Tempat Makan Best di Penang | Cendol dan Pulut Mangga Sedap di CendolDotCom

3:34 PM


Tempat Makan Best di Penang | Cendol dan Pulut Mangga Sedap di CendolDotCom


 

Hai semua. Kita ni kadang-kadang masa lunch time kerja sampai taktau nak makan apa. Betul tak? Sapa penah jadi macam saya. Nak makan nasi asyik hari-hari makan nasi. Jemu aih. Kadang tu time lunch sanggup tak turun kantin. Asyik-asyik lauk yang sama ja. Sanggup lagi ambil air milo kat pantry cicah dengan biskut kering lagi sedap.

 

Kadang tu bila keluar makan kat luar pon jenuh memikir kat mana nak makan. Nasi gulai sembilang, nasi pecal, yong tau foo Gaint, mekdi, kepci, pizza…haihhhh…jemu aih. Sekali-sekala nak lari dari kebiasaan makan macam tu. Fikir punya fikir jom terjah CendolDotCom pekena cendol sambil lepak santai-santai tepi jalan tengok kenderaan lalu-lalang.



 

CendolDotCom sejenis perniagaan food truck yang membuka gerainya di tepi jalan bawah pokok berhadapan dengan Pearl Garden Condo Sungai Ara. Satgi dok cari pula kedai CendolDotCom kat mana. Terdapat hampir 40 aneka cendol dan ABC. Pilih saja nak yang mana antaranya :-

  • Cendol/ABC pulut
  • Cendol/ABC tapai
  • Cendol/ABC  oreo
  • Cendol/ABC milo
  • Cendol/ABC aiskrim
  • Cendol/ABC durian
  • Cendol/ABC JUVANA
  • Cendol/ABC KUNG FUU
  • Cendol/ABC GENGSTER
  • Cendol/ABC MAFIA
  • Dan banyak lagi












Ok...ini yang kami order hari tu.

cendol pulut

cendol durian




Bukan setakat cendol dan ABC saja yang terdapat di CendolDotCom, korang juga boleh makan pulut mangga/durian kat situ. Mabeles tak?

 


pulut mangga
Terdapat juga food truck yang lain menyediakan western food, laksa dan nasi lemak di situ. Boleh makan sambil bersantai-santai di bawah pokok besar lari dari kebiasaan.
 
Kalau korang takda masa nak keluar, CendolDotCom juga menyediakan khidmat penghantaran di sekitar Bayan Lepas, Sungai Ara dan Bayan Baru sahaja. Boleh call/whatsapp ke 012 4701197 untuk pertanyaan. Minimum order 3 cup dan delivery charge RM3 dan 8 cup ke atas free delivery.

 

Di buka setiap hari kecuali hari ISNIN dari jam 1130 pagi hingga 6.30 petang. Boleh WAZE Pearl Garden Condo untuk mengetahui lokasi CendolDotCom.

#supportlocal
#streetfoodlover


You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. alahhh nak p jugak lah nti tercari2 jugak lah pot cendol best kt sini

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers