IJM Land Half Marathon 2017
9:58 AM
IJM Land Half Marathon 2017 datang lagi. Ia dijadualkan akan
berlansung pada 13 Ogos 2017 yang dikatakan lebih meriah dan bertenaga. Larian
ini sangat dinanti-nantikan yang bertujuan untuk menekankan gaya hidup sihat di
kalangan rakyat Malaysia dan berusaha membawa masyarakat Seremban 2 dan
sekitarnya bersama-sama menikmati gaya hidup sihat. Pihak penganjur menyasarkan
7000 peserta yang akan menyertai larian ini dan pendaftarannya telah di buka
pada 31 Mac 2017.
Dato' Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan, IJM Land Berhad
(Wilayah Tengah) berkata “IJM Land Half Marathon 2017 terus menjana minat yang
tinggi di kalangan masyarakat setempat dan orang awam, dan merupakan salah satu
daripada cara di mana usaha IJM Land untuk membawa semua orang yang berkongsi minat
yang sama.”
Dengan slogan ' Run
Together, Bond Stronger ', marathon ini menyediakan kategori larian
21KM(half marathon), 10KM untuk lelaki dan wanita(18 tahun ke atas) dan 10KM
lelaki dan wanita(12 tahun ke atas-kategori junior). Pelari terpantas akan
dianugerahkan “Grand IJM Land Half Marathin Trophy’ manakala pelari terpantas
dalam kategori masing-masing untuk 3 tahun berturut-turut akan dianugerahkan ‘Challenge
Trophy’ dan tahun 2017 adalah tahun yang ke-2.
Bagi peserta yang menamatkan larian 21KM akan menerima
t-shirt Ultron-Micro-dry Finisher Tee yang di tempeh khas. Selain itu peserta
yang berjaya menamatkan larian akan membawa pulang goodie bag dengan pelbagai
cenderahati daripada Yakult dan penaja yang lain bersama Finisher Medal yang di
tempeh khas dan sijil penyertaan. Hadiah cabutan bertuah bernilai lebih dari
RM10000 turut disediakan untuk anda menangi.
Untuk tahun ketiga berturut-turut, dana yang diperoleh
daripada IJM Land Half Marathon 2017 akan disalurkan kepada dua badan amal pada
tahun ini, iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Penyakit
Malaysia lysosomal Association (MLDA. IJM Land menjadikan ia sebagai satu
platform dalam membantu meningkatkan kualiti hidup orang yang kurang bernasib
baik dalam masyarakat dan untuk menggalakkan rakyat Malaysia dari pelbagai
peringkat umur cintakan sukan.
Karnival marathon ini bakal dimeriahkan lagi dengan popcorn,
gula-gula kapas, aiskrim,belon percuma serta badut dan banyak lagi acara
menarik termasuk photo booth dan peluang bergambar bersama selebriti Malaysia
dan duta Yakult, Jack Lim. Terdapat juga pemeriksaan kesihatan percuma untuk
BP, Glucose Test, Cholesterol Test dan rawatan Physio oleh Columbia Asia
Hospital Seremban bersama Befrienders
Seremban, merupakan platform sokongan insan dari aspek emosi, keseorangan dan
memerlukan bantuan.
IJM Land Half Marathon 2017 juga disokong oleh penaja emas
TDK, kenderaan rasmi BMW Millennium Welt Seremban, minuman rasmi 100 Plus dan
Mountain Ice, pakaian rasmi Ultron, rakan media Sin Chew Daily dan The China
Press, medical partner Colombia Asia Hospital Seremban, Charity Partner Alpro
Pharmacy, Event dan technical partner EC Pixels dan McDonald, Spoon Health, 2XU, BioTech USA, Rock
Tape, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Mydin Seremban 2.
Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2017
dan cara mendaftar, layari www.ijmlandrun.com.
Jom sama-sama sertai dan amalkan gaya hidup sihat.
3 apa kata anda?
all the best ya
ReplyDeleteall the best
ReplyDeleteCT taaaaak rajin ni nak lari lari ooooh no =D
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^