Pengalaman Menginap di Presidential Suite Park Avenue Hotel Sungai Petani

2:44 PM

Pengalaman Menginap di Presidential Suite Park Avenue Hotel Sungai Petani

Assalamualaikum | Pengalaman pertama kali menginap di Presidential Suite Park Avenue Hotel Sungai Petani amat mengujakan. Di layan bak VVIP terasa bagai diri ini macam orang ada-ada. Mana tidaknya, ini pertama kali dapat tidur di bilik serba mewah dan besar membuatkan diri ini rasa tak mengantuk malam itu. Betul-betul tak mengantuk sampaikan saya dan rakan-rakan tak tidur sampai pukul 4 pagi. Dok ke sana sini dalam bilik. Bilik luas la katakan.

Siangnya sebelum check-in bilik hotel, saya dan rakan-rakan isi perut dulu di bistro Park Avenue Hotel Sungai Petani. Saya cuba menu ringan sikit sebab malamnya kami ada makan malam yang hebat, jadi saya order mee goreng mamak dan jus epal sahaja.


Tengok dari luaran mee goreng mamak saya macam takde tarikan tapi bila di selak helaian mee goreng mamak itu memang banyak rencah dan bahan-bahannya. Memang tak rugi, ada udang, sotong, ayam dan cucur setanding harganya dan yang penting sekali ianya sedap.

 

 

Selesai makan kami pun check-in bilik dan naik ke bilik masing-masing. Melangkah ke Presidential Suite Park Avenue Hotel Sungai Petani hati rasa berdebar. Gila tak debar, teruja sangat-sangat dah masa ni tapi kontrol ayu…kah…kah…kah… Melangkah ja kaki masuk ke situ terus mulut sebut “WOW”. Biliknya luas, hiasan dalamannya berkonsepkan ekslusif dan klasik kerana masih mengekalkan motif kayu dan berwarna ke emas-emasan. Rasa macam diri kerabat di raja pon ada masa tu bila tengok bilik berwarna emas.  Jom tengok bilik kami jom.

 

Dari ruang tamu boleh nampak lagi dua 2 di belakang sana. Luaskan?


Masuk dari pintu depan terdapat satu ruang tamu dengan set sofa, tv dan bilik air.

 
 

 
Di ruang tengahnya pula terdapat set sofa, tv, meja makan dan ruang dapur yang disertakan dengan peti sejuk.

 
 



Di ruangan bilik tidur terdapat almari, set kerusi rehat, meja mekap, katil yang bercirikan eksklusif, tv serta bilik air.


Kami siap konker sorang satu tv. Siaran lain-lain….hihihi… Teruja punya pasal kejap-kejap ke depan, kejap-kejap dok kat tengah nanti landing pula atas katil dalam bilik.
Bilik ini sesuai untuk pakej bulan madu kerana suasananya yang eksklusif dapat membangkitkan mood happy kepada pasangan. Fuhhh…kita ni nasib la pergi sorang ja hari tu. Kalau berdua rasanya nak duduk dalam bilik saja…hihihi… tapi petang tu kami turun ke kolam renang untuk berendam dan terjadilah aksi gila-gila ni. Mesti ada ja pengunjung yang heran lihat kami terbaring di kolam renang hari tu...hihihi...

 


Korang kalau datang ke sebelah Utara dan mencari penginapan yang berbaloi saya syorkan disinilah tempatnya. Harga pon berbaloi-baloi. Makan pon sedap sangat.

E-1 Jalan Indah Dua,
Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani Kedah

 

You Might Also Like

6 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^