Perkembangan Aqil Najmi
4:36 PM
Assalamualaikum | Sejak dua menjak pindah rumah baru ni saya
agak sibuk mengemas sikit demi sikit tapi Aqil makin seronok. Iyelah…sekarang
duduk rumah bawah dah boleh main basikal kat luar rumah. Dah boleh berkawan
dengan budak-budak yang lain. Kalau tak, balik ja dari rumah pengasuh duduk je
la dalam rumah tu. Kayuh basikal pon dalam rumah. Itu sebablah rumah kita yang
lama tu kosong ja. Ada semata-mata meja makan dan rak TV ja kat ruang tamu. Nak
bagi anak bebas main naik basikal dalam rumah yang sempit. Ketepikan keinginan
nak beli sofa bagai semata-mata untuk anak.
Perkembangan Aqil Najmi
Ahad lepas, masa Aqil dok main dengan anak-anak jiran, dia
kena interview dengan jiran kita ni. Apa jiran tanya Aqil jawab. Kita biarkan
je la, saja nak tengok gelagat anak. Pastu tetiba jiran tanya..
Jiran : Anak umur
berapa?
Saya : Baru 3 tahun lebih(3 tahun 4 bulan)
Jiran : La…ingatkan dah 6 tahun. Bila tanya semua boleh
jawab. Dah tu tinggi besar dari budak sebaya dia.
Saya : Oooo…yang tu memang selalu orang ingat camtu pon. Dia
ikut baka belah saya…hihihi…
Itulah cerita Aqil Najmi. Alhamdulillah, sejak masuk sekolah
ni makin pok pek pok pek dia bercakap. Dulu agak pemalu. Nak dengar dia cakap
pon jenuh pujuk. Dengan orang tak kenal susah dia nak cakap. Saja kita nak cerita
perkembangan Aqil selepas sekolah bila ada kawan-kawan tanya. Kita tau
pertanyaan tu berbaur perlian tapi kita ok je. Kita hantar anak awal ke sekolah
pon bersebab.
Perkembangan selepas sekolah
Sebulan bersekolah di PASTI, Alhamdulillah banyak benda dia
dah tahu. Doa makan memang dia dah pandai sejak 2 tahun lebih lagi. Pastu dok
dengar-dengar juga dia dok sebut bacaan duduk di antara dua sujud. Walaupon
butir perkataan tu ada yang kena ada yang tak tapi saya masih boleh faham. Yang
paling buat saya terharu bila pengasuhnya hantar video kat wasap Aqil tengah
baca Al-Fatihah. Bergenang air mata ni bila tengok. Terharu sangat. Cuma ada
beberapa ayat tu dia lupa pangkal di hadapan. Pengasuh sebut yang depan Aqil
baca ayat yang belakang. Nak boh video tu dalam ni tapi Aqil tak pakai baju
masa tu. Faham-faham je la zaman sekarang. Kena hati-hati sikit walaupon gambar
budak.
Bila saya suruh baca Al-Fatihah kat rumah, dia takmau baca
tapi pengasuh dia cakap elok ja di baca kat rumah sana. Macam tu juga keja
sekolah. Kalau di suruh kat rumah, jenuh suruh baru buat itu pon ngelat-ngelat
tapi kat rumah pengasuh elok ja dia buat. Vocab pon dah banyak dia tau. Warna,
binatang yang jarang saya sebut dan bentuk semua dah kenal. Sebutan perkataan
penuh tanpa pelat tapi cakap slang KL….prrrfffttttt…
Perkembangan di rumah
Dah tak pakai pempes sepenuhnya. Di sekolah memang cikgu
galakkan anak-anak tak pakai pempes. Sekarang nak poo poo dah tak sembunyi-sembunyi lagi. Dia sendiri
minta nak poo poo kat tandas duduk. Alhamdulillah….lega dah mama dia ni. Tak
payah dok beli pempes bagai dah. Makan nasi guna tangan dah tapi kadang-kadang
minta sudu jugak. Susu pon jarang-jarang minum. Boleh kata sehari 2 kali ja
minum susu. Pagi dan malam sebelum tido. Yang lainnya banyak minum air masak
tekan sendiri kat water purifier.
Awal-awal bangun pagi nak ke sekolah dulu agak jenuh juga
nak kejutkan. Sekarang dah ok. Cuma panggil nama beberapa kali dah bangun
sendiri jam 6.25 pagi dan saya akan hantar dulu ke rumah pengasuh sebelum pergi
kerja. Nanti pengasuhnya akan siapkan Aqil dalam jam 7.45 pagi dan hantar ke
sekolah. Dulu selagi kita tak tido dia pon tak tido. Sekarang pukul 10 malam ja
dia tido dengan sendiri. Lega mama dia ni nak buat kerja rumah.
Baru-baru ni jumpa cikgu Aqil di motivasi ibu dan bapa.
Macam-macam cikgu puji Aqil tapi mak dia ni macam….errr….errr…anak aku ke? Kat
rumah tak sama pon perangai….hahahaha…tapi bila cikgu cakap camtu kita sebagai
emak ayah rasa lega syukur sangat-sangat anak kita macam tu. Tak sangka anak dah besar dah....huhuhu...
7 apa kata anda?
anak-anak mmg lainkan perangai kat rumah dan sekolah.... semoga aqil membesar menjadi anak yg soleh,,, anak bijak ni... :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. anak-anak mmg lain perwatakannya di sekolah dan di rumah..
ReplyDeletealhamdulillah go aqil go!
ReplyDeletealhamdulilah..go aqil go
ReplyDeleteanak-anak selalu macam tu.. kat sekolah atau rumah pengasuh bagus ja perangai, tapi bila dengan kita dan kat rumah fuh hanya Allah saja yang tau..
ReplyDeleteAlhamdulillah makin bagus Aqil, in shaa Allah makin bijak dia nanti bila dah besar nanti..
Biasa anak2 mcm tu la...dgn org lain kemain..ngn mak pak dia mcm2 pulek
ReplyDeletekat rumah saje dia nak nguji mama hahahaaha. alhamdulilah good job Aqil. Uwais je ummi tak hantar sekolah lagi. hihihihi
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^