Air Nabeez | Pemberi tenaga bagi yang tidak bersahur berat macam saya

11:39 AM

Air Nabeez | Pemberi tenaga bagi yang tidak bersahur berat macam saya



Macam tahun-tahun sebelumnya berpuasa, saya tidak mengambil makanan berat ketika bersahur. Saya tak makan nasi tapi cuma minum sedikit minuman manis, air kosong dan sepotong roti/secawan nestum 3 in 1. Itu dah memadai bagi saya setiap pagi.

Tahan ke perut tak makan nasi?
Alhamdulillah setakat ni masih mampu bertahan lagi. Mungkin dah terbiasa.

Kenapa tak makan nasi?
Bukan nak diet tapi bila makan nasi atau makanan berat waktu pagi automatik saya akan muntah balik lepas makan. Perut tak dapat menerima makanan berat waktu pagi.


Air Nabeez


Dok terbaca sana sini tentang kebaikan air nabeez jadi saya mencubanya ketika bersahur kali ini. Alhamdulillah...tekak dapat menerima dengan baik. Sistem perkumuhan saya pon baik-baik saja selepas 2 hari amalkan air nabeez kalau nak dibandingkan dengan hari pertama berpuasa. Kurang air dalam badan jadi sembelit la pulak.

Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. jadi tak salah kalau kita ikut cara pemakanan nabi kita.



Cara-caranya :-
  1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil dan rendamkan di dalam air biasa. Buang biji dan carik-carikkan kurma tu dahulu. Yang carik-carik tak nampak bentuk kurma jadi saya ambil gambar kurma yang di rendam tanpa carik dulu ya. Kang ada pulak tanya kata kena carik tu tak carik pon.
  2. Rendam isi kurma sebelum tido. Bekas haruslah di tutup. Tak perlu simpan dalam peti sejuk.
  3. Sahur esoknya boleh la di minum air rendaman kurma tu beserta isinya. Nak lagi sedap campur dengan susu/oat pastu blend.

Air nabeez ini boleh diamalkan sebelum sahur/sarapan pagi. Amalkan ketika perut kosong.

Khasiatnya :-
  1. Pemberi dan pemulih tenaga ( inilah sebab mengapa kita di sunnahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa)
  2. Tinggi kandungan fiber. Boleh menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit.
  3. Kaya dengan zat besi.
  4. Kaya dengan potassium. Penting dalam menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah.
  5. Ia dikatakan sebagai milkbooster bagi ibu-ibu menyusu. Ha...harus cuba ni tau.
  6. Ia dapat memulihkan system pencernaan tubuh kerana minuman ini bersifat alkali yang menolong membuang lebihan asam dalam perut.
  7. Air nabeez juga membantu menyingkirkan toksin dalam badan atau dalam kata lain air detox.

Bab kata detox tu saya suka...hahaha...gila tak suka. Makan macam-macam kot waktu berbuka. Bagus sangatlah di amalkan. Jom pakat-pakat cuba jom.



You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Memang bagus kan.. Bagi yang tak suka kurma boleh amalkan air nabeez nih...

    ReplyDelete
  2. ayah kita pn buat air nabeez ni. dy kata rsa sihat je slalu bila amalkn.

    ReplyDelete
  3. baru tahu pasal air ni.. tapi, tak try buat lagi.. selalu sahur air kosong ja.. tu pun letak botol sebelum tidur.. dah bertahun2 macam tu.. walaupun aktiviti selasak mana pun, alhamdulillah.. tahan sampai bukak puasa...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers