Bila Zai dan Zamree Makan-Makan | Entri Makan Pukal

4:33 PM

Bila Zai dan Zamree Makan-Makan | Entri Makan Pukal



Ada kawan tempat keja ni cakap saya ni pandai makan. Hahaha...makan ja pandai...masaknya tak pandai tera mana pon. Dia selalu suka tengok saya makan. Katanya nampak sedap. Adakah nampak kegelojohan di situ...kah...kah...kah... Nah...antara yang saya makan Jumaat lepas sampai pagi Selasa hari ni.

Bekpes di kilang




Saya jenis jarang makan nasi waktu lunch. Selalunya pagi-pagi akan makan makanan berat. Time lunch just minum teh O panas dan kekadang cicah roti kering. Bekpes selalu menu nasi lemak dan 3 beradik mee bihun kotiaw naik jemu jugak. Sesekali ubah selera makan roti bakar dengan telur gego-gego dan tosai pon sodap gakkan. Ini menu biasa saya kat tempat keja waktu pagi.




Main masak-masak di rumah


Suami saya tak berapa suka makan ayam. Kalau daging ok ok ja tapi kena masak betul-betul lembut. Ikan dan gulai memang tak dapat dipisahkan. Kalau masakan kampong memang dia suka. Ini menu malam Sabtu lepas balik kenduri umah jiran kat area umah tok Besah.




Ini plak menu hari Ahad. Ikan cencaru belah belakang, gulai ikan nyoq-nyoq dan sayur sawi pendek. Simple camni suami tambah 3 kali....hahahaha....






MAH SEAFOOD RESTORAN


Sekali-sekala bila dapat gaji belanja suami makan. Bila tanya nak makan kat mana mesti pilih MAH SEAFOOD RESTORAN. Suka sangat suami makan ikan siakap stim kat situ. Harga lebih kurang RM40++










Landmark dia dekat belakang bangunan TM Butterworth.










GERAI ADNAN IKAN BAKAR TELUK TEMPOYAK



Malam minggu sesekali bawa keluarga makan-makan lajak terus ke seberang pulau. Kita pekena ikan bakar di GERAI ADNAN IKAN BAKAR TELUK TEMPOYAK.


Ini makanan untuk 5 orang makan. Ikan siakap bakar size sederhana, ketam masak cili 3 ekor, sup sayur, kepah, nasi 7 pinggan dan air fresh orange satu jug. Harga lebih kurang RM80++. Masa ni kami tunggu untuk ikan bakar sejam lebih. Kalau tak sabar memang dah lama balik tapi tengok orang masa tu punya la ramai. Meja sentiasa penuh.












Ahad suami tak puashati sekali lagi terjah tempat yang sama. Kali ni kami bertiga ja. Order ikan bawal putih bakar. Bawal putih seekor harga RM25. Ketam masak cili 2 ekor, sotong goreng tepung, sayur kalian, nasi 4 dan air 3 gelas total RM75++.





Kali ni memang puashati sebab makanan sampai tak lebih 15 minit. Baru tau kalau nak makan kat sini hari minggu kena dating awal selepas Maghrib antara jam 8 malam ke 9 malam dan 10.30 malam camtu. Lewat dari pukul 9 malam sikit memang penuh dan lama menunggu. Boleh terjah ikan bakar sedap ni sesambil tengok permandangan jambatan ke-2 Pulau Pinang. Konsep kedai layan diri pilih dan order di kaunter pastu tunggu sampai makanan sampai okey.







D'DUSUN SHELL OUT


Godek-godek FB jumpa satu gerai kampong ni. Tengok macam best gak so jom try.
Konsep open air shell out dalam dusun buah. Dah nama gerai kampong jangan nak demand gerai cantik lawa ada kipas bagai okey. Menu yang ada dah semestinya shell out termasuklah nasi goreng, mee goreng, sup dan juga ikan siakap. Ada 3 perisa shellout iaitu percik, lada hitam dan cili padi.




Yang ni memang terbaik. Seafood dia banyak. Memang puas makan. Harga berbaloi-baloi. RM25 untuk 3 orang makan beserta 3 nasi dan 1 jug air sirap. Nak order air lain pon boleh tapi sila tambah duit ye....hihihi...

Kalau nak set combo beserta ikan siakap harga baru RM50. Murah sangat.

Sebab kedai ni ke dalam sangat so landmark dia Sekolah Kebangsaan Machang Bubuk.





You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. Pergh!! Ohsem ohsem makanannya.. terus lapar perut.. Tengok pula time lunch..

    ReplyDelete
  2. wah makan sakan ya zai dengan family..

    ReplyDelete
  3. sedapnya zai..bila nak belanja tol el niii

    ReplyDelete
  4. Tengok gambar seafood rasa nak pegi mkn mlm ni jga. :p

    ReplyDelete
  5. aduhai zai. yg first tu, telur separuh masak lepak atas roti bakar = marveles!!!!
    paling sedap :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers