2017 | Aqil Ke Sekolah
4:33 PM2017 | Aqil Ke Sekolah
Alhamdulillah niat nak hantar Aqil ke tadika di tahun 2017 terlaksana juga walaupon bukanlah tadika yang top dan mahal.
Ada juga la cakap-cakap sedara-mara dan kawan-kawan yang kata kesian sebab Aqil kecil lagi tapi saya sebagai emak dia, saya tau perkembangan anak saya. Saya hantar ke tadika pon sebab nak dia bergaul dan pandai berkawan. Dia ikut perangai mak dia, tak pandai bergaul dan lambat mesra 😅 Memang dia di jaga di rumah pengasuh. Dia pandai berkawan dengan anak pengasuh dia je la. Kalau ada budak-budak lain pon dia cuma pandang saja. Tak reti nak tegur tak reti berkawan.
Semalam takde drama airmata. Bangun pagi elok ja. Mula-mula ja dia agak goyah sikit bila ada budak dalam kelas yang menangis meraung-raung. Lepas tu dah ok. Makan pon bertambah.
Balik dari tadika terus tunjuk lukisan dia 😊
Dok nampak macam dah boleh tinggal dah dia ni cuma takut kencing berak takut nak cakap kat cikgu je la. Pemalu la katakan...hihihi...
Hope Aqil dapat sesuaikan diri dia dalam minggu ni....huhuhu... Minggu depan saya dah start bekerja semula selepas 9 hari company shutdown....phewwww....
4 apa kata anda?
Idah pun hantar anak ke tadika bermula umur 4 tahun juga... kesian duk rumah tak ada kawan... at least kat sekolah bramai kawan nak bermain... :)
ReplyDeletehihi comellah dia coloring mcm tu
ReplyDeleteel pun igt nak antaq si kecik tu taun dpn taska..
sbb taun ni just nursery biasa je..so sambung kat situ gak senang sbb dia dah biasa kan..ok aqil gud luck..
belajar rajin-rajin aqil.. :)
ReplyDeleteYeah!! Aqil dah sekolah..
ReplyDeleteBelajar rajin-rajin ye handsome boy..
komen yang murni-murni yek ^.^