Breakfast Ala Kampung Di Park Avenue Hotel Sungai Petani

12:58 PM

Breakfast Ala Kampung Di Park Avenue Hotel Sungai Petani



Bersambung lagi entri Park Avenue Hotel, Sungai Petani selepas entri Presidential Suite dan Western Dinner Set yang awesome. Ok...ok...ini last untuk entri #pbufamilygathering di Park Avenue Hotel.

Apa perasaan korang bila tengok menu breakfast kat hotel macam kat bawah ni?


Teruja tak? Teruja tak?

Gila tak teruja tengok menu camni. Kalau tak breakfast kat hotel asyik-asyik roti bakar, bihun goreng, nasi goreng, sosej, nugget, telur hancur ja...prfffftttt....takde kelainan lansung. Tak gitu?

Masa tengok menu breakfast selepas dinner malam tu rasa teruja sangat-sangat padahal perut dah kenyang makan western. Mana taknya bila tengok menu ada pulut ikan masin...ada ubi kayu rebus...iskh....susah dah nak makan menu tu kalau tak kita balik kampung takpun kalau tak berkumpul ramai-ramai dengan adik-beradik mak kita takkan nak masak menu camtu punya.

Esok tu dah tak sabar bangun pagi nak makan #dasarperuttong.

Pagi tu saya cuba menu-menu yang rare je. Tak cuba semua sebab rasa puashati makan dan kenyang.

Mula-mula saya cuba pulut ikan masin. Kombinasi dia cuma pulut + kelapa parut + ikan masin tapi saya tambahkan dengan sambal supaya rasa efek pedas-pedas gitu.
 

Pastu cuba pulak ubi kayu rebus cicah kelapa parut dan gula. Ada juga keledek purple tu tapi kalau dah ambik keledek purple rasa Cameron sangat la pulak...hihihihi....
 

Dah sudah cuba ubi kayu rebus kita cuba pula peknga cicah kuah gulai di masak panas-panas. Tambah sikit sambal tumis kasi lagi terangkat. Mabeles ahhhhh....
 

Kena tiga menu kat atas tu perut pon dah kenyang. Sesambil tunggu kawan-kawan lain makan kita try plak bubur nasi. Sebenarnya banyak lagi rencah bubur nasi tu tapi takmau tamak. Kang tak habis plak.
 

Telur separuh masak ni pon bila tengok kawan ambil nampak sedap je nampak sedap je. Saja dia goda-goda kita no. Masak elok. Tak overcook.
 

Last sekali pekena kopi kampong. Fuhhhhh....rasa dia sedap sangat. Rugi ambil separuh cawan takut pahit.
 

Lepas breakfast kawan-kawan lain sambung mandi kat pool dulu sementara nak ke bowling pukul 12 tengahari. Saya naik ke bilik nak rest mata kejap sebab malam tu tido pukul 4 pagi....hahahaha. Sampai kat pintu bilik ada plak surat khabar.
 

Jom tengok isu semasa yang terlepas semalam. Apa dah jadi kat dunia ni sebelum zassssss....ZZZZzzzzzz....
 

Nak tengok menu breakfast yang macam-macam hado di Park Avenue Hotel Sungai Petani boleh baca kat entri Murni. Amboi...sakan depa makan no.


Nak cari hotel yang dalam bajet area Sungai Petani dengan makanan yang sedap boleh pilih Park Avenue Hotel Sungai Petani. Memang berbaloi.


You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. hahaha.. siapa yang goda untuk makan bubur nasi, telur separuh masak dan kopi kampung tu ?

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers