5 Barangan Impian Tahun 2017

3:20 PM

5 Barangan Impian Tahun 2017


Setiap tahun dah memang set target nak dapatkan barangan yang tertentu. Bila belek-belek website Lazada ternampak pula sales sempena tahun baru cina ni http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/. Apalagi terus belek dan belek kot-kot jumpa barangan impian saya di Lazada dengan harga yang murah.


Dan inilah antara 5 barangan impian saya di tahun 2017.


Disebabkan laptop saya dah pon rosak tahun lepas dan tak berganti lagi, memang dok bercadang nak cari tablet untuk buat kerja-kerja blogging ni. Senang sikit nak usung tablet berbanding laptop dan terjumpa Xiaomi Mi pad 2 Tablet 2GB+16GB ROM (Silver) ni. Rasa macam dah berkenan sangat dah.



Pastu sejak Aqil dah masuk sekolah dan dah makin besar memang ingat nak biarkan dia tidur sendiri di bilik asing. Tercari-cari katil untuk dia dan jumpa Castle Kid Single Bed SHARKY 8001 yang macam sesuai sangat dengan Aqil. Mesti cantik bilik dia dengan katil ni nanti....ahhh...dah terbayang-bayang dah ni.






Wanita dan emas memang tak dapat dipisahkan. Setiap tahun saya akan beli satu barang kemas walau barang itu tak sebesar mana. Kira macam pelaburan saya la kan....hihihi... Ternampak Poh Kong Anggun Bunya Raya 916 Gold Pendant yang nampak lawa nampak cantik ni. Harus beli kalau macam ni.






Tahun ni belum beli apa-apa lagi untuk suami sebagai hadiah. Rasanya macam nak bagi kasut sport untuk suami sebab dia selalu mengadu sakit-sakit kaki bila banyak berjalan di tempat kerja. Rasanya Best Quality Casual Shoes Men Breathable Hook & Loop Slip On Loafer Canvas Shoes ni sesuai untuk suami yang banyak berjalan dan berdiri waktu bekerja.  




Impian tahun 2017 saya nak beli oven...hikhikhik....Yela...asal nak buat kek je balik rumah mak. Asal nak buat biskut raya je balik rumah mak...hahaha...kat rumah takde oven gitu la jadinya. Jadi rasa macam nak grap satu yang ni. Alang-alang nak beli terus nak grap yang besar 25L Sharp R352ZS Microwave Oven.





Total ke semua 5 barangan di atas berjumlah RM2017. Eh...eh...tersama dengan tahun 2017 plak.

Ha korang...kalau nak shopping kena masa-masa camni la. Tengah ada sales http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/. Apalagi jom terjah sebelum jualan murah berakhir.



You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. microwave oven ? lagi kerap lah masak gini.. kan kan kan

    ReplyDelete
  2. kalau saya cuma ada satu je wishlist sekarang. nak cameraaaa!! huhuhuhu

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers