Makan Malam Western Dinner Set di Park Avenue Hotel Sungai Petani

9:45 AM


Makan Malam Western Dinner Set di Park Avenue Hotel Sungai Petani














Malamnya kami memenuhi jemputan istimewa General Manager Park Avenue Hotel, Sungai Petani ; Encik Azmi Rahman bagi menghadiri jemputan makan malam blogger Projek Blogger Utara yang memang mengujakan dan di layan bak VIP adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.










Dari team Projek Blogger Utara, seramai 7 orang berpeluang untuk menikmati set makan malam yang dihidangkan sendiri oleh Chef Noor Azmy.








Bertempat di Dewan Sejati, masing-masing teruja dengan hiasan meja yang serba mewah serta diiringi muzik instrumental seolah – olah berada di majlis makan malam pegawai tentera. Menurut eksekutif pemasaran dan jualan Park Avenue Hotel, Cik Catherine makan malam untuk blogger ini mengambil konsep yang sama seperti makan malam pegawai tertinggi tentera. Wah...memang sungguh teruja.










Kami dihidangkan 6 set makanan bermula dari pembuka selera (appertizer) dan diakhiri dengan minuman teh dan kopi. Selalu makan ala-ala buffet saja di hotel tapi kini macam candle light dinner pon ada. Berangan sekejap malam tu bila di layan bak pegawai tinggi tentera.









Hidangan makan malam ini dikenali sebagai Western Dinner Set, jadi kalau sapa-sapa yang nak tempah untuk majlis kecil-kecilan seperti ulangtahun perkahwinan bersama yang tersayang bolehlah  berhubung dengan pihak Park Avenue Hotel Sungai Petani.

Jom tengok apakah hidangan yang terdapat di dalam Western Dinner Set yang kami makan ni.


Menu pertama kami 'Prawn Avocado Salad'. Udangnya yang segar di rebus dan dihidangkan sejuk dengan salad avokado bersama campuran daun salan serta sos koktail yang di buat sendiri oleh chef Noor Azmy.





Kami dihidangkan pula dengan 'Cream of Wild Mushroom Soup'. Nampak seperti mushroom soup yang selalu kita makan tapi sup ini telah di masak menggunakan 7 jenis cendawan liar yang boleh di makan dan dihidangkan bersama krim putar segar yang memberi kelainan terhadap rasa mushroom soup ini. Memang lemak berkrim.




Selepas itu dihidangkan pula dengan 'Orange Sherbet'. Fungsi sherbet ini adalah untuk mengurangkan rasa muak dari lemak berkrim mushroom soup yang kita makan tadi jadi dapatlah kita menikmati hidangan utama dengan selesa.



Menyusul pula hidangan utama yang membuatkan kami semua teruja. Semua dah tak sabar-sabar nak rasa 'Medallion of Beef with Pink Pepper Corn Sauce'. Di ambil dari bahagian daging lembu batang pinang membuatkan daging ini rasa sungguh lembut. Memang sedap. Tak puas makan. Kalau boleh tambah memang saya nak lagi...hihihi...



Tak lengkap hidangan makan malam kita tanpa pencuci mulut. Malam itu kami dihidangkan dengan 'Tiramisu' yang di makan bersama sos coklat dan sos strawberi. Saya bukan penggemar Tiramisu tapi yang ini memang sedap.



Sebagai penutup makan malam, kami dihidangkan dengan 'kopi/teh dan biskut'.







Keseluruhan hidangannya memang sedap-sedap belaka. Kami amat berpuas hati dengan hidangan makan malam blogger tersebut.








Jadi kalau korang sekitar Sungai Petani nak buat suprise untuk wife/husband sempena ulangtahun perkahwinan atau sambutan hari lahir bolehlah cuba Western Set ni. Sekali sekala romantika di amor dengan pasangan apa salahnya. Ambik sekali pakej bermalam di sana. Tak payah pergi jauh-jauh kalau nak suprise kan pasangan masing-masing.





Sebelah tol Sungai Petani Selatan. Sampai tol boleh nampak hotel yang tersergam indah di sebelah kiri. Ada pusat bowling di sebelah hotel.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^