Perjalanan Seorang Dhuyuf Ar-Rahman-Akhir | Pengalaman Menunaikan Haji

11:35 PM

Perjalanan Seorang Dhuyuf Ar-Rahman-Akhir | Pengalaman Menunaikan Haji


Assalamualaikum.

Baru teringat ending kisah Perjalanan Seorang Dhuyuf Ar-Rahman belum buat.
Sejak dua menjak ni sibuk bukan main.
Kekadang siap keja direct 10 hari tanpa henti.
Kekadang kena masuk keja malam pon ada.
Dengan tengah sambung belajar lagik...wat assignment lagik so lupa abes.
Meh nak cerita masa kat Madinah.

___________________________________________

Day 37~45

Seminggu di Madinah

Day 37~Meh nak tunjuk bilik kami anak-beranak dari Penang berserta 2 beradik dari Kedah.
Hotel Madinah Movenpick...bawah ada outlet-outlet perniagaan...atas hotel
 Cun tak?
Cun la kan...tapi macam biasa saya ambik katil hat hujung tepi tingkap.
Kunun nak lari dari ekon tapi memang takyah pasang ekon pon sebab sejuk sangat-sangat.
Bilik siap dengan dapur tapi macam la nak masak...hehehehe...

Lepas Subuh hari pertama di Madinah
Lepas Subuh dan sarapan kami yang baru tiba semalam di bawa untuk ziarah dalam Masjid Nabawi.
Dibawa melalui kubah hijau memberi salam kepada Nabi Muhammad serta sabahat-sahabat baginda.

Kubah Hijau Masjid Nabawi
 Pastu jemaah lelaki dan perempuan berpecah untuk memasuki Raudah.
Pemeriksaan kat Masjid Nabawi lebih ketat berbanding Masjidil Haram di Mekah.
Siap wat pemeriksaan badan takut-takut bawa masuk kamera atau henpon kamera dan pen.
Time ni pandai-pandai la sorok moga-moga tak dirampas.


Masa ni memang kena banyak bersabar.Sabar kunci dalam segala-galanya.
Kalau tak sabar mulut mula la nak ucap perkataan yang bukan-bukan.
Hampir 2 jam baru la giliran saya dan mak dapat masuk ke Raudah.

Alhamdulillah walaupon tak dapat bersembahyang sunat sebab dah banyak kali sangat terbatal akibat tunggu lama kami dapat juga jejak kaki dalam kawasan Raudah dan mengucap salam ke atas junjungan baginda serta sahabat dan juga berdoa.

Pagi pertama di Masjid Nabawi selepas menziarah Raudah
Day 38~bangun lambat.Tido lena bukan main pas malam tu minum ubat batuk.Mana taknya asik batuk sampai ganggu orang len nak tido so nak tak nak saya minum juga la ubat batuk.
Pagi ni tak dapat la sembahyang subuh dalam masjid.
Sembahyang luar masjid atas kapet tebal.Walau tebal mana kapet kat luar masjid cuaca teramat-amat sejuk.
Sembahyang pakai baju sejuk pon masih sejuk lagi so harap maklum kalau nampak gambar semua gemuk-gemuk...hahaha....baju berlapis-lapis.Subuh 8'C mana tahan.....

Day 39~Hari ni ada ziarah luar seawal jam 7 pagi selepas sarapan.
Masa yang diperuntukkan 5 jam.Jemaah perlu sampai di hotel sebelum waktu Zohor agar tak tertinggal satu waktu pon untuk bersembahnyang di Masjid Nabawi.

Mula-mula kami di bawa ke Masjid Quba'.
Sempat bersembahyang sunat di sini.Ada juga manfaatkan dengan sembahyang sunat dhuha.

Masjid Quba' dikatakan masjid pertama di bina oleh baginda di Madinah
 'Barang siapa yang mengambil wudhu' dari rumah dan pergi bersembahyang di Masjid Quba' sembahyang sunat 2 rakaat mendapat ganjaran menyamai 1 umrah.'

Lepas selesai di sini kami di bawa ke ladang kurma tapi saya dan mak tak beli apa-apa pun sebab dah beli banyak kurma dan kacang selepas menunaikan haji tempohari.
Tak dapat la nak tengok pohon kurma yang lebat berbuah sebab kurma hanya berbuah pada musim panas.




Dari ladang kurma kami di bawa ke Jabal Uhud menziarah makam Saidina Hamzah(bapa saudara Rasulullah), Saidina Abdullah bin Jahsyi dan Saidina Mus'ab bin 'Umar yang syahid masa peperangan Uhud.
Kalau dilihat Jabal Uhud ni berwarna agak kemerah-merahan.

Jabal Uhud yang agak kemerah-merahan

Selepas itu kami di bawa ke Masjid Qiblatain atau masjid 2 kiblat.Dinamakan masjid Qiblatain sebab Allah memerintahkan Rasulullah agar menukar arah kiblat dari arah Masjid Aqsar ke arah Kaabah.

Kat sini kami tak turun sebab waktu yang terhad.Iyela...bila pihak pengurusan tak bagi soping ada jugak yang soping tiap kali sampai di satu-satu tempat.Maka orang lain asik dok tunggu depa jela sebab lambat.
Pastu kami melalui Masjid Tujuh dan singgah di Pasar Kurma.

Day 40~Pagi ni ada ceramah agama supaya masing-masing ingat mengingati apa yang boleh di buat apa yang tak boleh di buat.Di Tanah Haram Mekah dan Madinah perlu menjaga akhlak dan percakapan.Kalau cakap meninggi diri atau ada yang tidak puas ati besar kemungkinan di bayar cash oleh Allah.Kata-kata yang kuar dari mulut umpama doa di sana.

Day 41~Hari ni acara bebas so lepas sarapan boleh la kuar jalan or sopim apa-apa yang patut.Time camni jubah mula turun harga sebab ramai jemaah haji beransur pulang ke tanah air.
Kawasan sekitar Madinah
 Sempat la rembat 2 helai jubah dan sehelai abaya.Jubah kaler light pepel dan light pink.Susah nak cari jubah kaler-kaler selain kaler hitam dan putih kat sini.
Malamnya sempat ke Raudah.2 jam setengah menunggu akhirnya dapat gak masuk Raudah untuk sembahyang sunat dan berdoa.Sempat jugak la di tolak sampai terduduk masa tengah baca Al-Fatihah waktu sembahyang.Sabar je la.

Day 42~ada ceramah agama pagi ni pastu pandai-pandai wat keje berfaedah.

Day 43~Hari ni acara bebas so kuar sopim ke Pasar Kurma.Tolong temankan Hajah Tipah dari Sabah yang nak sopim kurma dan buah tin.Dari pasar-pasar biasa berjalan kaki sampai la Pasar Kurma.Baju di pasar-pasar biasa ni lagi murah-murah dari kedai sekitar Madinah.Kalau ikut nak sopim semua nak beli. Saya sebenarnya banyak temankan Hajah Tipah(sebilik di Mekah) dan Hajah Siti(selang 2 bilik) shopping dan menunaikan tawaf sejak di Mekah lagi. Mereka datang bersendirian menunaikan haji. Adakala mak ikut adakala mak banyak habiskan masa di bilik membaca Al-Quran. Saya pon sempat khatam Al-Quran sekali di Mekah dan tak sempat habiskan lagi separuh khatam Al-Quran. Balik Malaysia makan bulan juga la nak habiskan yang tak sempat tu...ihik...


Masjid Abu Bakar
 Day 44~Last bersembahyang di Masjid Nabawi.Moga ada rezeki untuk datang ke sana lagi.

 Selesai buat Ziarah Wada' semua pakat dok kemas-kemas beg.Rasa macam lebih dari 30 kg sorang dah gayanya.Maunya kena bayaq nanti masa kat epot.

Day 45~jam 1.30 pagi hari Sabtu malam Ahad kami bertolak ke Airport Madinah untuk urusan imigresen.
Sampai di airport Madinah jam 3.30 pagi selepas selesai urusan angkat-angkat beg oleh pihak yang berkenaan.
Rasa nak hancur je beg bila tengok cara depa wat keja.Semua main lambung-lambung je.

Proses di airport agak lambat sebab airport Madinah ni kecik je.Pagi tu cuma 2 kaunter ja buka untuk kami jemaah seramai 450 orang menaiki penerbangan Saudi Arabia Airline.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan tidak seorang pon jemaah haji pagi tu yang kena bayar walaupon beg lebih muatan.

Sembahyang Subuh bersepah-sepah di kaki lima dan ada jugak di surau yang disediakan.Semuanya kena cepat.Check in jam 6.20 pagi dan di jangka akan bertolak pulang ke Malaysia jam 7.30 pagi tapi flight pagi tu bertolak agak awal jam 6.40 pagi selepas semuanya berjalan dengan lancar.Alhamdulillah segala-gala dipermudahkan oleh Allah.
Ambik tepi tingkap sebab nak tengok awan gula-gula kapas
Masa dalam flight ni ada pengalaman lucu.
Ada seorang jemaah yang sakit dan memerlukan khidmat doktor.Time tu saya tengah dok tulis dalam buku. Ingat balik apa yang jadi dalam seminggu di Madinah.Bila pilot umumkan memerlukan khidmat doktor saya terus angkat kepala nak kepoh-kepoh pasaipa.Tetiba sorang peramugara tanya saya samada saya doktor ke tak....hish...saya doktor?Jenuh la jemaah tu kalau saya doktor tu...hahahaha...Naseb ada doktor dalam flight tu.Sakit apa?Saya tak tau sampai ke sudah....hehehehe....

Kami di jangka tiba di KLIA jam 9.30 malam dan selesai urusan di airport jam 10.30 malam tapi hari tu kami tiba 2 jam lebih awal sekitar 7.30 malam.Kalut bukan main abang sulung saya yang memang dok bajet time nak mai jam 9.30 malam bila saya call dia selepas kapal selamat mendarat di KLIA.


Sempat la dia datang sebab banyak urusan kena buat.Nak ambik beg pon dah lama.450 orang jemaah punya beg.Sorang bukan satu beg...kadang ada sampai dua tiga beg.Bila tengok beg rasa cam kesian.Ada yang dah terburai sebab semuanya di angkat lambung ja.Pastu nak ambik air zamzam lagik.Masa abang sampai jam 9.30 malam tu saya baru ja selesai angkat 2 beg 30 kg.Berat gila babas.Bawak balik baju tapi rasa macam bawak balik konkrit....hehehehe....

Alhamdulillah selamat tiba di bumi Malaysia dengan selamat.Kami pon pulang ke Penang lepas bersalam-salaman dengan kenalan jemaah di sana.Sedih gembira bercampur baur.

Ondaway balik sempat singgah di RnR Sungai Perak.Sempat makan sup tulang lepas hampir 2 bulan tinggalkan Malaysia.Rindunya masakan Malaysia tapi rindu lagi Mekah dan Madinah.
Kami sekeluarga selamat tiba di Penang sekitar 4 pagi.Alhamdulillah.....

Pada abang sulung...thanks sebab sponser perjalanan saya ke Tanah Suci Mekah.Tanpa sponsership abang rasanya tahun 2038 baru saya boleh pi kot tu pon kalau panjang umur dan duit potongan dalam Tabung Haji cukup.Memang orang cakap saya di jemput awal oleh Allah ke sana menjadi tetamu-Nya tapi tanpa jalan dari abang rasanya saya tak sampai sana.Makaseh na....moga rezeki abang lebih melimpah ruah.


notakukukakiku:~berusaha kumpul duit nak wat umrah plak...nak pi Cairo sekali....rindunya....

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Alhamdulilah menjadi tetamu Allah..
    sebak baca nie cik zai, dlm hati berdoa moga2 kira diberi rezeki yg lebih nk anta mama papa pegi sana.. moga ada rezeki depa... AMin

    ReplyDelete
  2. Insyaallah akan ada rezeki utk smua smpai ke sana...Amin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,rezeki kak zai sampai ke sana :)

    ReplyDelete
  4. onie...alhamdulillah...rezeki k.zai...rezeki onie pasti ada...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah itulah dinamakan rezeki.. Eyda pun harap dapat jejak kaki ke sana.. In shaa Allah..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^