Teater P.Ramlee The Musical | Best Tahap Dewa Baq Hang
Teater P.Ramlee The Musical.
Best tahap dewa baq hang.Semalam saya dan beberapa orang rakan Blogger Utara berkesempatan menonton Teater P.Ramlee The Musical.Kebetulan plak saya memang peminat filem-filem P.Ramlee.Dah tengok banyak kali pon tak jemu.Siap boleh hafal dialog lagi...hahaha....
Petang tu sempat juga la meredah jem hari Jumaat dan cuti sempena merdeka.Ingatkan dah tak sempat sampai.Fuhhhh....Alhamdulillah...sampai awai jugak.
Yeaaayy....tak sabarnya nak tengok.Dah la pestime nak tengok teater.Cemana la rupa teater tu ek?
Kami warga Blogger Utara yang tengok Teater P.Ramlee The Musical.
Ampa warga Utara especially warga muda Penang patut tengok teater ni.Rasa bangga wooo tengok perjalanan hidup seniman agong kita anak kelahiran Penang dipentaskan di negeri kelahiran beliau sendiri.
Semalam rasa agak malu bila tengok ramai bangsa lain yang datang tengok Teater P.Ramlee The Musical.
Dengan gandingan mantap para pelakon,teater ini jadi amat-amat BEST BAQ HANG.Suka sangat dengar suara Nadia Aqilah sebagai Saloma.
Permulaan cerita dengan loqhat Utara memang wat kami terasa macam turut sama berada kat pentas masa tu.Dengan banyak adegan lawak buatkan tak terasa lansung mengantuk walau jam dan menginjak ke waktu tidur.
Setiap saat saya ternanti-nanti apa pula adegan yang akan datang.
Dan setiap kali lagu dinyanyikan saya turut sama menyanyi.Best kot lagu-lagu P.Ramlee yang tak di telan zaman.
Di akhir pementasan Teater P.Ramlee The Musical para pelakon yang terlibat mendapat tepukan yang gemuruh.Masa ni memang boleh agak semua yang datang berpuas hati dengan pementasan teater ini.
Mereka memang layak mendapat tepukan yang gemuruh tu.Memang best sangat-sangat.Rugi sapa yang tak tengok.
Kalau hampa nak tengok Teater P.Ramlee The Musical masih belum terlambat.Malam ni dan esok 29 August 2015 – 8.00pm
30 August 2015 – 3.00pm masih ada pementasannya lagi di Dewan Sri Pinang.
So apalagi...cepat-cepat beli tiket.
Tiket Teater P.Ramlee The Musical berharga dari RM 83, RM 103, RM 153 dan RM 203.
Dapatkan secara Online di : http://www.ticketpro.com.my
Untuk maklumat lanjut sila hubungi +603-61429877 atau Penang hotline 012-270 9292.
Bagi orang Selatan korang pon jangan risau.Teater P.Ramlee The Musical akan sampai kat tempat korang nanti.
Johor Bharu Pinewood Iskandar Malaysia Studios,
Nusajaya, Johor.
4 September 2015 – 8.00pm
5 September 2015 – 3.00pm
5 September 2015 – 8.00pm
6 September 2015 – 3.00pm
Malacca Panggung Seri Taman Budaya,
Ayer Keroh, Malacca.
11 September 2015 – 8.00pm
12 September 2015 – 3.00pm
12 September 2015 - 8.00pm
13 September 2015 – 8.00pm
So korang pilih nak pi tengok bila...dekat mana...semua dok ada.
Nak tau perkembangan P.Ramlee The Musical Tour yang latest punya jangan lupa LIKE FB depa, follow IG dan Twitter na.