Resepi Mudah Biskut Raya | Cornflakes Madu

9:45 AM

Resepi Mudah | Cornflakes Madu



Lagi seminggu lebih nak raya. Mood buat biskut raya pon menjelma. Tetiba roh rajin meresap dalam diri. Psssttt...nak jimat duit sama. Kalau kuih tunjuk-tunjuk 50 biji dan RM24 yang paling murah. Kalau 100 biji dah RM48. Zaman sekarang kita kena berjimat. Berbekalkan modal RM60 saya dapat 3 jenis biskut raya mudah dengan kuantiti 300 biji lebih-lebih. Haa...untung tak?

Jom tengok satu resepi mudah biskut raya. Budak sekolah pon boleh buat...hihihi...

Cornflakes Madu


Bahan-bahan :-
1/2 buku butter
1 cawan gula kastor
Setengah botol madu
Sekotak cornflakes
Hiasan
Paper cup

Cara-cara :-
Masak butter dan gula hingga cair. Bila dah cair tambah madu dan kacau rata. Angkat dan biar suam seketika barulah tambah cornflakes. Kacau rata. Dah rata boleh masukkan dalam paper cup dan hiasakan. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 160 C bergantung pada oven masing-masing. Dah sejuk, masukkan dalam balang. Dah siap satu jenis biskut raya ^.-


Ada setengah resepi di tambah susu pekat dan mix fruit. Pon boleh...ikut pada kita nak tambah apa dalam tu. Macam saya tak suka mix fruit so tak bubuh la. Kalau tambah lagi nampak warna-warni.




You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. bahan da ada dah ni.
    tapi lom buat.
    memang plan nak buat di bulan raya.
    sambil buat, sambil ngap!

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers