Tempat Makan Best Di Penang | Makan Ala-ala Danok di Pondok Style

9:00 AM

Lepas balik trip Hatyai hari tu saya dok teringat-ingat dengan pulut ayam di Danok. Fuhhh...beli 2 bungkus hari tu tak cukup kot...hahaha.... Dasar perut besar sangat.

Dok mencari-cari juga di sekitar Penang ni kat mana boleh makan pulut ayam Thai sekali baru tau ada satu kedai makan menyediakan makanan ala-ala kat Danok.

Pondok Style kepunyaan anak jati Perlis ini menyediakan makanan dari resepi original Thai. Rugi kalau tak cuba. Ada macam-macam menu yang disediakan antaranya :-

  • pulut ayam thai
  • nasi pandan ayam thai
  • laksa thai
  • laksa kuala perlis
  • nasi kerabu thai
  • pulut manga thai
  • ABC istimewa
  • cendol pulut pisang dan beberapa jenis cendol yang lain

Saya sempat terjah bersama-sama kawan sekerja waktu makan tengahari. Memang penuh. First time makan di sana pulut ayam thai dah habis. Kempunan rasa...huhuhu...

Kita cuba pergi kali kedua...Alhamdulillah dapat merasa pulut ayam thai. Sedap. Tak perlu bersusah-susah nak ke sempadan kalau teringin nak makan pulut ayam thai.

Jom tengok apa kami makan hari tu.

cendol pisang
 
cendol
 
laksa thai
 
nasi kerabu thai
 
ABC
 
nasi pandan ayam thai
 

pulut ayam thai

Lokasi kedainya bersebelahan Pondok Polis Sungai Ara Penang. Kalau agak tak jumpa boleh call 017-4081523 untuk bertanyakan jalan.

Dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 5.30 petang. Bagi penduduk sekitar Sungai Ara, Bayan Baru, area perindustrian Bayan Lepas ada disediakan khidmat penghantaran makanan. So mudahlah nak makan kalau-kalau teringin.



Info lanjut boleh ke facebook Pondok Style LAKSA THAI



dibuka setiap hari. dari jam 10.30pg-5.30ptg
cod sekitar sg ara,bayan baru,kilang2 dan bayan lepas.
untuk tempahan wspp ciksu 0174081523
waze@maps Pondok Style

jemput datang ya....comfirm x ceroii



You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. kena terjah ni nak makan pulut ayam xyah pi telen dah hahaha

    ReplyDelete
  2. Sedap ek pulut ayam Thai tu? First time dengar..
    Nak try la nanti <3

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaaaa mesti teh ais dia sedap mcm kat sempadan kan

    ReplyDelete
  4. selalu kalau singgah penang memang wajib terjah pondok style .. owner pondok style ni senior CCL .satu sekolah

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers