Barangan baby jenama Goo.N boleh juga didapati di Lazada.My

4:15 PM




Bagi pengguna barangan Goo.N, anda juga boleh dapatkan barangan ini di Lazada Malaysia. Goo.N adalah jenama lampin pakai buang berteknologi dari Jepun yang terbukti keberkesanan dan kemampuannya untuk penggunaan harian bayi anda. Saya selalu sangat risik-risik barangan Goo.N di supermarket dan lampin pakai buang ini amat digemari oleh ibu-ibu di luar sana cuma tidak semua supermarket ada menjual barangan jenama Goo.N ini.
 
 
Goo.N di Lazada Malaysia



Selain lampin pakai buang Goo.N pelbagai versi dan size terdapat juga baby wipe(tisu basah) dan Goo.N Limited Edition Penguin Baby Wipe Box. Saya merupakan pembeli tegar online tak kira barangan kecantikkan mahupun barangan anak dan banyak barangan di beli di website Lazada Malaysia. Biasalah sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk keluar membeli belah. Cuma klik sahaja barangan dah sampai depan rumah. Untung-untung dapat penghantaran PERCUMA. Jimat tenaga dan duit minyak.






REVIEW GOO.N PANTS

Aqil suka sangat Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition ni. Ada gambar Doraemon kegemaran dia kan.



Lampin pakai buangnya amat lembut. Getahnya yang lembut amat sesuai untuk peha Aqil yang montok. Takdelah sakit berbirat pehanya. Kualiti penyerapannya pon bagus.


Aqil bangun pagi tanpa basah di baju dan seluar serta yang paling penting tiada kerengsaan pada kulit. Memang terbaiklah.


REVIEW BABY WIPE Goo.N

Orang selalu kata bila beli baby wipe(tisu basah) ni mesti ada anak kecil(baby). Eh...tak la....anak dah besar pon boleh ja beli tisu basah. Saya memang guna tisu basah jenama Goo.N untuk Aqil. Satu simpan di rumah dan satu lagi di dalam kereta.



Kadang tu anak melasak...makan dalam kereta sampai comot-comot. Guna ja baby wipe ni untuk cuci muka anak. Tak perlu nak ke tandas bagai. Takdelah muka anak sememeh tapi muka mak mantop macam diva...hihihihi... Baby wipe ini 99% dari pure water dan Japan kualiti. Jadi jangan risau sebab ia boleh digunakan diseluruh badan. Di yakini sungguh lembab dan tidak mengandungi pewangi serta alkohal selain air tulen jadi tak perlu ragu-ragu nak gunakannya pada anak. Ia juga tiada paraben okeyyyy.


REVIEW Goo.n LIMITED EDITION PENGUIN BABY WIPE BOX


Goo.N Limited Edition Penguin Baby Wipe Box sangat comey. Kali ni takda la nampak bersepah baby wipe ni kat rumah bila dah ada Goo.N Limited Edition Penguin Baby Wipe Box. Comel je bentuknya.




Kalau korang nak cari barangan Goo.N boleh layari Lazada Malaysia ok. Macam-macam dok ada di sana.

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. bestnye dpt pampers lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau ada jual kat Lazada, mudahlah.. Beli, bayar dan sampai..

    ReplyDelete
  3. Mokcik tak pernah try brand ni..nak kena try gak lerr

    ReplyDelete
  4. nanti ada anak boleh try brand ni

    ReplyDelete
  5. comeinya penguin tu.. tak pernah dengar pun jenama nih, mungkin dah lama tak ada anak kecil kan..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^