CSR Outreach Program bersama Rumah Anak-anak Yatim Taman Bakti Kepala Batas

11:20 AM

CSR Outreach Program | Alhamdulillah selesai juga satu program amal kendalian syarikat tempat saya bekerja Sabtu lepas. Program ini melibatkan anak-anak dari Rumah Anak-anak Yatim Taman Bakti Kepala Batas.


Sebenarnya dah lama saya tak aktif dalam aktiviti syarikat. Dah letak jawatan selepas pulang dari mengerjakan haji tahun 2011 tapi tahun ni rasa nak aktif balik. Sebulan sebelum program ini berlansung, kami ahli GPTW syarikat mengadakan pemilihan rumah anak yatim mana yang ingin di tuju, barangan yang ingin disumbangkan, aktiviti dan juga pemilihan makanan. Walau bermacam drama yang ada akhirnya program ini berakhir dengan jayanya.


Program bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari di dewan Rumah Anak-anak Yatim Taman Bakti pada 25 Mac 2017 yang dirasmikan oleh pengarah Sumber Manusia syarikat saya bekerja.




Disusuli pula dengan erobik selama setengah jam bersama dengan anak-anak Rumah Anak Yatim Taman Bakti. Ini masa yang di tunggu-tunggu. Semua anak-anak dah tak sabar bila nampak abang badut dok ada dalam dewan. Bila abang badut beraksi semua teruja. Kami staff syarikat yang turut sama pada hari tu pon teruja sekali. Banyak trick silap mata yang abang badut buat. Paling best bila silap mata ular. Sampai lari bertempiaran sebab terkejut....hihihihi




Kita pon nak juga bergambar dengan abang badut.




Selesai slot abang badut, kita ke sesi pertandingan mewarna dan game musang berjanggut. Pertandingan mewarna terbahagi kepada 2 kategori mengikut peringkat umur seramai 25 orang.




Untuk game musang berjanggut pula terbahagi kepada 5 kumpulan yang di anggotai 5 orang dalam tiap kumpulan. Ala...macam dalam cerita Musang Berjanggut tu...kena asing-asingkan bawang, beras, gula bagai tapi kami buat menggunakan 5 jenis kekacang. Ha...jenuh perasing.



Sepanjang aktiviti berlansung, macam-macam drama dok ada. Ada yang gembira dan ada yang menangis bila kalah dalam pertandingan. Allah...jenuh kami memujuk. Ya...mereka cepat tersentuh hati kerana tiada kasih sayang dari keluarga. Yang ada cuma warden dan kawan-kawan. Dan-dan teringat kat anak di rumah.


Untuk program ini saya kendalikan bahagian makanan tapi sebelum event berlansung kadang dok tolong juga bahagian derma barangan dari pekerja syarikat.



Ok...makanan dah sampai mohler buat kerja susun-susun makanan. Bau nasi tomato dan ayam masak merah buat saya lapar la.

Hari Jumaat sebelum hari kejadian ada yang dating beri muffin, biskut dan air kotak. Allah...tak sangka banyak pula rezeki yang datang di hujung-hujung program. Terima kasih sangat-sangat pada yang memberi.




Nasi tomato, ayam masak merah dan kurma telur untuk semua dari syarikat.



Makanan sampingan ni pon ada yang sedekah. Ada koleh kacang, kek coklat, kandasturi aka kuih kacang, karipap, cucur badak, nugget dan finger chicken. Yang ni semua saya dapat awal tapi dalam bentuk duit. Ada yang sedekahkan duit untuk makan-makan.



Dan tak dilupakan pelbagai bentuk derma terdiri daripada barang mandian, lampin pakai buang, susu, alatan persekolahan, buku latihan dan buku aktiviti serta barangan mainan untuk anak-anak Rumah Anak Yatim Taman Bakti yang berumur dari 0 hingga 12 tahun.



terima kasih pada semua pekerja yang tidak putus-putus menberi

Maaf...gambar anak-anak ini tidak dapat disiarkan atas perintah mahkamah jadi takdelah gambar pemenang pertandingan mewarna dan musang berjanggut.

Masa untuk pulang diiringi dengan perasaan sayu. Anak-anak ini siap bertanya bila lagi kami akan datang. Insyaallah...hujung tahun mungkin sekali lagi kami akan ke sana.


You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. ohh memang mahkamah tak bagi reveal ya gambar anak2 ni....kesiannnya kan siap mengharap datang lagi. Congrats Zai dan team di atas usaha murni ini

    ReplyDelete
  2. wahhh sure anak2 tu seronok
    meriah

    ReplyDelete
  3. jemput join giveaway aaisy 😊

    http://theaaisy.blogspot.my/2017/03/1-giveaway-by-theaaisy.html

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, banyak badan-badan yang sudi membuat CSR pada hari ini

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers