Iftar Ramadan Terpanjang-Gabungan Masakan Melayu dan Arab Hanya di Buffet Ramadan Hotel Sunway Seberang Jaya

9:56 AM

Iftar Ramadan Terpanjang-Gabungan Masakan Melayu dan Arab Hanya di Buffet Ramadan Hotel Sunway Seberang Jaya



Assalamualaikum.... Bagi yang tercari-cari tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan di sekitar Seberang Jaya bolehlah datang ke Sunway Carnival Convention Centre, Level 4 untuk merasai sendiri keenakkan Iftar Ramadan Terpanjang-Gabungan Masakan Melayu dan Arab oleh Hotel Sunway Seberang Jaya.


Iftar Ramadan dari Hotel Sunway Seberang Jaya ini bermula dari 7 Jun hingga 28 Jun 2016 di Sunway Carnival Convention Centre, Level 4 kecuali pada 18,19,29 Jun hingga 1 Julai 2016 iftar Ramadan ini akan berada di Sri Cengal Ballroom, Tingkat 1, Hotel Sunway Seberang Jaya.



Lebih dari 200 menu dihidangkan oleh kumpulan chef-chef yang berpengalaman lebih dari 25 tahun yang diketuai oleh Chef Ismail dan Chef Hamizi.



Di buffet Ramadan Hotel Sunway Seberang Jaya membahagikan 4 menu iftar yang berlainan setiap hari dan akan ditukar secara bergilir-gilir. Jadi kalau hari ni kita berbuka kat sana esok atau lusa menu yang dihidangkan berlainan dengan hari ini. Jadi anda tak perlu risau akan makan menu yang sama di iftar Ramadan Hotel Sunway Seberang Jaya.

Hari Sabtu lepas masa saya dan keluarga kecil berbuka di sana kami dihidangkan dengan menu no.1 dan terdapat 9 pondok warung yang menampilkan menu yang berlainan selain hidangan utamanya. Jom tengok apa menu sampingan yang ada di 9 pondok warung iftar Ramadan Hotel Sunway Seberang Jaya.

Signature dish dah tentu-tentu kambing golek yang dihidangkan bersama sos lada hitam, sos bbq dan sos cendawan. Sedap dan lembut dagingnya.



kambing golek




satay ayam




ikan pari bakar bersama air asam



roti canai bersama kuah dhall dan sambal live cooking-dihidangkan panas-panas untuk anda



Almond raisin rice with grilles fish dan gulai kawah





Mee udang yang sedap. 2 mangkuk kot saya makan...hihihi...



ABC atau ais kacang



rojak buah yang sedap



Ada juga shawarma ayam yang sedap dan aneka ais krim kesukaan anak-anak. Lupa pulak nak ambil gambar. Aqil kalut nak makan masa ni.

Sup daging berempah dan bubur lambuk ikan ni korang wajib cuba. Sedap kot. Dagingnya lembut ja. Yang ni pon 2 mangkuk saya makan...hihihi....#maafkan saya terlebih makan kat situ....hahahaha....


Ok...dan makan ringan-ringan....errr...ringan ke? Kita solat sebentar pastu sambung menu utama dari iftar Ramadan terpanjang dari Hotel Sunway Seberang Jaya ni.



Kambing seribu rempah, isi ikan masak tiga rasa, dhalca sayuran dan sotong goring kunyit ubi kentang



Nasi biryani gam Johor(nasi putih juga disediakan), telur dadar bawang, ayam goring biji gajus dan hati ayam goring berempah 



Kepah masak lemak bersantan, udang sambal petai, kalian ikan masin dan ikan masin gulai nenas



Semua sedap-sedap hasil kepakaran chef-chef yang berpengalaman.

Jom kita tengok apa pula penambah selera yang disediakan di iftar Ramadan Hotel Sunway Seberang Jaya.



Tak Penang la kalau takda pasembor...hihihi...yang ni pon turut disediakan tau. Ada salad, acar rampai, acar buah dan bermacam jenis ulam-ulam kampong seperti pegaga, selum, terung pipit serta sambal belacan, budu, cencalok, air asam, sambal kicap dan pelbagai jenis sos. Pilih saja mana yang berkenan.



Masa nak ambil buah terpandang rambutan. Wah...bestnya dapat makan rambutan bulan-bulan puasa ni. Terasa nikmat dia lain macam...hihihi...


buah-buahan, jeruk dan kurma


Kalau nak bawa mak ayah kita kuih-muih tradisional ni mungkin kegemaran mereka. Jadi tak perlu risau nak bawa mereka makan di iftar Ramadan Hotel Sunway Seberang Jaya.





pelbagai pudding, agar-agar dan kek

Dalam banyak-banyak air yang tersedia di iftar Ramadan tu saya suka teh arabnya. Lega bila dapat minum suam-suam. Terasa macam dok kat Arab...hihihi...


Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak pengurusan Hotel Sunway Seberang Jaya terutamanya Ms. Tay Sok kerana sudi menjemput team #projekbloggerutara serta family kecil saya untuk memeriahkan majlis berbuka puasa di sana.



team #projekbloggerutara bersama family

Bagi yang ingin membawa keluarga berbuka puasa di luar saya syorkan berbuka di sini kerana tempatnya agak luas dan lapang sesuai untuk yang berkeluarga serta mempunyai anak kecil.
Pihak pengurusan juga menyediakan ruang solat yang luas dan dekat serta tandas.

Yang paling-paling bestnya ialah setiap hari turut diadakan cabutan bertuah. Seronoknya lahai bila tengok depa dapat hadiah.


Kalau korang berminat bolehlah tengok info kat atas ni. Mana tau untung naseb menang percutian 3h2m di Hotel Sunway Phenon Penh untuk 2 orang beserta baucer tiket ppenerbangan bernilai RM1000. Sapa nak bagi weyyyyy.....lepas raya boleh pi honeymoon plak...ihik....

Lagi satu yang bestnya setiap hari Selasa dan Khamis, terdapat promosi dimana setiap bayaran penuh untuk 5 orang dewasa percuma 2 kanak-kanak pada hari Selasa manakala percuma 2 orang warga emas pada hari Khamis. Untuk ahli Sunway Pals ada diskaun 20% dan Digi users diskaun 15% T&C.

Jom berbuka di Iftar Ramadan Terpanjang-Gabungan Masakan Melayu dan Arab Hanya di Buffet Ramadan Hotel Sunway Seberang Jaya.




You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. Alhamdulillah..sangat berpuas hati dengan menu buffet ini..lain kali boleh datang lagi

    ReplyDelete
  2. aah tempat dia luas..sesuai sgt tuk bw anak..anak2 boleh lari suka hati hihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers