Tempat Makan Best Di Penang | Laksa Seringgit di Kedai Kak Na

11:40 AM


Laksa Seringgit | Semalam tetiba sepakat dengan kawan-kawan ambil cuti separuh hari nak ke Pasar Kemboja Parit Buntar Perak. Ate…dah dapat gaji kan…mohler buang duit kat Pasar Kemboja tu beli baju baru tapi boleh dapat murah-murah jika pandai tawar-menawar. Ohoiiii…semalam baju harga RM35 dapat RM15 kot sehelai…kah…kah…kah… #padu betul ayat tawar menawar tu sampai dapat diskaun separuh harga.



 

Dah alang-alang ke Parit Buntar singgah makan laksa seringgit yang menjadi tular a.k.a #viral di Kedai Kak Na, Kampung Sungai Buaya Bukit Panchor Nibong Tebal. Ini adalah salah satu tempat makan best di Penang yang semakin tular di media sosial.

gambar dari FB Nahar Efendy Noordin


Psssttt….kedainya bukanlah di tepi-tepi jalan tapi kena masuk ke dalam kampung. Jangan pula sesat ke sempadan Kedah nanti…hik…hik…hik…



 

Alhamdulillah sampai juga kami di Kedai Kak Na semalam dengan perut yang berkeroncong. Sarapan bihun goreng ja pagi tu. Bila sampai sana perut memang minta di isi dah la. Kedainya hanya kedai kampung. Jangan pula dok bayang nak makan dalam kedai tertutup berhawa dingin pula ye. Datang waktu tengahari agak berbahang sikit kalau duduk di bawah tempat berbumbung jadi kami duduk kat bawah pokok. Santai-santai macam berkelah bawah pokok kat kampung. Rasa sejuk je. Tak berbahang pon.

 

Pi kedai #viral laksa seringgit tapi kami tak order pon laksa harga seringgit tu. Semua order yang special….hahahaha….dah la order special tamak pula tu order sampai 7 mangkuk laksa/bihun dan 4 mangkuk ais kacang milo. Jom tengok lebih dekat apa yang kami order.

muka tak sabar nak makan



 Saya ambil kotiaw sup special…sedap. Saya bagi rate 4/5 bintang.

isi ayam dan dagingnya banyak



Laksa special pula lain dari yang lain. First time makan laksa ada cucur macam dalam pasembor tu. Kawan saya dari Perak kata memang kat sana laksa letak cucur. Rate saya bagi 3/5 bintang. Mungkin tekak saya dah terbiasa kesedapan laksa Penang kot. Lain orang lain citarasanya kan.

laksa special telur sebiji



Ais kacang Milo pula memang mabeles. Tak kedekut Milo. Saya bagi 4/5 bintang.

Ais kacang Milo



Boleh juga order menu lain macam dalam gambar ni.

gambar dari FB Nahar Efendy Noordin



Total semua yang kami makan- 4 bihun sup special + 1 bihun sup biasa + 2 laksa special + 4 ais kacang Milo + teh ais + the O ais + ais kosong = RM30.60

 

Gila murah….ohoiiiii….macam tak percaya ja murah macam tu. Laksa tu telur sebiji kot. Kat Penang area pulau tak dapat dah la makanan harga macam tu.
 
Kalau korang sampai ke Parit Buntar atau Nibong Tebal bolehlah terjah Kedai Kak Na di Kampung Sungai Buaya, Bukit Panchor. Tambah-tambah pi dengan anak beranak yang ramai. Jimat tau makan kat sini….hihihi…


Waktu operasi :- Rabu- Isnin dari jam 12.30 tengahari hingga 7.30 malam(Selasa cuti).

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. liez hantu laksa... aduhhhh terliur niiiii

    ReplyDelete
  2. igtkan kat relau tadi haha

    ReplyDelete
  3. ohooooohoi.. murahnya rege. boleh makan banyak2 sampai puas hati..

    ReplyDelete
  4. sedap tengok ais kacang milo tu

    ReplyDelete
  5. menu dia mengancam betul.. terutama sekali ais kacang milo tu..

    ReplyDelete
  6. aida memang minat laksa tau.
    just kat melaka ni, x byk yg sedap :(
    teringat-ingat makan kat pantai batu feringgi. sedap nyer lah...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers