Mother's Day La Sangat

3:25 PM



Mother's Day La Sangat



Sabtu Ahad minggu lepas tak balik kampong...hek...hek...macam jauh je kampung tu. Tiap minggu balik kampung takdan nak kemas rumah segala. Takat-takat sapu sampah, basuh baju lipat baju tu memang hari-hari dok buat. Kali ni nak kemas bilik baju. Nak buang apa yang tak perlu. Rasa banyak sangat benda dalam bilik tu. Dengan mainan Aqil pon dah 2 bakul...keta motor dan basikal dia lagi. Penuh bilik.

Nah...segala benda yang takmau pakai ada dalam plastik beg tu. Mainan Aqil rosak pon dah masuk sekali. Lega sangat-sangat. Rasa lapang sikit bilik baju tu bila di susun atur cara lain sikit. Baju-baju Aqil time baby pon dah kumpul-kumpul letak satu side. Baju-baju raya baju pakai pi jalan baju keja saya yang dah makin mengecil tu saya dah cuci dan letak dalam satu beg. Kalau ada lagi program macam Program MEMBERI tempoh hari saya nak hantar je satu beg tu ke sana. Nak buang sayang la plak. Elok lagi. Nak-nak baju raya. Pakai sekali dua dah tak pakai. Pi keja hari-hari berblouse dan seluar ja.


Tengah penat-penat dok rehat abah Aqil bawa balik sepotong kek. Terkejut mama ni nok. Iyolah...kenal dah perangai abah Aqil. Tak reti nak romentik-romentik. Jenis cakap direct. Kalau saya nak apa-apa tak payah la nak bagi hint-hint ni. Dia tak paham. Cakap ja terus terang. Kalau buat merajuk-merajuk pon bukannya paham. Last-last pujuk diri sendiri gak nanti. Bila bawa balik kek rasa cam hairan la...hihihi...tapikan 2 minggu lepas belikan saya skirt 2 helai....iskh...muskil gak ni. Ada pape ke nih?
 


Sepotong kek dan sekuntum bunga. Jadi la kan dari takda....hahaha...kena plak hari tu Hari Ibu macam kena je kan. Tah-tah kawan-kawan tempat keja abah Aqil yang suruh apa....hahaha...Sambut Mother's Day la sangat kan...hihihi...



Baru dok bergambar dengan kek Aqil dah tunggu dah nak makan. Nampak gaya takda harapan la mama nak makan semua tu...uhuk....

Tengok la....semua kek dia yang punya. *lari nangis tepi bucu katil



Apa-apa pon keletihan mengemas rumah terubat la sikit bila ada surprise kecil macam ni.

Untuk semua yang bergelar ibu, umi, mama, emak dan bakal ibu....Selamat Hari Ibu ^.-


You Might Also Like

3 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers