Jalan-jalan | Langkawi Short Vacation | 4th Anniversary Getaway Part 4 || Shell Out Pantai Cenang

12:30 PM


Langkawi Short Vacation | 4th Anniversary Getaway Part 4 || Shell Out Pantai Cenang


Pheewww...nak perabis entri cuti-cuti Langkawi ni asik la bizi sekarang ni kena masuk lab. Kita curi-curi karang jugak time buat report.

Shell Out Pantai Cenang


Malam last tu cadangnya nak ke Pekan Kuah tapi masa baru naik kereta hujan lebat ya amat sampai tak Nampak jalan. Masing-masing dah pening dah nak makan kat mana. Kang naik bilik balik alamatnya malas turun. Jalan tak sampai 5 minit dari hotel suami terus belok ke kiri.

Shell Out Restoran Pantai Cenang ni agak ke dalam sikit dari jalan utama Pantai Cenang. Orang mungkin tak perasan kalau drive kereta tapi kalau berjalan kaki sepanjang tu mungkin akan perasan. Signboard dia besar boleh nampak dari jalan utama.




Tempat makan open air, kemas dan bersih. Masa kami sampai ni hujan lebat sangat-sangat.





Shell Out Pantai Cenang baru 2 bulan di buka menurut pekerja di situ. Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan restoran di memandangkan lokasinya yang agak ke dalam.





Ada 3 pilihan 3 pilihan sos yang disediakan. Kami pilih Kam Hiong sebab taknak yang pedas-pedas sangat. bolehlah Aqil join makan sekali.


Set combo pilihan kami hari itu. Didatangkan sekali dengan ayam dan sayur.





Rasanya sedap pedas sangat. Aqil pon makan berselera sungguh. Total RM69 termasuk air, nasi dan fries.

Bagi yang nak mencuba Shell Out Pantai Cenang boleh search Dhania Motel dan anda akan sampai ke destinasinya.





Lepas ja makan kami tak ke mana-mana terus balik tido sebab hujan.
Esoknya pagi-pagi kemas barang dan nak balik tapi Aqil bangun je terus minta nak mandi 'olam' nak mandi 'lut'. Abah dia layankan ja. Saya kat bilik dok berkemas.

Check out awal hari tu sebab nak hantar kereta awal tapi sempat singgah kat HIG beli coklat habuan yang terakhir...hihihi...
Sewa Axia 3 hari 2 malam pusing merata-rata minyak baru RM40 itupon minyak masih ada belen 2 takok. Jimat gila. Boleh whatsapp/mesej/call owner di talian 01112522433.


Budak excited nak naik bot.



Balik dari Kuala Perlis ke Butterworth kali ni kami naik bas express free kawan suami...hahaha...pilih ja nak seat mana sebab bas tu memang tak ambik orang patah balik ke Perak.



Selamat sampai Butterworth jam 4.30 petang dan parking kereta di KTM Butterworth untuk 3 hari 2 malam cuma RM36 sahaja. Okla harga tu.

Dan inilah hasil sopim terakhir kalinya. Rasa banyak pulak ambik. Yang ni takda sapa-sapa order pon. Beli untuk diri sendiri dan bagi kat mak dan mertua ja.



You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. hehehe aqil dah ada gaya travelerblogger..hehehe

    ReplyDelete
  2. xnah lagi makan shell out ni
    susah anak2 x mkn seafood ni
    kena cari hat kedai variety ada seafood ngan western hahaha

    ReplyDelete
  3. wah suka laa aqil jalan sakan dia..

    ReplyDelete
  4. murah la tu kan. shell out langkawi mesti fresh2. dah dekat dengan laut

    ReplyDelete
  5. murah la tu kan. shell out langkawi mesti fresh2. dah dekat dengan laut

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers