Cuti Raya Cina 2017 Keluarga Zai Zamree

10:57 AM



 

Assalamualaikum. Seminggu dah berlalu cuti raya cina. Tahun ni cuti raya cina paling singkat dalam hidup seorang Zai Zamree. Macam tak percaya sampaikan Tok Besah pon hairan bila saya cakap cuti 3 hari ja. Tak macam tahun lepas. Nahai…cuti seminggu. Merata saya pi semata-mata nak habiskan cuti. Pi Hatyai 2 hari 1 malam tapi entri Hatyai tak habis tulis pon. Balik Hatyai ke Pantai Merdeka pastu ke Eco Meadow dan esok tu ke Taman Rimba Teluk Bahang. Memang direct seminggu berjalan saja.
 
Tahun ni Sabtu hari raya cina keluarga kecil kami ke rumah Ah Kong (ayah angkat suami). Kebetulan Ah Kong sorang-sorang ja kat rumah. Wifenya ke Hatyai untuk sembahyang jadi kami agak lama kat situ. Aqil dapat la duit raya dari Ah Kong dan beberapa buah tangan. Lepas tu kami dok rumah je la sampai ke malam.

 


Ahad dah tengahari baru plan nak mandi-manda. Kolam MPSP Jalan Betik pula tutup sempena CNY jadi kami terjah ke area Batu Feringgi. Ramainya orang mandi-manda kat pantai. Nak sampai ke sana pon berjam-jam. Jalan jem. Terus lajak ke Taman Rimba Teluk Bahang nak mandi air terjun. Saya tak mandi tapi suami dan Aqil ja mandi. Jadilahkan... Kat sini pon penuh dengan orang yang menghabiskan cuti CNY dengan keluarga. Jenuh cari parking.



laksa kat Taman Rimba ni sedap


 
Isnin saya dan Aqil saja balik ke rumah Tok Besah sementara suami kena keja. Balik pon sekejap ja lepas rindu dengan Tok Besah.
 
Selasa saya dah start keja. Suami cuti tiap Selasa. Aqil pon masih cuti hari Selasa tu jadi suami bawa Aqil dan anak-anak sedara mandi di Kolam MPSP Jalan Betik. Jelesnya. Saya kalau tak mengenangkan report hari Selasa dah lama saya cuti. Kena plak department ni semuanya berbangsa Cina jadinya kita ni kena la cover keja yang ada sementara semua cuti.
 
Bila tengok timeline facebook kawan-kawan, seronoknya lahai pi bercuti. Mengenangkan kami baru ja berhabis duit pindah rumah hujung Januari lepas, tahan je la diri ni dari bercuti-cuti…..sobbbbsss… #saja buat-buat sedih nak suruh orang pujuk

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. okey lah.. tak kisah berjaln kat mna.. asal dpt jln..kita isteri ni. itu pun dah seronokkan

    ReplyDelete
  2. seronok aqil dpt angpau dan dpt mkn laksa and mandi sungai hihi

    ReplyDelete
  3. seronok Aqil dapat angpau.. hehehe budak-budak dapat air syok dah laa tak kira kat mana pun..

    ReplyDelete
  4. kak zai dah dapat ye rumah sendiri tu? tahniahhhhh kak zai ;D

    tula macam heran awat kak zai cuti sat sangat tahun ni?

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers