Frame murah-murah dari Airis Wall Deco
Assalamualaikum
Sebelum ni penah order gambar kawen...hihihi...
Order sebelum puasa bulan 6 tu sempena promosi raya.
So terus order 4 keping frame 9 X 9 inci ni.
Dekat-dekat nak raya frame pon sampai kat rumah tok Besah.
Bila buka tunjuk kat tok Besah dan-dan la tok Besah suruh gantung dulu frame tu kat sana masa raya.
Eh...eh...teruja la tu tengok frame ni padahal tok Besah tak penah nak bagi kami gantung gambar walaupon gambar konvo.
Nak tengok ka frame yang saya tempah dari Airis Wall Deco tu?
Nindia frame dia...hihihi...gambar-gambar Aqil dari kecik sampai la ke setahun lebih tapi dapat gantung 2 frame ni ja kat rumah tok Besah.Takda tempat nak gantung.
Sedara-mara yang mai beraya pakat dok tanya gambar cucu yang mana satu ni...hihihi...
Kenai dak muka renyih budak debab di celah-celah gambar tu?
Saya order 4 frame ni...omeyyyy cuma sekarang belum sempat gantung kat rumah lagi.
Drill pon belum beli cemana nak gantung...hihihi...
Kalau korang berminat dengan frame timbul camni boleh la ke FB Airis Wall Deco atau Instagram Airis Wall Deco.
Boleh tengok-tengok promosi yang Airis Wall Deco buat dan booking tapi sedia la gambar yang cecantik sesiap tau.