Charm ala Pandora Hasil Berblog

11:18 AM

Charm ala Pandora Hasil Berblog | Selama berblog saya cuma suka-suka tulis entri. Kadang tu entri mengarut ja banyak. Takde letakkan azam kalau berblog nak dapatkan hasil atau side income kot tepi. Sejak tahun 2015 dah mula aktif berblog dan lebih matang.

Tahun 2016 dah bergerak secara berkumpulan dengan kawan-kawan Projek Blogger Utara dan makin serius. Banyak juga job atau review tapi payment ciput je...almaklum la...blogger sendu...hahaha...Lepaslah nak beli baju sehelai dua dan makan tiap kali dapat payment.

Bila bergerak secara berkumpulan ni kita makin seronok dan boleh bertukar-tukar pendapat. Senang sangat bekerja dengan rakan-rakan blogger dari PBU ni tapi biasalah, khidmat blogger di kawasan Utara ni masih baru tak seperti di Kuala Lumpur jadi review pon bukanlah setiap minggu dan harganya pon ciput juga.

Awal 2017 sekali lagi review berbayar masuk bertalu-talu. Alhamdulillah...tak sangka sangat dengan rezeki tu. Dah berazam duit review berbayar yang pertama ni nak beli emas al-maklum lah...kita baru beli gelang ala Pandora masa dapat bonus awal tahun ritu. Nak la tambah charm bagi banyak dan inilah hasilnya bila dapat payment.


Cukup-cukup bajet dengan duit payment tu.

Kenapa beli emas?

Tak rugi beli emas di zaman ekonomi yang makin teruk ni. Saya nak buat sebagai simpanan. Lagipon harga emas makin lama makin naik. Saya juga ada beli emas fizikal(keping) 1 gram tapi bukanlah setiap bulan. Ada rezeki lebih saya beli. Masih tak konsisten lagi nak beli 1 bulan 1 gram.

Harap dimurahkan rezeki berblog sebagai pendapatan sampingan untuk diri dan keluarga di zaman ekonomi gawat ni.

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. wah cantiknya charm tu..alhamdulillah itulah rezeki namanya..

    ReplyDelete
  2. sekarang dh tak sendu dah kan kak zai...hihi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, happy kan dapat beli something dengan duit blog :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. dari blog ke emas.
    aida minat style pandora ni.
    trend terkini yg sgt menggoda...

    ReplyDelete
  5. cantikkkkk samalah kak kalau boleh niat tahun ni nak tmbh koleksi emas. klu murah rezeki

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers