MAHA 2016 | Jumlah Pengunjung di Luar Jangkaan

10:24 AM

Jumlah Pengunjung MAHA 2016 Di luar Jangkaan


Bertemakan OUR FOOD, OUR FUTURE, Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikiltur dan Agro Perlancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 yang berlansung di MAEPS, Serdang telah menarik minat 3.7 juta pengunjung yang di luar jangkaan datang memeriahkan pameran ini bermula dari 1 Disember hingga 11 Disember 2016.



Walaupon MAHA 2016 telah berakhir beberapa hari yang lepas, sana sini orang masih memperkatakan tentang keunikkan dan kelainan yang terdapat di MAHA 2016 kali ini. Dengan pelbagai aktiviti menarik MAHA 2016 berjaya menarik ramai pengunjung dari seluruh pelosok negara. Seronok bila dapat melihat gambar-gambar kemeriahan sewaktu pameran ini berlansung.



Antara yang menjadi tumpuan di MAHA 2016 kali ini adalah kelibat lembu sado yang membuatkan ramai berpusu-pusu untuk melihatnya. Begitu juga dengan hasil pertanian yang unik serta 170 jenis makanan dari seluruh dunia hanya boleh dilihat dan di cuba di MAHA 2016.





Dengan cuaca yang tidak menentu sepanjang MAHA 2016 ini berlansung, pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat masih lagi berpusu-pusu datang walau terpaksa bersesak sepanjang hari.


MAHA 2016 cuba memberi nafas baru untuk menarik golongan sasar dengan kemunculan Kampung Mak Cun dan Kampung Durian Runtuh yang menjadikan ia lokasi wajib singgah sepanjang expo ini berlansung. Banyak aktiviti yang terdapat di sini dan juga kemunculan para pelakon Mok Cun membuatkan ramai yang tidak berganjak dari situ.



Nak bergambar dengan moskot Upin Ipin? Dah semestinya Kampung Durian Runtuh lah tempatnya yang dipenuhi peminat-peminat ciliknya.



Di harap pihak penganjur akan cuba mencari dan menambahbaikkan lagi program untuk MAHA 2018 yang akan datang. Tahniah dan sekalung penghargaan buat pihak penganjur yang cuba memastikan MAHA 2016 berjalan dengan lancar dan jayanya.


You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. Kalau thn depan ada lg bole la pi ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.igt nk p.kwn p dr penang dia kata best

      Delete
  2. Maha taun depan mesti lagi ramai nie.. terbaikkk

    ReplyDelete
  3. femes btl lembu sado tu utk MAHA kali ni..rmi yg dok selfie ngan lembu..

    ReplyDelete
  4. jom pbu kita serang hendap taun dpn hihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers