KAMPUNGKU CITARASAKU BUFFET RAMADAN DI THE LIGHT HOTEL SEBERANG JAYA

12:18 PM

KAMPUNGKU CITARASAKU BUFFET RAMADAN DI THE LIGHT HOTEL SEBERANG JAYA | Ramadan bakal menjelma tak berapa lama lagi. Pasti ramai yang teruja dengan kedatangan bulan yang mulia ini. Tak kurang juga yang sudah berkira-kira hendak membawa keluarga berbuka puasa di luar. Sekali-sekala berbuka di luar bersama keluarga apa salahnya.



Satu lagi buffet Ramadan yang terbaik ingin Zai kongsikan dengan korang adalah di The Light Hotel Seberang Jaya, Penang. Dengan tema KAMPUNGKU CITARASAKU, buffet Ramadan ini memperkenalkan menu-menu kampung yang pastinya menggamit kenangan korang. Menu dari pelbagai budaya, rasa dan aroma masakan kampung yang ditampilkan oleh pihak The Light Hotel adalah yang terbaik untuk korang nanti.



Di buffet Ramadan KAMPUNGKU CITARASAKU, The Light Hotel Seberang Jaya, korang boleh merasai keenakkan masakan dari dapur bonda dengan mengimbau kenagan manis dan indah di zaman kanak-kanak. Dengan 10 pasukan chef istimewa, pihak The Light Hotel bersedia menarik ramai pengunjung dengan lebih 120 pilihan kegemaran tempatan dan antarabangsa seperti gulai kawah, ais kacang, buah-buahan tempatan dan salad, kerabu, sup, hidangan utama dan pembuka selera yang akan dihidangkan setiap malam.

sup gearbox mabeles di The Light Hotel Seberang Jaya


Hidangan ini diketuai oleh Chef Murugan Balakrishnan- Executive Senior Sous Chef dan Chef Ismail Ibrahim- Executive Sous Chef. Menu-menu ini akan digilirkan sepanjang bulan Ramadan.

tak sabar nak makan kambing golek kat belakang tu

Jom tengok apa menu-menu menarik buffet Ramadan di The Light Hotel Seberang Jaya Penang.

Nasi berianinya sedap. Daging kambingnya sangat lembut. Puashati dapat makan beriani kambing kat sini.

nasi beriani kambing

Tak sah buffet Ramadan tanpa kambing goleknya. Rasanya sangat sedap dan juicy. Zai bagi 5 bintang untuk kambing golek ni.

kambing golek
Antara menu utama yang sedap-sedap belaka. Semuanya berasaskan masakan bonda dan ala kampung. Memang menggamit kenangan. Ada masak lemak dan asam pedas juga.


Ayam goreng berempah, ayam percik minang, kangkung goreng belacan dan sambal telur ikan

Selain masakan kampung ada juga stesen untuk goreng panas seperti char koey tiaw(sangat sedap), shawarma, murtabak dan roti jala ; makanan Cina seperti siaw mai ayam dan pau ayam bbq, masakan barat seperti lobster cheese. Pilih saja mana yang korang suka.



Bagi penggemar ulam-ulaman dan salad, terdapat pelbagai jenis ulam, sambal belacan, ikan masin goreng dan juga salad untuk korang cuba. Memang memenuhi permintaan tekak Melayu macam saya. Tak dilupakan juga ketupat, lemang dan pulut kuning juga turut disediakan dalam buffet Ramadan di The Light Hotel Seberang Jaya.



Selain kurma dari pelbagai jenis yang disediakan di buffet Ramadan The Light Hotel Seberang Jaya, ada juga buah-buahan tempatan, kuih-kuih tradisional yang jarang kita makan dan pelbagai pemanis mulut yang lain melengkapkan menu berbuka puasa kali ini.




Tahun ini The Light memperkenalkan hidangan Berbeku untuk tetamu di kawasan terbuka di Garden Terrace, Level 3. Pelbagai hidangan lazat daging dan makanan laut yang dipanggang segar dengan sempurna. Dari steak daging, kambing, udang segar, sotong, ikan dibungkus dalam daun pisang, sosej, satay dan banyak lagi  yang lazat untuk semua datang ke sana.




 Harga bufet ramadan di The Light Hotel

Kampung Style Buffet Dinner
RM108nett (A)
RM88nett (C & SC)

BBQ Buffet Dinner
RM88nett (A)
RM68nett (C & SC)

Corporate Package
RM68nett (A)
RM48nett (C & SC) (terms apply/subject to menu selection)


PROMOSI!!!

Dapatkan baucer bufet ramadan pada harga istimewa RM80nett seorang. Promosi terhad sehingga 26/5/17.


 THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD
 Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
 13700 Seberang Jaya,
 Penang, Malaysia.

 Telefon : +604-3821111



Terima kasih pihak hotel yang sudi menjemput kami team #projekbloggerutara.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers