Tempat Makan Best Di Penang | Mee Udang di Nelayan Sri Jerejak Pantai Seagate

10:33 AM


Mee Udang di Nelayan Sri Jerejak Pantai Seagate | Hai…hai…hai…entri makan-makan lagi….kofff…kofff…kofff… Zai Zamree dan makan berpisah tiada. Kejadian sewaktu makan tengahari waktu bekerja.

 

Saya dan kawan-kawan bukanlah jenis yang keluar makan tengahari di luar mahupon dalam kantin company. Kami lagi suka lunch makan roti kering cicah milo panas tekan di pantry atau menyicah buah pelam dengan kuah rojak di dalam opis ja….hihihihi tapi bila sesekali keluar setelkan urusan kat luar barulah kami singgah makan. Itu pon jenuh memikir kat mana nak makan. Yela…kami tak makan kat restoran hipsturrrr mahupon yang nampak grand. Dalam perjalanan balik dari setel urusan rasmi terus ajak kawan-kawan makan kat tepi laut di Restoran Nelayan Sri Jerejak Pantai Seagate.



Sebenarnya ini kali pertama kami datang ke situ dan saya tahu tempat ni pon sebab pernah tengok ada rakan blogger dari Utara pernah makan di situ tapi ingat-ingat lupa siapa gerangannya. Saja mencuba nasib. Cadangnya nak makan bihun sup atau pon laksa tapi owner restoran cakap dah lama tak buat. Jadi marilah berhuhuhuhu….



Kat Nelayan Sri Jerejak korang boleh menikmati mee udang di waktu tengahari. Mana nak cari restoran jual mee udang di tengahari ni kan? Selalunya restoran menjual mee udang buka di waktu petang. Kedai nasi campur banyak la time macam tu  dan di sini juga ada menjual nasi campur bagi sesiapa yang nak makan nasi campur. Apalagi jom tengok apa kami order hari itu.



Mee udang ni saiz S ye tapi dia punya udang besar-besar, fresh dan portion dia banyak. Harga sepinggan cuma RM5 sahaja. Murahkan? Terdapat 3 saiz mee udang, S/M/L. Rasa nak udang lagi banyak mungkin boleh order saiz M/L. Kuahnya tak pekat tapi masih dalam kategori sedap. Masakan saya bagi 4/5 bintang.

 
So kalau korang yang datang Penang nak cari tempat makan best dan nak makan di pondok tepi laut sambil di buai angin sepoi-sepoi bahasa bolehlah singgah makan di Nelayan Sri Jerejak yang terletak betul-betul di selekoh masuk ke astaka Pantai Seagate.

You Might Also Like

3 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^