Perjalanan Seorang Dhuyuf Al-Rahman~1 | Pengalaman Menunaikan Haji

2:53 PM

Perjalanan Seorang Dhuyuf Al-Rahman~1 | Pengalaman Menunaikan Haji


Assalamualaikum


Menjadi seorang tetamu Allah adalah pengalaman yang sangat-sangat indah dalam hidup saya.
Bermacam-macam perkara dapat di rasa, di lihat dan di dengar sepanjang berada di sana.
Alhamdulillah...segala ibadat dapat dijalankan dengan sempurna.
Syukur kepada Allah sebab tak beri cuti sepanjang berada di Mekah dan Madinah kerana emak memang bergantung harap pada saya seorang.


Di sini saya cerita sedikit pengalaman sepanjang 45 hari menjadi tetamu Allah.
Tiap-tiap orang yang pergi pengalamannya berbeza-beza.
Macam tu jugak saya jadi jangan plak nak compare kenapa awak yang biasa pergi tak kena macam tu saya kena macam ni...mak ayah awak sihat saya sakit atau apa saja. Itu semua ujian yang Allah turun pada tiap hamba-Nya.

Bukan untuk bermegah-megah tapi mungkin ada yang berminat nak menunaikan haji pada usia muda.
Saya pon tak sangka dapat pergi ke sana seawal usia ni.Rezeki datang bergolek-golek.
Sapa tau kan?


Day 1~3

TAT---Bayan Lepas---KLIA---Kelana Jaya---KLIA---Jeddah---Kota Mekah



21 Okt-seawal jam 9 pagi ramai orang kampung dan sedara-mara yang datang walaupon hari tu hari Jumaat.Saya dan mak dah pon bersiap dengan perasaan yang bercampur-baur.Sedih...seronok...takut pon ada sebab siapa la saya nak menjadi Dhuyuf Al-Rahman.

Serba naif dengan ilmu agama dan dengan perangai tah apa-apa.Hanya Tuhan je yang tau.

Berdebar-debar.Takut dugaan datang menimpa-nimpa. Dugaan sebelum pi haji pon dah teruk....di sana taktau la macam mana dugaannya pula.


Bertolak dari rumah jam 11 pagi.Sewaktu azan dan bacaan doa airmata saya bergenang.Tak tau nak gambarkan perasaan camna.Semua abang-abang saya pi hantar kat epot.Turut serta yang hantar hari tu kawan-kawan sekerja...K.Kin, K.Ros, K.Hasnah, K.Liza dan Ash.

Menaiki flight di Bayan Lepas pukul 3.20 petang.Dalam flight perasaan bercampur baur.Macam tak percaya pun ada.

Tiba di KLIA berdua dengan mak tanpa sanak-saudara.Abang sulung plak direct flight ke Johor.Main aci redah je dengan mak.
Kat airport petugas Tabung Haji Travel(THTS) dah pon menanti dan panggilan HAJI dan HAJAH dah mula bergema kat sini.
Hampir dua jam di KLIA menunggu tetamu-tetamu Allah dari seluruh pelusuk Malaysia yang datang sendirian tanpa keluarga kami bertolak ke Tabung Haji Kelana Jaya dengan bas yang disediakan.




Tiba di Kelana Jaya betul-betul waktu Maghrib selepas meredah hujan lebat dan jemmed sepanjang perjalanan dari KLIA.Waktu ni perasaan menjadi sayu sebab lihat ramai tetamu Allah datang ditemani sanak-saudara.Rasa macam nak nangis.Malam tu ada 3 penerbangan so keadaan memang sesak ditambah dengan keadaan hujan lebat.




Jam 10.30 malam baru kami yang baru tiba tadi dapat bilik.Malam tu berdua je la dengan mak dalam bilik sambil dengar petugas dok umum penerbangan.Lagi 3 orang yang sepatutnya tido dengan kami datang esok pagi dengan keluarga masing-masing.


22 Okt-Siang plak just kuar bekpes, lunch dan dinner ja.Sedara di KL pon tak dapat datang.Kalau turun bawah alamatnya bertambah-tambah sayu la.




Lepas Maghrib terus mandi sunat ihram, berpakaian ihram, solat sunat ihram dan Isyak.Tepat jam 9.30 malam kami di panggil untuk check-in.Semua dilakukan di Tabung Haji Kelana Jaya.Semuanya serba pantas.Pengalaman yang paling best bila bas jemaah haji di eskot oleh abang-abang polis trafik sepanjang Kelana Jaya hingga KLIA.Memang dasat la.Rasa macam menteri-menteri la plak...hihihi...



Sama juga keadaan di KLIA.Semua cepat dan pantas.Dipermudahkan oleh Allah.Kami bertolak dari KLIA menuju ke Jeddah pada jam 1.30 pagi 23 Okt dan sampai di Jeddah jam 5.50 pagi waktu Jeddah.Disebabkan bertolak malam maka dalam flight asik tidoq pastu bangun makan...tidoq balik...bangun makan dan tidoq balik....hehehe...


23 Okt-1st time sembahyang di kaki lima.Kelam-kabut sebab takut waktu Subuh abes dengan berkongsi bilik air untuk 450 orang jemaah haji jadi redah jela sembahyang kat kaki lima.Imigresen di Jeddah sangat-sangat ketat.Rasanya kena pi banyak kaunter untuk cop pasport.
Lepas je cop pasport menunggu bas untuk ke hotel.


Bila tiba di Tanah Suci rezeki amat-amat murah.
Naik je bas dapat nasi mandi ayam.Bas jalan sikit lagi benti dapat sekotak kecik biskut,kurma dan air zam-zam.Jalan cikit lagi benti dapat lagi air zam-zam.Singgah plak sembahyang Zohor.. makan-makan dan minum-minum kat satu restoran arab.Makan dan makan lagik sebelum tiba di hotel.Jam 4 petang baru la sampai ke hotel yang terletak kira-kira 550 meter dari Masjidil Haram.Setelah berehat malamnya kami dibawa ke masjid untuk tawaf dan saie' umrah serta bergunting bagi yang buat haji tammattu' dan tawaf qudum bagi haji ifrad. Saya dan mak bersepakat untuk menunaikan haji kaedah haji tammattu'.


Terpegun dengan kecantikkan ukiran Masijidil Haram yang tersergam indah dan berkilau.Diberi sedikit taklimat sebelum masuk ke masjid supaya tak terlupa pintu nombor brapa kami masuk.Ada 99 pintu semua so jangan salah kuar pintu sudah takut-takut tak jumpa kasut serta jalan balik.Alhamdulillah selesai tawaf,saie umrah dan bergunting sekitar jam 12.30 malam.Kena balik berehat.Esok 3 pagi dah nak ke masjid dah untuk Subuh.





bersambung......


You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. attention
    kepada semua kawan2 yg mengenali mika...sila update link di blog yg baru ye...mika akan delete blog ni tak lama lagi...harap korang dapat update a.s.a.p...hope sgt2 dpt keep in touch ngn u all dlm blog yg baru...link blog tu :

    bumbumbee-tira.blogspot.com

    p/s - please, please, please update...xnak kehilangan u all semua...

    ReplyDelete
  2. teringin nak p sana..... semoga dipermudahkan aamiin. :)

    ReplyDelete
  3. seronoknya baca pengalaman pertama Zai..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers