Cerita Aqil Di Sekolah

9:41 AM

Cerita Aqil Di Sekolah


Rentetan gambar-gambar Aqil sewaktu sembahyang dhuha di sekolahnya sebelum ni, saya baru ja dapat cerita penuhnya dari cikgu....hihihi...macam-macam ragam la anak saya yang sorang ni....adoiiii...

Waktu tengah belajar sembahyang cikgu suruh rukuk.

Aqil jawab :- Tak boleh tunduk...sakit kaki(sambil pegang kaki)

Cikgu suruh duduk antara dua sujud.

Aqil jawab :- Tak boleh duduk...sakit perut(sambil pegang perut)

Cikgu suruh sujud.

Aqil jawab :- Tak boleh sujud...sakit kepala(sambil pegang kepala)


Adoila hai anak. Macam-macam idea hang dapat bila cikgu suruh buat itu ini tapi bila balik rumah pandai pulak cerita....

''Mama...mama...mama...tadi Aqil belajar mayang. Macam ni (sambil rukuk)...macam ni (sambil sujud)...macam ni (sambil duduk antara dua sujud). Aqil mandai kan?"

Semalam balik dari sekolah dah mula dok baca bacaan duduk antara dua sujud tapi sebutan tak barapa betul sikit la tapi masih boleh di faham.

ROBBIGHFIRLII WARHAMNII WAJBURNII WARFA'NII WARZUQNII WAHGDINII WA'AAFINII WA'FU 'ANNII

Alhamdulillah...dapat juga dia belajar sikit-sikit. Kalau kat rumah ni...alahai...baru ajar sekejap dah nak main dah.

Pastu dia cakap lagi "Mama...mama...mama...cikgu panggil Aqil abang sado"

"Pasaipa cikgu panggil abang sado?"

"Aqil abang sado"

Hahaha...dia bukan tau pon abang sado tu apa tapi yang saya tau Aqil antara budak paling besar untuk budak sebaya dia yang nak masuk 4 tahun. Ada sorang lagi tu besar dari Aqil dan budak-budak 6 tahun tapi budak tu 5 tahun.

Ni baru cerita sebulan di sekolah. Kalau sampai hujung tahun taktau la ceritanya banyak mana.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Aqil oh Aqil..lawak pulak..tapi teserlah kebijakan Aqil..baru sebulan dah pandai..kalau setahun nanti dia blk ajar mama pulak macam2

    ReplyDelete
  2. chomey kann., mugo2 aqil terus membesar menjadi anak yg sehat., hehe2

    ReplyDelete
  3. alahai.
    sakan la nanti aqil bercerita tiap hari, zai.
    so cute!

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers