Menangi Jam Tangan Calvin Klein untuk Ibu di Hari Ibu Yang Akan Datang

10:13 AM

Sempena Hari Ibu


http://bit.ly/2ppE57R


Mak...



Dulunya saya pernah berjauh hati denganmu. Saya anak tunggal perempuan dalam keluarga tapi mak jarang penuhi permintaan saya. Kalau untuk abang-abang dan adik senang-senang ja dapat apa yang di hajati.



Saya?



Berusahalah sendiri kalau nakkan sesuatu. Ahh....memang jauh hati dengan mak. Terasa diri ini seperti anak pungut.



Mak...



Bila mana ketiadaan arwah ayah, saya makin hilang punca. Tiada lagi tempat mengadu tapi mak seperti biasa masih lebihkan anak-anak lelaki mak. Ahhh...makin bertambah jauh hati dengan mak.



Bila mana mak berkeras suruh saya menjadi peneman mak ke Mekah, saya berkeras juga untuk tidak menerima pelawaan itu. Bawalah anak-anak lelaki kesayangan mak. Buat apa bawa saya tapi pengakhirannya saya juga yang berada di sisi mak di sana.

Kini...

Baru saya sedari kenapa mak buat saya begitu. Bila saya dari kecil berusaha, berdikari sendiri dan kini bila dah berumahtangga saya menjadi tabah menjalani liku-liku alam rumahtangga dan menjadi semakin kuat untuk sama-sama bina ekonomi keluarga kecil kami walau apa rintangan yang melanda. Saya nampak seperti tiada apa-apa walau dugaan datang menimpa.

Terima kasih mak bawa saya bersama-sama ke Mekah. Jika tidak, saya masih hanyut di buai keseronokkan dunia yang sementara dan mungkin masih belum berubah.

Terima kasih mak menjadikan saya seperti saya yang sekarang. Saya SAYANG MAK....muuuuuahhh ^^


Win a Calvin Klein Watch this Mother's Day 2017, Check this for details: http://bit.ly/2ppE57R #CalvinKleinFans #CalvinKleinMothersDay2017



You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. Cantiknya..jam org hev2 ni😊😊😊

    ReplyDelete
  2. kita selalu rasa mcm tu kan kak. rasa mcm kita diabaikan. tapi sebaliknya bila dah jadi mak mak ni baru tau apa sebab nya dan baru tau yang mak tu sebenarnya sayang sama rata semua anak2 dan ada sebab kenapa dia buat mcm tu.

    good luck kak

    ReplyDelete
  3. all the best ..btw CCL new follower kat sini

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers