1Minute Miracle Foundation untuk wanita yang sentiasa sibuk

9:42 AM



FOUNDATION UNTUK WANITA SIBUK | Bekerja di sektor perindustrian memaksa saya menjadi ‘mak lampir’ hampir setiap hari. Mana tidaknya, jika hari tu kena masuk production untuk setel lot evaluation makanya muka yang dilapisi make-up terpaksa di cuci nak-nak make-up yang nampak begitu ketara. Buntu juga nak pilih foundation yang sesuai untuk di pakai ke tempat kerja.


 
Tak make up ---> muka mak lampir
Bila make up ---> kena pula bersihkan bila nak masuk production
 
Kalau sehari masuk sekali ok juga…ini kena masuk berkali-kali. Mak lampirlah kau sampai balik…huhuhu…tak kuasa nak pakai make-up pastu cuci pakai balik pastu cuci berkali-kali. Cukuplah sekali cuci masa sembahyang Zohor. Kalau nampak gambar muka flawless sangat time kerja itu efek kamera ja tu. Takdenye muka nak flawless sangat-sangat. Bebas jerawat itu ya tapi flawless...prrffftttt...tak mungkin.

Dalam dok mencari-cari foundation yang sesuai terjumpa 1Minute Miracle Foundation(1MMF) ni. Tengok testimoni dia rasa macam nak cuba so apalagi grap la satu. Lagipon harganya murah.
 

1Minute Miracle Foundation ini didatangkan dengan span charcoal jadi tak perlu nak cari span muka untuk ratakannya.
 
Cara penggunaanya pon mudah. Semudah ABC. Kata 1 minute so pakainya pon seminit je la.
 
Abaikan muka mak lampir dengan penggunaan kamera tanpa efek beauty aka no filter

Muka yang di basuh bersih, calitkan 1MMF di beberapa bahagian muka, basahkan dan perah span charcoal, guna span yang lembab tu untuk ratakan 1MMF di seluruh wajah. Tadaaaaa…..dah siap. Tak perlu berbedak pon kerana 1MMF akan blend dengan kulit  dan tak bercapuk. Kulit wajah akan nampak glow. Kalau nak nampak efek gebu gebas boleh sapukan bedak. Tekstur 1MMF juga sangat ringan dan sesuai untuk kegunaan harian. Memang tak rasa macam pakai foundation pon tapi orang tegur muka gebu….ihik…

wajah tanpa make-up yang berat. Cuma sapukan 1MMF dan lipstik

 

Apa yang best tentang 1Minute Miracle Foundation?

 
1MMF yang mengandungi 30% serbuk mutiara sangat berbaloi kerana :-
  • GLOWING OVERDOSE
  • FULL COVERAGE
  • NO NEED SHIMMERING
  • NO NEED POWDER
 
Di samping itu ia berfungsi untuk merawat kulit dan menyerap minyak dan mengurangkan masalah pori-pori blackhead/whitehead pada hidung serta :-
  • melembutkan dan mencerahkan kulit
  • mempercepatkan pertumbuhan kulit baru
  • menggalakkan penghasilan kolagen
  • menyembuhkan jerawat
  • mencegah penuaan kulit
  • mengurangkan garis halus dan kedutan
  • memperbaiki kulit rosak akibat pancaran matahari dan parut
  • mengatasi masalah pigmentasi dan rona tidak sekata
  • mengecilkan liang roma
  • meningkatkan keanjalan kulit
 
Memang tak rugi beli dengan harganya yang berbaloi. Sesuai sangat untuk wanita yang sentiasa sibuk serta ibu-ibu kat rumah yang nak nampak cantik dan tak punya masa nak bermake-up sebab sibuk uruskan rumahtangga dan hantar ambik anak ke sekolah. Sibuk-sibuk pon muka maintain glowing tau.


Update :- Gambar terbaru menggunakan 1MMF tanpa filter/edit. Makeup lebih sikit tambah eyeliner..kening ratakan bagi tak serabut. Memang sukalah.







Oppps… ini bukan review berbayar tau. Tengok muka kita selepas 2 jam pakai 1MMF tanpa bedak dan gambar tanpa efek ‘beauty’ aka no filter. Gebu ja. Suka sangat-sangat.


Boleh dapatkan 1Minute Miracle Foundation dari agen yang sah :-



You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. syoknya foundation macam ni...nampak glowing terus muka

    ReplyDelete
  2. macam best je foundation ni :D salam perkenalan, done follow sini hehe

    http://shafyqahazahar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. boleh cuba gak foundation ni nampak best jah.. hihihihi

    ReplyDelete
  4. dah beli aritu. baru pakai sekali hihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers