Perkembangan Aqil Najmi

4:36 PM



Assalamualaikum | Sejak dua menjak pindah rumah baru ni saya agak sibuk mengemas sikit demi sikit tapi Aqil makin seronok. Iyelah…sekarang duduk rumah bawah dah boleh main basikal kat luar rumah. Dah boleh berkawan dengan budak-budak yang lain. Kalau tak, balik ja dari rumah pengasuh duduk je la dalam rumah tu. Kayuh basikal pon dalam rumah. Itu sebablah rumah kita yang lama tu kosong ja. Ada semata-mata meja makan dan rak TV ja kat ruang tamu. Nak bagi anak bebas main naik basikal dalam rumah yang sempit. Ketepikan keinginan nak beli sofa bagai semata-mata untuk anak.


 Perkembangan Aqil Najmi


Ahad lepas, masa Aqil dok main dengan anak-anak jiran, dia kena interview dengan jiran kita ni. Apa jiran tanya Aqil jawab. Kita biarkan je la, saja nak tengok gelagat anak. Pastu tetiba jiran tanya..

 

Jiran :  Anak umur berapa?
 
Saya : Baru 3 tahun lebih(3 tahun 4 bulan)
 
Jiran : La…ingatkan dah 6 tahun. Bila tanya semua boleh jawab. Dah tu tinggi besar dari budak sebaya dia.
 
Saya : Oooo…yang tu memang selalu orang ingat camtu pon. Dia ikut baka belah saya…hihihi…

 

Itulah cerita Aqil Najmi. Alhamdulillah, sejak masuk sekolah ni makin pok pek pok pek dia bercakap. Dulu agak pemalu. Nak dengar dia cakap pon jenuh pujuk. Dengan orang tak kenal susah dia nak cakap. Saja kita nak cerita perkembangan Aqil selepas sekolah bila ada kawan-kawan tanya. Kita tau pertanyaan tu berbaur perlian tapi kita ok je. Kita hantar anak awal ke sekolah pon bersebab.

 

Perkembangan selepas sekolah

 

Sebulan bersekolah di PASTI, Alhamdulillah banyak benda dia dah tahu. Doa makan memang dia dah pandai sejak 2 tahun lebih lagi. Pastu dok dengar-dengar juga dia dok sebut bacaan duduk di antara dua sujud. Walaupon butir perkataan tu ada yang kena ada yang tak tapi saya masih boleh faham. Yang paling buat saya terharu bila pengasuhnya hantar video kat wasap Aqil tengah baca Al-Fatihah. Bergenang air mata ni bila tengok. Terharu sangat. Cuma ada beberapa ayat tu dia lupa pangkal di hadapan. Pengasuh sebut yang depan Aqil baca ayat yang belakang. Nak boh video tu dalam ni tapi Aqil tak pakai baju masa tu. Faham-faham je la zaman sekarang. Kena hati-hati sikit walaupon gambar budak.
 
Bila saya suruh baca Al-Fatihah kat rumah, dia takmau baca tapi pengasuh dia cakap elok ja di baca kat rumah sana. Macam tu juga keja sekolah. Kalau di suruh kat rumah, jenuh suruh baru buat itu pon ngelat-ngelat tapi kat rumah pengasuh elok ja dia buat. Vocab pon dah banyak dia tau. Warna, binatang yang jarang saya sebut dan bentuk semua dah kenal. Sebutan perkataan penuh tanpa pelat tapi cakap slang KL….prrrfffttttt…

 

Perkembangan di rumah

 

Dah tak pakai pempes sepenuhnya. Di sekolah memang cikgu galakkan anak-anak tak pakai pempes. Sekarang nak poo poo  dah tak sembunyi-sembunyi lagi. Dia sendiri minta nak poo poo kat tandas duduk. Alhamdulillah….lega dah mama dia ni. Tak payah dok beli pempes bagai dah. Makan nasi guna tangan dah tapi kadang-kadang minta sudu jugak. Susu pon jarang-jarang minum. Boleh kata sehari 2 kali ja minum susu. Pagi dan malam sebelum tido. Yang lainnya banyak minum air masak tekan sendiri kat water purifier.
 
Awal-awal bangun pagi nak ke sekolah dulu agak jenuh juga nak kejutkan. Sekarang dah ok. Cuma panggil nama beberapa kali dah bangun sendiri jam 6.25 pagi dan saya akan hantar dulu ke rumah pengasuh sebelum pergi kerja. Nanti pengasuhnya akan siapkan Aqil dalam jam 7.45 pagi dan hantar ke sekolah. Dulu selagi kita tak tido dia pon tak tido. Sekarang pukul 10 malam ja dia tido dengan sendiri. Lega mama dia ni nak buat kerja rumah.

 

Baru-baru ni jumpa cikgu Aqil di motivasi ibu dan bapa. Macam-macam cikgu puji Aqil tapi mak dia ni macam….errr….errr…anak aku ke? Kat rumah tak sama pon perangai….hahahaha…tapi bila cikgu cakap camtu kita sebagai emak ayah rasa lega syukur sangat-sangat anak kita macam tu. Tak sangka anak dah besar dah....huhuhu...

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. anak-anak mmg lainkan perangai kat rumah dan sekolah.... semoga aqil membesar menjadi anak yg soleh,,, anak bijak ni... :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. anak-anak mmg lain perwatakannya di sekolah dan di rumah..

    ReplyDelete
  3. anak-anak selalu macam tu.. kat sekolah atau rumah pengasuh bagus ja perangai, tapi bila dengan kita dan kat rumah fuh hanya Allah saja yang tau..

    Alhamdulillah makin bagus Aqil, in shaa Allah makin bijak dia nanti bila dah besar nanti..

    ReplyDelete
  4. Biasa anak2 mcm tu la...dgn org lain kemain..ngn mak pak dia mcm2 pulek

    ReplyDelete
  5. kat rumah saje dia nak nguji mama hahahaaha. alhamdulilah good job Aqil. Uwais je ummi tak hantar sekolah lagi. hihihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^