Kadar Tol Naik Sana Sini

3:09 PM

Kadar Tol Naik Sana Sini

 
 
Dua tiga hari lepas dok dengar sana sini cakap isu kadar tol yang naik belah Kolumpo nun.Kita hat dok kat Penang ni rasa bersyukur sangat-sangat sebab kadar tol masih sama.Dok rasa kesian kat depa-depa kat sana nanti nak pi keja kena lalu tol yang naik berkali-kali ganda.Dah la ekonomi kita macam apa ja.Semua makin mahal.Semuanya duit.
 

Tup tup tengok dalam FB Penang Kini depa upload gambar ni.
 
Hahhhhhhh?
 
Punggah.Tol yang 3 ketoi dalam kawasan Butterworth tu pon nak naik harga jugak?????????
 
 
Yang tak menahan tu tol Sungai Nyior dari kena 5 kupang terus naik jadi RM1.20.Memang pangkah siap-siap la nak lalu kot situ.Lalu highway plus turun kot susur Sungai Dua pi umah mak pon free ja tapi tu la...banyak sangat nak kona sana sini nanti.
 
Tol Prai tu dah la laluan abah dok pi keja.Sehari 4 kali lalu situ.RM6 kot abes kot tol ja.Belum minyak lagi.Nak naik pengangkutan awam?
Kalau sampai cepat takpa la.Ni memusing sana sini.Dari boleh pi keja dalam 15 minit terus jadi sejam setengah.Nak naik motor abah kena hantar dan ambik Aqil Najmi dari pengasuh kat laluan yang sama.Kalau hujan cemana?
 
Haila...ni bukan untuk kesejahteraan rakyat dah ni.Ini menyusahkan rakyat namanya.

You Might Also Like

12 apa kata anda?

  1. Simpati pada pengguna highway yang beban dengan kenaikan tol. Bertabah lah, kawan-kawan.

    ReplyDelete
  2. huuurm.. yang tak selalu menggunakan highway ni pun rasa sempit dada tengok..
    tabahlaaa tabahla...

    ReplyDelete
  3. Herm..so far takat nk pegi dlm2 ipoh xbyk tol lg

    ReplyDelete
  4. nasibla area cik en xde yg tol lagi buat ms ni.. kecian dorg yg len kan?
    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

    ReplyDelete
  5. bertabah jer la..cakap pun tak guna..depa ttp akan naik jugak..

    ReplyDelete
  6. betul akak opis pun dah bising.. dia ari2 kena lalu tol sg. nyiur tuh antar anak dia pi sekolah.. dah berapa dia kena kat tol tuh.. tak kira nak masuk tol mai opis lagi..

    ReplyDelete
  7. Owh dunia, tak ada benda nak turun noo

    ReplyDelete
  8. kan kak zai. mjur jugak kami dh tak pjj kalau tak tiap mgu lalu ikut tol lima kupang tu haaaaa. depa nak menyenangkan perot sendiri je yg lebih

    ReplyDelete
  9. sabo ajer la.
    kita ni rakyat biasa.
    tak sampai suara kita ke atas nun...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers