Simpan Kenangan Anda di Photobook

4:06 PM



Simpan Kenangan Anda di Photobook



Weeehooo...orang lain tengah bz update resepi buka puasa semalam saya plak bz dok siapkan PHOTOBOOK....huhuhu...

Dah tak ingat dah ini photobook yang ke berapa. Kalau tak salah yang ke-5. Lama gila tak buat photobook ni sesejak tukar department baru. Bz ya hamat. Nak hapdet blog pon jenuh inikan pula nak buat photobook.

Disebabkan suka sangat tangkap gambar Aqil Najmi jadi photobook ni pon penuh dengan muka dia je la. Mama dengan abah ni menyelit-nyelit kot tepi je la.


 

Alhamdulillah...dah hampir siap. Lagi 10 muka surat nak tempek gambar...edit sikit-sikit...tambah scrapbook pastu boleh la submit untuk print.

Kat mana saya selalu beli photobook?


Nindia...kat GROUPON ni ha.


Selalu sangat buat diskaun. Kadang harga buku 6 x 6 inci ni harga dia RM10 kadng tu RM5. Lani harga dia RM3 ja tapi ritu saya ambik masa harga dia RM0 aka FREE....hahaha...

Pastu tengok plak lambat lagi baucer nak expired dok lambat-lambat buat photobook. Tadi buka email confirmation nak tengok date expired bila....naha....baru la kalut nak buat. Expired masa raya nanti. Ni kalau dok ralit-ralit mau expired terus ni. Berbekalkan masa rehat tadi sempat la siapkan lebih separuh dari 40 mukasurat. Esok boleh buat sikit lagi pastu touch up sikit-sikit....pheeeewwww....

Kenapa buat photobook?

Saja nak simpan kenangan keluarga kecil kami selagi rajin dan mampu buat. Nak print gambar macam zaman dedulu agak tak relevan dah di zaman sekarang ni. Nak upload gambar banyak-banyak dalam FB kang orang jemu plak tengok gambar kami yang macam syok sendiri. Nak simpan dalam henpon/pendrive/pc takut-takut kena virus/hilang. Atleast kalau ada tetamu datang ada juga la benda yang boleh di belek kat rumah tu...hihihi...alah...macam dedulu kita pi rumah orang dok belek-belek album gambar....ha...camgitu la kiranya.

Kalau korang rajin dan berminat boleh riki-riki baucer photobook kat GROUPON dulu. Mana nak tau tetiba roh rajin terus meresap dalam diri ^.-









You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Nanti nak buat gak nak intai2

    ReplyDelete
  2. alahh kita malas nak cari gambar2..hahaha
    tp good long term nti boleh throwback bila buka buku tu kan

    ReplyDelete
  3. dulu2 rajin..loni M dah nak layan gambor2 ni

    ReplyDelete
  4. aida ada 5 photobook kecik ni, expired september.
    lepas raya nanti nak buat :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers