Anugerah | Aqil dah terlebih cakap

4:24 PM


Agak lama tak bercerita tentang perkembangan anak nan satu ni. Dulu boleh kata tiap minggu dicoretkan cerita tentang dia.

Penah dulu masa Aqil menginjak usia 2 tahun saya begitu gelabah bila anak lambat bercakap. Boleh baca di SINI, SINI,SINI dan SINI. Macam-macam usaha saya buat supaya anak boleh bercakap.

Anugerah | Aqil dah terlebih cakap

Sejak hampir 3 bulan Aqil bersekolah dah bermacam-macam perkataan yang keluar dan makin pok pek pok pek dari budak umur 3 tahun 5 bulan ni. Hadoiiii...kadang tu sampai pening nak menjawab soalan-soalan dari dia. Hantar Aqil ke sekolah ni juga adalah salah satu usaha yang saya buat supaya Aqil boleh berkomunikasi dan berkawan.

budak cerdik yang banyak tanya


Pernah satu hari balik dari kerja saya ambil Aqil dari rumah pengasuh. Perjalanan nak balik ke rumah kena melalui highway Seberang Jaya yang jammed hamat tiap petang. Dalam kita ni penat + stress jalan jem dia boleh tanya itu ini itu ini. Lepas satu di tanya saya jawab di tanya lagi soalan yang lain. Nak menjawab soalan kena tengok muka dia...kena tunjuk-tunjuk apa yang dia tanya tu kalau tak akan di tanya soalan yang sama berulang-ulang. Mama dia ni dah nak bertukar jadi hijau dah ha sampaikan terkeluar " Aqil boleh diam sat tak? Mama tak boleh nak drive ni."

Terdiam anak kat sebelah dengan muka masam merajuk. Allah...nak pujuk pula satu bab. Tapi bila fikir balik, budak-budak umur macam tu memang akan banyak bertanya. So hari-hari jenuh la melayan soalan dia sampaikan pengasuh dia sendiri cakap penat nak jawab soalan Aqil. Banyak sangat tanya.

Baru-baru ni abah dia bawa pi kerja. Saya dah larang tak bagi bawa, biar ja dia main kat rumah tapi degil nak juga bawa. Ok fine. Kita tengok tahan berapa lama. Dua jam lepas tu abah Aqil call suruh datang ambil. Tak tahan dah nak jawab soalan-soalan dia mana nak buat keja lagi....hahaha...abah pon dah surrender.

Tapi bila fikir-fikir balik Aqil ni ikut perangai abah dia yang ramah-tamah banyak cakap pok pek pok pek tak berhenti-henti. Nah....dulu pening sangat anak lambat cakap. Lani pening bila anak terlebih cakap pulak.

You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers