Henna Untuk Malam Berinai Atau Apa Jua Majlis Dari HENNA GOLECHA ART by Chiix Aien

11:11 AM

Henna Untuk Malam Berinai Atau Apa Jua Majlis Dari HENNA GOLECHA ART by Chiix Aien

Minggu lepas ada sepupu kahwin. Disebabkan majlis menggunakan khidmat katering jadi kami sedara-mara sepupu-sepapat yang datang cuma rebus telur, buat bunga telur dan packing goodies untuk tetamu sahaja. Habis semua tu dah pakat boleh sembang-sembang. Malam tu juga pengantin nak lukis inai di tangan dan pakai inai tumbuk di kaki.

Henna Golecha by Chiix Aien di Kawasan Seberang Perai


Inai tangan di lukis oleh adik kecil molek Chiix Aien kita. Yang bestnya untuk pakej ini, Chiix Aien boleh datang ke rumah untuk melukis henna di tangan dan kaki. Jadi bagi bakal pengantin, yang nak bertunang, yang nak buat apa jua majlis di sekitar Seberang Perai boleh gunakan khidmat Chiix Aien kita. Boleh HELLO HELLO Chiix Aien kalau berminat dan nak tanya harga pakej ya.




Masa Chiix Aien dok lukis henna kat tangan adik pengantin kita pon belek-belek buku lukisan henna. Dalam kepala ni nak pakai ke tak, nak pakai ke tak? Teringin la juga sebab masa nikah kahwin dulu tok Besah tak bagi lukis-lukis. Kita pakai inai giling ja. Tanya somi kita dia macam tak bagi tapi dia hulur duit….emmmm…bagi letewwwww. So kita pon suruh Chiix Aien lukis henna hat simple dan taknak pakai henna kat kuku.

Tengoklah kami sedara-mara sepupu-sepapat yang lukis henna malam tu. Nak juga jadi pengantin….hihihihi…














Ada banyak lagi gambar tapi kita malas nak edit lindung aurat tangan tu. Henna saya pon lukis lebih dari pergelangan tangan sebab saya tak pakai kat atas kuku. Cepat ja Chiix Aien kita lukis henna. Memang professional. Cool je walau keadaan tengah bising masa tu…hihihi…Kalau korang ada design kesukaan korang lagi bagus. Takdalah masa nak lukis tu dok tercari-cari design yang korang nak.

Kalau korang yang nak kahwin tunang dan dok tercari-cari kat mana nak lukis henna cantik kemas boleh belek-belek dalam Instagram Chiix Aien macam kat bawah ni na. Boleh hello hello rojer harga pakej macam mana... Selamat malam berinai #eh



You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. Cantik lukisan henna dia..
    Kemas je..

    ReplyDelete
  2. Cantik pun cantik, harga pun murah :D

    ReplyDelete
  3. last pakai henna berukir2 ni ms kawin je..hihi
    cantik inai uols

    ReplyDelete
  4. cantik lukisan henna ina tu... ekin last pakai masa kahwin aritu... loni nak pakai suami x bagi huhuhuhu.. mungkin ada sebabnya xpe la...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^