Pesta Pulau Pinang 2016 | Apa yang menarik di sana

4:19 PM

Pesta Pulau Pinang 2016 | Apa yang menarik di sana





Akhirnya sampai juga family kecil saya ke Pesta Pulau Pinang 2016 walaupon dah masuk pertengahan acara dah. Lama gila tak ke Pesta Pulau Pinang ni dan yang paling tak percayanya Pesta Pulau Pinang dah masuk tahun yang ke-50 acara ini berlansung. Fuhhh...lama dah ye rupanya. Saya orang Penang pon tak tahu....huhuhu...#malu




Untuk pengetahuan korang Pesta Pulau Pinang 2016 bermula dari 26 November 2016 hingga 31 Disember 2016 dan kali ini dikatakan Pesta Pulau Pinang umpama hujan lampu. Di buka seawal jam 6 petang hingga 11.30 malam dengan harga tiket masuk bagi dewasa RM3 dan kanak-kanak RM1.
sumber dari fb Pesta Pulau Pinang
 
sumber dari fb Pesta Pulau Pinang


Sebelum nak cerita banyak lagi, bagi yang bercuti di Pulau Pinang dan nak mengunjungi Pesta Pulau Pinang 2016 yang sedang berlansung ni disarankan supaya datang awal sebelum malam supaya tak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Rasanya orang-orang Penang dah tau dah keadaan dia macam manakan dan tau selok belok jalan kat situ bila pesta bermula.

Korang yang datang awal jangan risau, banyak kemudahan asas yang disediakan di Pesta Pulau Pinang seperti surau, tandas dan tandas OKU, food truck serta gerai makanan selain booth dari pelbagai jenis seperti baju, kasut, barang makanan dan permainan.


sumber dari fb Pesta Pulau Pinang
 
sumber dari Pesta Pulau Pinang


Saya sampai Pesta jam 6.30 petang. Sempat solat dan makan serba sedikit untuk mengisi perut sebelum sesi penjelajahan. Bawa dak dobot Aqil kenalah isi tank dia dulu baru tak meragam....ye dok? Terer tak mama dia....hahahaha...Medan selera di tapak Pesta Pulau Pinang mengamalkan konsep layan diri dan free sitting. Korang jangan plak pi tunggu orang ambil order kat meja makan pula ye.

Let's jom tengok apa yang best lagi kat Pesta Pulau Pinang 2016 selain mainannya.


Kalau tak silap saya terdapat 3 replika Jambatan Pulau Pinang di Pesta Pulau Pinang kali ni yang bermandikan cahaya lampu. Masa kami sampai tu masih belum gelap lagi so tak nampak sangat cahayanya.



Pastu terjumpa pula gambar 3D kucing ni terus suruh Aqil posing ala-ala usap kepala kucing.


Berhampiran 3D kucing ni ada Pesta Animal Kingdom. Budak-budak suka la bergambar kat kawasan ni sambil-sambil mengenal replika binatang dan tumbuhan yang ada.

 
 
 

Ada bermacam lagi replika binatang yang ada tau bukan yang atas ni saja.

Berhampiran Pesta Animal Kingdom terdapat banyak Giant Selfie/Wefie Box permandangan atau mercu tanda yang terdapat di Pulau Pinang. Kami pon sempat juga bergambar sekeping dua kat sini.

 

Berhampiran Giant Selfie/Wefie Box terdapat deretan food truck menjual pelbagai makanan dan minuman. Kalau yang malas nak ke gerai makanan boleh saja beli dah duduk bersantai-santai berhampiran kawasan ni terowong lampu macam kat bawah ni. Kamera kita tak lawa gambar tak jadi macam gambar di atas nun...uhuk...uhuk...

 

Psssttt...kalau korang belum daftar sebagai pemilih bolehlah daftar di booth SPR dalam Pesta Pulau Pinang.

sumber dari fb Pesta Pulau Pinang

Dah penat meronda mohler ke tapak permainan.

sumber dari fb Pesta Pulau Pinang
Bagi yang suka aktiviti mencabar boleh mencuba pelbagai permainan di sini dari permainan untuk kanak-kanak hingga dewasa. Yang tak menahannya tengok harga tiap-tiap permainan mahal gila. Owh....nasiblah anak baru sorang masa pi Pesta ni. Kalau tiga empat orang mau rabak poket....huhuhu...

Kami sempat juga naik beberapa permainan untuk hiburkan hati si dobot saya ni.

 
 
 
 
Permainan Rock & Roll ni saya naik sorang diri. Fuhhhh...gila-gila mencabar. Ingatkan lepas pusing ke depan dah habis dah. Rupanya dia reverse pulakkkkkk. Laju pulak tu. Terjerit-jerit jugala masa naik ni.

sumber dari fb Pesta Pulau Pinang
Setiap malam di tapak Pesta Pulau Pinang diadakan konsert atau tarian kebudayaan di pentas utamanya.

sumber fb Pesta Pulau Pinang

Korang boleh nikmati konsert secara percuma di sini. PERCUMA tu. FREE...hahahaha....Kat bawah ni senarai penyanyi yang di bawa khas untuk pengunjung pesta. Boleh set date bila-bila dah kalau nak pi pesta.

sumber fb Pesta Pulau Pinang
Sebelum balik kami sempat shopping serba sedikit barangan untuk dobot ni. Nampak tak beg kat belakang tu? Abah dia dah kena pow dah tu....hihihi...


Sempat juga mencuba Dragon Cookies dari Dragonlabz hasil perniagaan anak muda kita. Kau makan cookies ni mulut kau keluar asap macam naga....hahaha....adoiii...saja-saja nak cuba. Not bad.
 

Kalau korang yang belum ke Pesta Pulau Pinang apa tunggu lagi. Jom ke Pesta Pulau Pinang. Jangan lupa dating awal tau.






You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. wahh..meriah ..penuh wrna warni..menarik..

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. pandai Aqil bodek abah ye...

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. best giler pesta pulau pinang nie.. nak pergi tapi jauh sangat.. huhu

    ReplyDelete
  4. harap2 sempat p tahun ni..kalau tahun depan tak dapat laa nak p..dah ada handbeg baru..hihihi

    ReplyDelete
  5. Uh ingat nak pergi jugaklah nanti. Lama tak pergi, zaman muda dulu je pernah pergi dengan couple skrang .. haha ...

    Tunggu baik sepenuhnya chickenpox .. baru pergi kot

    ReplyDelete
  6. bila dapat peluang p pesta pulau pinang ni...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers