Tempat Makan Best Di Penang | Medan Selera Kg. Teluk Tempoyak-Adnan b. Hassan Ikan Bakar dan Sham Hammer Ikan Bakar Special Hammer Bay

4:35 PM

Tempat Makan Best Di Penang | Medan Selera Kg. Teluk Tempoyak-Adnan b. Hassan Ikan Bakar dan Sham Hammer Ikan Bakar Special Hammer Bay



Kalau korang datang ke Penang(pulau dan bukan area tanah besar) dan nak makan seafood yang fresh dan sedap bolehlah ke Medan Selera Kg. Teluk Tempoyak-Adnan b. Hassan Ikan Bakar dan Sham Hammer Ikan Bakar Special Hammer Bay. Di sini terkenal dengan kesedapan masakannya di samping harga yang berpatutan.


 

Medan Selera Kg. Teluk Tempoyak-Adnan b. Hassan Ikan Bakar


Suami bila dia dah jumpa kedai makan best dan sedap di Penang yang kena dengan tekak mulalah asyik berulang ke kedai yang sama. Masuk ni sudah kali ketiga kami singgah makan di kedai yang sama iaitu di Medan Selera Kg. Teluk Tempoyak-Adnan b. Hassan Ikan Bakar di SINI. Eh…jangan pula yang terfikir medan selera ni ala-ala hipsturrr pulak. Kat sini medan seleranya ala-ala kampong di tepi pantai. Sambil makan bolehlah hirup udara malam di sapa angin yang sepoi-sepoi Bahasa.




Konsep kat sini adalah LAYAN DIRI dari segi order makanan dan minuman yang kita nak makan. Sesampai saja di sana cari meja yang kita nak duduk makan. Seorang atau dua bolehlah ke bahagian kaunter untuk pilih ikan dan makanan laut yang lain untuk di masak. Jangan pula duduk menunggu di meja makan, alamatnya makan angin laut jela nanti...hihihi... Meja di sini sentiasa penuh dan waktu puncaknya di antara jam 7.30 malam hingga 9.30 malam.


Jom kita lihat apa yang suami saya order bila saya terpaksa booking meja bersama anak.



ketam

lala

sayur kailan

tomyam seafood

sotong goreng tepung

siakap bakar


Saya dah pesan suruh order 3 jenis makanan saja sebab ikan bakarnya agak besar tapi bila makanan sampai, nahaiiiiii….jenuh makan. Orang meja sebelah tengok kami macam tak percaya ja nak makan banyak tu. Termonyeh-monyeh nak perabis semua makanan yang ada atas meja. Nasiblah bawa hero yang memang suka makan taklah saya dan suami terpaksa habiskan semua makanan. Alhamdulillah habis juga.


 
Kalau taknak tunggu lama bolehlah call 019-413 2572 dan BOOKING dahulu sebelum datang. Takdelah adegan terpaksa menunggu lama kerana di sini pelanggan sentiasa penuh.







Sham Hammer Ikan Bakar Special Hammer Bay


Semalam selepas balik dari Pesta Pulau Pinang suami singgah di Sham Hammer Ikan Bakar Special, Hammer Bay yang terletak berhampiran dengan Queensbay Mall. Ini kali pertama kami singgah makan di sini. Masa kami sampai jam dah dekat pukul 10 malam jadi pengunjung tidaklah terlalu ramai. Berkonsep open air menghadap ke laut Pulau Jerejak dan kedua-dua Jambatan Pulau Pinang restoran ini sering dikunjungi pelanggan.


Jom kita lihat apa kami makan semalam.

ikan pari bakar

sotong telur masin

kepah sour plum
Paling saya suka sotong telur masin tu. Sedap sangat. Air asamnya juga sedap. Harga cuma RM37 termasuk 4 pinggan nasi dan dua gelas teh ais serta teh O panas. Murahkan?


Jadi kalau korang rasa nak singgah makan seafood dan nak booking dahulu boleh hubungi 013-5882718. Boleh juga lihat





















Selamat menjamu selera J

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. hamboi makan besor sokmo..order tak ingat dunia nak menghabiskan siksa hahaha

    ReplyDelete
  2. lama gila x pi teluk tempoyak
    adohaiii perut ku keroncong tgk lauk pauk ni haiii
    nk kena ajok en. shumi banjer mkn sini

    ReplyDelete
  3. kenpa la time lapar ni tersinggah sini :( .. sedapnya !!!!

    ReplyDelete
  4. Zaf suka sotong goreng tepun macam kat Teluk tempoyak tu.. kebanyyakkan yang jumpa, cucoq sotong.. tak best !

    ReplyDelete
  5. Tomyam seafood Teluk Tempoyak nampak macam power.. kena p niii

    ReplyDelete
  6. Sotong telur masin ? first time dengaq.. kena try jugak.. haha

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers