Perjalanan Seorang Dhuyuf Ar-Rahman~5 | Pengalaman Menunaikan Haji

7:16 AM

Perjalanan Seorang Dhuyuf Ar-Rahman~5 | Pengalaman Menunaikan Haji


Assalamualaikum

Bersambung kembali diari perjalanan seorang dhuyuf ar-Rahman.

__________________________________________________

Day 21 ~ 30

Mood acara bebas dan menyempurnakan ibadah haji.

10 Nov~siang digunakan untuk mendobi menggunakan tangan baju-baju yang digunakan sewaktu di Arafah, Mudzalifah dan Mina.
2 jam ja sidai baju dah kering padahal tak guna mesin pengering air pon.Cuaca memang panas terik dan berangin.Nak tengok awan gula-gula kapas pon tak nampak.Nampak langit membiru terbentang luas ja.

Malamnya menyempurnakan ibadah haji dengan melakukan tawaf dan saie haji.
Alhamdulillah dapat menyempurnakan ibadah haji walaupon keadaan penuh sesak.

~keadaan dalam Masjidil Haram selepas Isyak pada musim haji.Pic di snap dari atas bumbung Masjidil Haram.Pic kredit to Hj Tazzi Bam~

11 Nov~kali pertama keluarkan duit dari akaun Tabung Haji di bumi Mekah.Sudah berniat untuk menyempurnakan ibadah haji dahulu baru la sopim barang-barang.
Tengaharinya ada bacaan tahlil dan yassin di hotel.

12 Nov~demam....redha...tido tido tido ja kejanya.
Klinik kat bawah hotel di terjah tapi tengok la buku putih dan merah atas meja petugas klinik...penuh tersusun.Memang musim sakit selepas balik dari Mina.Saya letak dan cakap kat petugas pukul 4 petang baru turun.Balik bilik terus sambung tido balik.



13 Nov~pagi ada ceramah motivasi dari Ustaz Zulkefli Hamat, Mursyid Imam Muda Astro.



Malamnya ada majlis khatam Al-Quran dan tahlil serta jamuan aqiqah nasi mandey kambing.
Hehehe...tinggai tulang je la yek.Isinya selamat masuk ke dalam perut dengan jayanya.


Hehehe...sekali ada sambal belacan da dalam pinggan tu.Nasi mandey ni di masak oleh orang Arab tapi nasi untuk hari-hari biasa di masak oleh chef yang didatangkan khas oleh THTS dari Malaysia.Bukan takat sambal belacan...budu...tempoyak...kerabu dan air asam pon ada.Sebab tu saya ada selera makan kat sana sebab masakan ala Malaysia.

Pssst...kat sana takleh kata tak lalu makan...nanti terus tak lalu makan sampai balik baru padan muka.Jenuh merana badan.Dan bila balik Malaysia dah semestinya orang tegur kata 'awat hang makin berisi ni?Orang len pi Mekah balik kuruih kering'.

Well...saya kan lalu makan.Apa saja terhidang semua saya try.

Malamnya melakukan tawaf sunat dengan mak buat sekian kalinya.

14 Nov~berpuasa serta sopim dan melakukan ibadah seperti biasa.

15 Nov~berpuasa dan sopim.Mulut mau maneh baru la leh dapat diskaun.

16 Nov~puasa dan membeli kekacang dan kurma untuk di pos ke Malaysia.
Malam buat umrah dengan mak.Berniat miqat di Masjid Taneem yang berada di Tanah Halal.Selepas berniat terus ke Masjidil Haram melakukan tawaf dan saie umrah serta bergunting.

17 Nov~berpuasa.Misi mengepos barang telah pon selesai dan misi mencari sedikit lagi barang-barang diteruskan.
Keadaan sekitar jalan hendak ke masjid.Dasat orang Arab ni...atas jalan penuh sesak pon boleh berniaga tau.

permandangan dari bilik hotel saya



Malamnya ada ceramah oleh Ustaz Syukri bab penyucian jiwa.Masa ni semua dinasihatkan supaya menyucikan hati dan jiwa sebelum datang ke Mekah.Ni disebabkan ada kes-kes jemaah di hantar pulang oleh pihak THTS selepas tidak sedarkan diri meracau-racau akibat perbuatan terdahulu.

'Bayar pakej mahal-mahal tapi last-last kena balik camtu ja.tak sempat nak sempurnakan haji.'-Ustaz Syukri

18 Nov~sekali lagi ceramah mengenai kes yang terjadi oleh Ustazah Rohana tajuk doa-doa amalan untuk keluarga.
Malamnya buat umrah buat kali ke-2.Macam biasa berniat di miqat Masjid Taneem.

19 Nov~bangun lambat.
Siangnya pi sopim lagik.Sempat beli 'emas'...hehehehe...

 Hampa ada ka?


Bersambung....hari-hari terakhir berada di bumi Mekah.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. dah follow...

    datang la follow sambil shopping di
    http://vanillawardrobe88.blogspot.com/
    Thanks :)

    ReplyDelete
  2. tudiaaaaa emas depan... hihihih

    best kan cik zai pegi sana.. teringinnya.... hurmmmm

    ReplyDelete
  3. hehehe...dok sn jd org kaya...syok..cer kiera try p umrah tgk cmna..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers