#MyTravelokaEscapade | Percutian Idaman ke South Korea dengan Traveloka

1:48 PM

 #MyTravelokaEscapade | Percutian Idaman ke South Korea dengan Traveloka



Sana-sini tengok orang bercuti. Ah...kita pon rasa nak juga tapi apakan daya percutian idaman kita ke South Korea belum jadi kenyataan nak-nak pula kos untuk percutian keluar negara bersama keluarga memerlukan kos yang tinggi jadi kita pendamkan hasrat itu dahulu tapi bila Traveloka ingin menaja percutian idaman kita dengan #MyTravelokaEscapade terus rasa teruja. Korang boleh memilih 10 percutian idaman samada nak bercuti ke Hong Kong, London, Langkawi, Bali dan banyak lagi dengan menyertai You need a holiday lah! dari Traveloka.

klik banner kalau nak tau lebih lanjut tentang kontest


Percutian Idaman Ke South Korea dengan #MyTravelokaEscapade

Kalaulah saya terpilih memenangi percutian idaman ke South Korea dengan #MyTravelokaEscapade saya akan memilih Seoul untuk menjelajahi 6 tempat yang ingin dilawati di sana.

Saya ingin melawat istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon iaitu Gyeongbokgung. Istana ini kaya dengan senibina tradisional Korea yang menyingkap sejarah kegemilangan  Dinasti Joseon Korea. Senibina Gyengbokgung masih dikekalkan dan diabadikan untuk tatapan anak muda Korea dan juga pelancong di seluruh dunia. hari ini, Gyeongbokgung menjadi simbol semangat jitu masyarakat Korea Selatan.



Untuk membeli cenderamata dengan harga yang berpatutan buat rakan-rakan dan ahli keluarga saya memilih untuk singgah di Insa-dong. Di sini kita boleh tawar-menawar harga dan terdapat bermacam cenderamata hasil seni yang unik dan kreatif.


Kalau dah ke Korea tak sah kalau tak singgah ke Myeong-dong yang merupakan syurga fesyen dan kosmetik di sana. Ha...manalah tau ada kosmetik murah bolehlah beli barang satu dua. Kita pon nak cantik macam orang Korea juga.


Teringin juga ingin menjejakkan kaki di Namsan yang merupakan sebuah gunung yang berada di tengah-tengah kota Seoul dan disekitar Namsan terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Di kaki gunung Namsan juga terdapat Namsagol Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional orang-orang Korea dan juga terdapat Seoul Time Capsule di situ.




Yang paling terkenal di Namsan ialah pad lock nya yang merupakan simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan. Manalah tahu kot-kot husband tetiba jadi sweet romantika diamor boleh letak pad lock nanti.


Dah sampai Korea nak juga bermain di Taman Tema indoor dan outdoornya yang dikatakan memang hebat di Lotte World. Sesekali nak juga mencabar diri dengan permainan yang menyebabkan adrenalin rush.


Dah yang paling rasa nak singgah di South Korea ni adalah Pulau Nami. Gila tak singgah. Dulu-dulu punya melting bila tengok drama Winter Sonata. Tengok drama Winter Sonata terus feeling macam kat sana. Cantik sangat-sangat tak kira apa musim pon tapi kalau kena musim sejuk lagi cantik. 





Kenapa korang patut memilih #MyTravelokaEscapade ni kerana Traveloka merupakan satu laman web yang menyediakan kemudahan menempah hotel dan tiket penerbangan ke destinasi pilihan anda dalam satu masa. Tak perlu bersusah payah mencari hotel dan tiket penerbangan secara berasingan.


Di samping itu Traveloka sentiasa menawarkan harga promosi yang menarik untuk kita nikmati. Cuma pilih mana-mana destinasi dan Traveloka akan sediakan dengan mudah dan cepat.


Korang yang nak juga percutian yang di taja cepat-cepat join contest You need a holiday lah! #MyTravelokaEscapade. Mana tau ada rezeki dapat percutian idaman. Save budget korang nanti. Kalau nak tau lebih lanjut tentang contest klik banner kat atas sekali na.







You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. All the best kak zai!!!..i pun rasa macam nak repeat Korea sekali lagi bila baca entri akak nie..rindu Korea!!! ;p

    ReplyDelete
  2. tok doakan semoga apa yang dihajati dimakbulkan amin

    ReplyDelete
  3. Semoga menang percutian ke korea :)

    ReplyDelete
  4. mana tau tetiba sampai ke jepun ter tembung pulak dengan running man Ehhhh ekekekekeke

    ReplyDelete
  5. good luck...destinasi pilihn kita sama

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers