Anugerah | Aqil Najmi 2 tahun 8 bulan

9:54 AM

Anugerah | Aqil Najmi 2 tahun 8 bulan



Alhamdulillah....Aqil Najmi sudah pon berusia 2 tahun 8 bulan yang kini membesar dengan sihat dan jayanya. Membesar melebihi umur budak-budak yang tua daripada dia. Bila orang tanya umur mesti tak caya kata belum pon masuk 3 tahun.


Semalam bawa tok Besah pi beli barang plastik kat kedai IKA. Ada la 2 3 orang tegur dia sebab mulut pokpek sangat. Semua dia nak tegur. Semua dia nak cakap. Bila nampak mainan saya cakap "pilih satu je tau....tak boleh ambil lebih" dia dok ulang ayat tu la.

"Mama...adik ambik satu je tau. Tak boleh lebih....no..no..no..." hahaha...sampai depan kaunter pon nak cakap dia ambil satu ja....parokkkkk....

Bila orang tanya umur berapa semua terkejut. Ingatkan dah 4 tahun....rupanya baru nak masuk 3 tahun. Badan sado sangat. Tengok mak pak dia gak la...sado terlebih-lebih....hahahaha....

Insyaallah...kalau takda aral bulan depan dah nak masuk sekolah dah. Nak ajar dia berkawan dan belajar sikit-sikit. Kesian plak dok rumah sorang-sorang takda kawan. Mama abah nak bagi kawan pon Allah belum bagi rezeki lagi so boleh la tumpu kat dia dulu.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. insyallahh ada rezeki dpt kwn kat rumah tu amin
    gewam iols tgk aqil nni eee gewam gewammm

    ReplyDelete
  2. mcm adam la, org ingat dah 3 thn pdhal kwn tu baru setahun setgh. ckp pun tak reti lg. bahaha

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers