35 minit dari Batu Maung ke Seberang Jaya | Lebuhraya Bayan Lepas(BLE)
11:54 AM35 minit dari Batu Maung ke Seberang Jaya | Lebuhraya Bayan Lepas(BLE)
Alhamdulillah....sekarang boleh menarik nafas lega.
Jimat masa.
Jimat minyak.
Jimat duit.
Bertahun lamanya alami masalah kesesakkan lalu lintas dari Batu Maung ke Jambatan Pulau Pinang kini semuanya dah kembali ke sediakala.
Bertahun kot hadap jem ni. Dari pelebaran Jambatan Pulau Pinang ke pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bila mana salah satu struktur laluannya runtuh dan cuma ada satu jalan untuk kami keluar dari kawasan kilang. Pastu masuk plak ke fasa menaiktaraf laluan dihadapan pantai Seagate dan pembinaan struktur bertingkat Lebuhraya Bayan Lepas. Hari-hari sampai rumah 7.30 petang walau keluar pukul 5 tepat.
Bila Jambatan Kedua siap ambil alternatif balik melalui Jambatan Kedua. Jimat masa tapi terlebih kepada minyak dan duit tol. Takpela...janji sampai rumah cepat dan tak penat.
Alhamdulillah...selepas perasmian pembukaan struktur bertingkat Lebuhraya Bayan Lepas pada 6 April 2016 lepas boleh kata tetiap hari sampai rumah dari Batu Maung ke Seberang Jaya ambil masa 35 minit jika tiada kemalangan berlaku di atas jambatan.
Pheeeewww...lega ya amat sangat. Jalan pon lengang ja. Cuma akan hadapi sedikit kesesakan ketika menaiki jambatan dan sewaktu turun jambatan nak ke Lebuhraya Utara Selatan tu ja.
Harap-harap macam ni la keadaannya sampai bila-bila. Drive keta manual la katakana. Hazabedah sikit la bila jem...hihihi...
Gambar kredit to enchik Google.
6 apa kata anda?
tu lah.. ingat sampai awal... nak turun jambatan, jam pulak.. haisss
ReplyDeletemokcik tak p rasmi lagi jalan ni
ReplyDeleteok laa awal juga tu..
ReplyDeleteharap2 ini dpt menolong uols uols yg dah lama hadap jem kat area situ..semoga selamat sampai dengan jayanya
ReplyDeletearitu lalu tak bukak lagi laluan ni. kalau tidak boleh rasmikan hihi
ReplyDeleteOk la sampai awal kat rumah tu
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^