Perjalanan Seorang Dhuyuf Ar-Rahman~3 | Pengalaman Menunaikan Haji

6:47 PM

Perjalanan Seorang Dhuyuf Ar-Rahman~3 | Pengalaman Menunaikan Haji


Assalamualaikum.
Dah lama tertangguh entri perjalanan saya ke Tanah Suci tahun lepas.
Nak taip tapi asik tertangguh-tangguh so hari cuti ni try cerita cikit demi cikit.
Ala...macam diari la kan.Takda la se detail mana pon just cikit-cikit ja.

______________________________________________________
Day 11~14

Masih dalam mood acara bebas.

31 Okt~agak terlewat ke masjid so sembahyang Subuh di atas bumbung masjid.
Sejuk + fresh air.
Waktu azan Subuh dapat la tengok kecanggihan menara jam besar kat Mekah ni.Berkelip-kelip lampu dia sampai abes azan.Try gak snap dan rakam guna enpon cap ayamas roster ni tapi visual kurang memuaskan la.
Ni gara-gara terlupa nak bawa kamera ke Mekah.Semua gambar guna kamera enpon jek...huhuhu...

Atas bumbung Masjidil Haram.Time ni dah pukul 7 pagi lepas selesai sembahyang sunat.



1 Nov~kali ni Subuh di basement Masjidil Haram.Pas Subuh balik bekpes kat hotel pukul 7.45 pagi camtu bersiap-siap untuk ziarah dalam melawat sekitar Masjidil Haram yang di pimpin oleh Ustaz Hj Abd Razak.

Sebenarnya banyak kesan sejarah sekeliling Masjidil Haram tapi kerajaan Arab dah banyak robohkan sebab ada orang Islam yang taksub kepada kesan sejarah tu hingga ada yang sanggup cium, menangis meratap merayu dan menghentak-hentak kepala di tempat bersejarah tu.

Di antara kesan sejarah di sekitar Masjidil Haram :-

Rumah Saidina Abu Bakar-telah dirobohkan dan dijadikan premis perniagaan dan tapaknya betul-betul di premis KFC.

Pintu Barbus Salam-di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.Pintu Barbus Salam ini telah dirobohkan dan dinaikkan dinding biasa sebab orang asik berkumpul di situ hingga mengganggu perjalanan keluar masuk jemaah-jemaah lain yang nak masuk ke masjid.

Terowong Mina-terowong ni tak dirobohkan.Merupakan jalan untuk jemaah haji yang ingin pulang ke Mekah selepas melontar di Mina untuk yang buat Nafar Awal.

Darul Arqam-berada dihujung Bukit Safa merupakan pusat dakwah Nabi Muhammad s.a.w secara tersembunyi tapi bangunannya telah dirobohkan.

Jabal Abi Qubais-berada di Timur Baitullah yang kini telah dipapas bukitnya dan di bina Istana Shafa istana raja Arab di atasnya.Jabal Abi Qubais merupakan bukit/gunung pertama yang diciptakan oleh Allah di muka bumi setelah penciptaan Baitullah Kaabah.




Tapak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w-sekarang telah dijadikan perpustakaan umum yang dikenali sebagai Maktabah Makkah al-Mukarramah.

 
Walaupun sudah dijadikan perpustakaan tetapi orang ramai tetap datang mengunjungi tapak kelahiran Nabi mengucup dinding dan bersembahyang sunat serta berdoa di situ.

Rumah Saidatina Khadijah-akibat ketaksuban umat Islam sewaktu menziarahi rumah Saidatina Khadijah kerajaan Arab merobohkan kawasan tersebut dan dibina tandas wanita di atas tapak rumah beliau.


Malamnya melakukan tawaf sunat walaupon keadaan penuh sesak yang di pimpin oleh Ustaz haji Abd Razak.Alhamdulillah tawaf berjalan dengan lancar tanpa berpisah seorang pon padahal yang join untuk melakukan tawaf dekat 100 orang.


2 Nov~masih acara bebas.Paginya ada taklimat tentang jadual bertolak dan ketika berada di Arafah, Mudzalifah dan Mina.


3 Nov~berpuasa sunat sebelum wuquf.Terasa sekejap je berpuasa di sana sebab malamnya yang panjang.Berbuka dengan roti Arab yang besar gedabak dan tebal yang boleh di makan sebijik untuk 5 orang.


Bersambung next entri....berwuquf di Arafah...mabit di Mudzalifah dan bermalam di Mina.

You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. tapi pengalaman tiap2 orang berbeza2...klau muassasah lain plak rasanya...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah princess peanut pon leh pegi satu hr nti :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. seronoknya baca pengalaman Zai nih.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers