Resepi | Ikan Merah Goreng Tomyam

10:59 AM

Resepi | Ikan Merah Goreng Tomyam


Sabtu nak balik berbuka kat rumah tok Besah jadi kena habiskan stok bahan basah dalam peti sejuk.
Kalau biar lama-lama nanti tak sedap. Dah tak fresh la katakan.
Ternampak resepi dalam satu group FB. Tengok cara mudah sangat terus buat. Lupa plak nama tuan empunya resepi. Saya ambil ye.




Bahan-bahannya jika ikut resepi di FB :-
1 ekor ikan siakap(saya guna ikan merah sederhana besar)
4 biji bawang merah
5 batang cili padi
2 batang cili merah(yang ni tak letak.takde stok :p)
2 biji tomato
3 batang serai
2 helai daun purut
sedikit jus perahan limau nipis
2 batang bunga jagung(yang ni saya tambah untuk habiskan stok)
2sudu makan pes tomyam
2 sudu makan pes cili kering

Cara-carannya :-
  1. Goreng ikan yang dilumur garam kunyit dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, serai, cili padi, tomato, cili merah dan daun limau purut.
  3. Setelah bawang layu masukkan pes cili kering. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Setelah pecah minyak, masukkan pes tomyam.
  5. Gaul rata dan perasakan dengan garam.
  6. Tambah 1 cawan air dan bunga jagung. Biarkan mendidih.
  7. Masukkan jus perahan limau nipis.
  8. Agak-agak kuah hampir kering tutup api dan tuang kuah tadi ke atas ikan yang siap di goreng. Sedia untuk di hidang ^.-


Selamat mencuba.



You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. wahhhh menarik ni..boleh try resepi zai zamree

    ReplyDelete
  2. Wah nampak sedap lah Zai..
    Boleh akak cuba gak nanti..

    Selamat menyambut nuzul quran zai..

    ReplyDelete
  3. uihh nampak sedap. memang kena try ni

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers