehari ke sehari asik nak pi tapi tak pi pon.

Last-last hari sabtu pas keja pi gak guna voucher ni.

Sempat rembat benda kat bawah ni untuk pi keja.

Errrr....apasal asik ambik kasut kaler coklat gak ek...
bukan peberet kaler putih ka?