17 Mei | Terima kasih ucapan dan doa kalian

11:14 AM

Assalamualaikum. Salam siaran di pagi 3 Ramadhan. Pagi ini agak sibuk sikit akibat bercuti (department team building) Jumaat lepas. Masuk opis awal hari ni terus setelkan hal berkaitan finance. Hujung bulanlah katakan.
 
17 Mei telah berlalu. Terima kasih atas ucapan SELAMAT HARI LAHIR dan doa-doa kalian yang tak putus-putus di facebook dan juga whatsapp. Semoga kalian juga diberi keberkatan dalam hidup….aamiin.
 
Tahun ini agak berlainan sedikit. Selalunya kalau birthday jatuh pada hari bekerja saya akan bekerja seperti biasa dan bos akan bawa belanja makan sempena birthday tapi kali ini awal-awal saya dah ambil cuti. Alah…bukan cuti lama-lama pon. Cuma 2 hari sebab dah lama sangat tak bercuti tenang-tenangkan fikiran bawa anak jalan-jalan. Sambutan hari lahir pon biasa-biasa saja. Takde bunga takde belon-belon bagai. Cuma rehatkan diri dengan keluarga dan jalan-jalan pusing Penang.


Bayview Hotel Batu Feringgi Penang

 
Hari Selasa 16 Mei tu kami check-in Hotel Bayview Batu Feringgi Penang. Saja pilih Hotel Bayview ni sebab komen dari kawan-kawan kata ia mesra kanak-kanak. Bila sampai ke sana memang mesra kanak-kanak pon terutamanya kolam mandi dan taman permainannya. Mana nak cari hotel yang ada macam tu selain hotel taman temakan? Senang mak pak ni nak duduk santai-santai. Aqil pula bukan main seronok mandi kolam. Dah la hari bekerja, tak ramai pengunjung selain orang yang berkursus, mat saleh dan pak Arab. Malamnya kami cari makan di sekitar Batu Feringgi dan jalan-jalan di night market.


Bayview Hotel Batu Feringgi Penang-kids friendly

 
Check-out dari hotel kami sekeluarga pusing-pusing Penang jalan-jalan cari makan. Malamnya sambutan kecil-kecilan potong kek. Ah…suami saya bukanlah sawettt sangat tapi Alhamdulillah masih ada sambutan untuk saya hari tu. Tapi macam biasalah, kek birthday tu Aqil yang punya. Konon birthday dia. Siap dia juga yang dapat hadiah masa ronda-ronda kat Batu Feringgi tu. Saya pon tak minta banyak dari suami, cukuplah jaga saya dan Aqil dengan baik dan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk dilaksanakan.



budak perasan besday dia
Thomas & friends -Toby and Spenser in da house

 
26 Mei, Jumaat lepas ada department team building Automotive Mid Power/High Power(Auto MP/HP) level 1. Patutnya kami berjumpa di Penang Bowl jam 10 pagi tapi bos untuk Automotive Mid Power ajak jumpa jam 8.15 pagi di Cofee Bean bersebelahan G Hotel, Gurney Penang. Rupa-rupa nak sambut birthday saya dan Syafirah sebab bulan depan dah puasa.


saya 17 Mei

Syafirah-11 Jun

 
Thanks bos sudi belanja. Sebab baru awal pagi, kami cuma ambil sorang sepotong kek. Yang lain-lain taknak kek sebab awal sangat. Tak aci tau, bulan 3 dan 4 dapat sorang sebiji kek….ekekeke…melawak ja. Kang bos baca naya ja. Breakfast untuk semua pagi tu big bos yang belanja. Dan ini yang saya ambil pagi tu. Ahak…jenuh jugalah nak perabis breakfast dan kek.


Tea, blueberry cheese cake and egg ben

 
Bila bos dok tengok saya dok tangkap gambar makanan dari pagi sampai makanan tengahari di G Hotel dia pon tanya dan pecahlah rahsia kerajaan yang saya ni seorang blogger….bahahaha….


team auto MP

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^