Kek Hari Lahir Aqil Dari E'La Ziela

11:40 AM

Kek Hari Lahir Aqil Dari E'La Ziela



Hari ni nak promote kat mana saya tempah kek hari lahir Aqil. Saya ni jenis tak kreatif dan tak pandai bab masak memasak kuih atau makanan yang manis. Kalau lauk pauk boleh la tapi tak la terer mana pon. Jadi dah fikir nak buat majlis kita pon tempah la kek kat sorang akak ni dalam FB setelah dok riki sana sini. Tengok kek-kek yang akak ni buat nampak cantik dan kemas. Pastu order pon sentiasa ada jadi kompem mesti sedap.

Atas zikiran demi zikiran dari Aqil nak jet nak helikopter, saya minta akak tu letak salah satu kenderaan terbang tu atas kek. Dan inilah hasil yang akak tu tunjuk kat saya. Kek laici seberat 2 kg +++. Kek laici ni pon atas permintaan abah Aqil yang taknak kek coklat.

 
 

Kemaskan?

Tapi bila Aqil Nampak ja atas kek tu ada helikopter dia asyik dok buka tutup buka tutup peti sejuk nak ambil helikopter tu. Jenuh pedo dan perhati. Kalau diam ja mesti ada kat peti sejuk. Tak sabar-sabar dan tak menyempat. Akhirnya kek tu terpeleot gak bila saya tinggalkan dia dengan abahnya masa ambil mak mertua.
 

kek dah terpeleot

Kek laici sedap. First time juga la saya rasa. Asyik kek coklat ja sesekali tukar perasa memang sedap. Memang tak rugi order kek laici ni. Kek habis licin malam tu juga. Saya sempat rasa-rasa masa duduk sembang dengan abang-abang saya ja.

Kalau korang tinggal di sekitar Kepala Batas, Kulim, Padang Serai atau Seberang Perai Utara ni yang mencari-cari kat mana nak tempah kek besday, kek kawen atau kek hantaran yang cantik dan sedap boleh tempah dengan sis E'La Ziela. Boleh tengok-tengok dulu dalam FB sis E'La dan tanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Cupcakes pon sis E'La ada buatkan.

 

Hokkaido mini dan cream puff pon ada.

 
 

Di jamin sedap. Tak rugi order dari sis E'La tau.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. betoi2.. first time makan kek laici.. siap ada buah dia sekali...

    cantik2 kek dia buat.. mmm.. boleh lah cuba lepas ni..

    ReplyDelete
  2. mengiurkan..alahai terasa2 laici kat mulut..terliur

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers